14•Police!

94 4 1
                                    

"Apesal tak bagi tahu awal awal?" tanya Qasha sambil tangannya mengipas diri sendiri akibat mereka semua berdiri di tengah matahari terik.

"dia baru kata tadi. Jangan salah kan aku" jawab Irish.

"Okey, kalau macam tu, kita  bawak je dia pergi jumpa mak dia"cadang Shahrul.

Semua mengangguk tanda setuju. Hanif terus mendekati budak itu dan melutut di hadapan budak perempuan itu.

"Nama awak siapa?" tanya Hanif. Semua melihat budak itu. Dah dekat sejam tetapi tidak tahu nama budak yang mereka ingin tolong.

"Farhah" jawab budak perempuan itu.

"Umur awak berapa?" kali ni Nab bertanya.

"4 tahun" kata budak itu sambil menunjukkan empat jarinya.

"Awak tinggal mana?" Ain pula bertanya.

"Subang Alam"

"Subang Alam?!"

semua terkejut apabila budak tu mengatakan tempat tinggal nya.

"Ohh dekat jeee. Jangan terkejut sangat"

"entah korang ni, over lah" kata Daniel.

"Nak kami semua bawak Farhah balik?" tanya Busyra. Farhah mengangguk kegirangan sebelum mencapai tangan Irish dan berjalan dahulu ke hadapan.

"Amboi. Ajak Irish je?" kata Amsyar apabila Farhah hanya  erjalan dengan Irish. Selepas itu kepala nya dipukul oleh Daniel.

"Jalan jelah, tak payah banyak songeh"

Mula lah mereka semua berjalan dari balai polis ke Subang Alam yang kira kita tak sampai 3 km pon

📚📚📚

"Wehh, lama lagi ke?" tanya Qasha pada Latif yang sedang bermain game di Phone nya sambil berjalan. Dia bermain bersama Firash di sebelah.

"Kau tanya Irish lah, aku tak tahu" kata Latif sambil sibuk jari jemarinya menekan skrin Phone nya itu.

"Haishh, kemalangan nanti aku malas nak bawak pergi hospital" kata Qasha sebelum dia berjalan ke hadapan bersama Irish bersama Farhah.

"Ape dia Qasha?"

"Lama lagi ke nak sampai?" tanya Qasha yang sudah mula keletihan.

"Lama lah jugak. Kita baru kat depan sekolah rendah. Kita kena meredah jalan raya, dan kedai kedai, kawasan perumahan, sekolah rendah lagi baru sampai"

"alahhh lamanya. Kita naik teksi jelah"

"Dekat jelah, bazir duit je. Pejam celik pejam celik dah sampai" kata Irish.

Qasha memejam celik Lepas tu kembali kejam dan celik kembali.  Bahu Irish ditepuk.

"Apa lagi?"

"Apesal tak sampai lagi?"

"Astaghfirullahalazim engkau ni! Diam dan jalan jelah. Banyak pula mulut dia ni" Adam yang dari tadi hanya dengar sahaja bebelan Qasha sudah tidak dapat menahan sabar nya lagi.

"Eishh yelah yelah" Qasha mengalah lalu kedua dua tangannya disilangkan ke dada dan berjalan belakang Irish.

"Kita nak kena lintas ke?" tanya Hanif pada Ain.

"Yelah, takkan nak merangkak pula" kata Nab.

Ain hanya mengangguk dan melintas bersama Nab, Busyra dan Irish bersama Farhah dengan pantas apabila tiada kereta yang ingin lalu. Hanif mengikut dari belakang ditemani Amsyar dan Aiman

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now