12• Buah Tangan

Start from the beginning
                                    

"Irish!"

"Eh Nab, Nathifa. Hai!" mereka melambai balik antara satu sama lain sebelum Irish memandang ke hadapan semula untuk mencari budak perempuan itu. Tetapi malang nya budak perempuan itu sudah hilang. Tercri cari dia. Mana tahu budak perempuan tu hilang.

"Kau cari apa?" Irish memandang semula ke arah mereka berdua.

"Takde apa, nak lawat Zhafran?"

"Eh tak, nak merawat hati yang luka dan lara ni" jawab Nab dengan loya buruk.

"Oh yeke? Korang berdua je ke?"

"Tak, Ain dan Busyra ada sekali. Diorang dah pergi dulu. Kata nya tak sabar nak jumpa Zhafran"

"Tak sabar? Pelik"

"Diorang memang pelik. Hmm, Jom lah. Ikut kitorang merawat hati yang luka dan lara ni" kata Nathifa lalu berlalu pergi.

Nab membuat muka lalu mengikut Nathifa daripada belakang. Irish mencari budak itu semula sebelum mengikut mereka berdua.








📚📚📚







"Tadaa!!!" Suara yang amat ceria diberikan oleh Ain dan Busyra setelah mereka meletakkan mangkuk tingkat berwarna turquoise di atas meja berhadapan dengan Zhafran.

Semua yang ada disitu melihat mangkuk tingkat turquoise itu dengan syak wasangka kerana mereka tidak tahu apa yang ada di dalam itu. Zhafran melihat sekeliling sisi sisi mangkuk tingkat itu.

"Ape ni?" akhirnya soalan itu disoal juga oleh Latif apabila tiada seorang pun yang bertanya.

"Ini buah tangan" jawab Busyra ringkas.

"Ye kitorang tahu buah tangan, tapi.... Apa?" tanya Izzatull.

"Dalam tu ada bubur ayam yang aku buat khas buat mu Zhafran" kata Ain sambil tersenyum melihat buah tangan nya itu.

"Dan ada salad Buah dalam tu yang dibuat oleh aku. Makan lah. Sedappp" tambah Busyra.

Mangkuk tingkat itu Busyra tolak ke hadapan Zhafran dengan lebih dekat. Badan Zhafran ke belakang sedikit apabila mangkuk tingkat itu mendekati diri nya.

"O-Ohh yeke? Korang berdua buat?Ohh sweet nya" kata Zhafran dengan senyuman yang pahit.

"Ape tunggu lagi? Makan lah. Meh aku bukak kan" terus Ain mengeluarkan satu persatu mangkuk tu dan diletakkan tersusun di hadapan Zhafran  dan yang lain hanya melihat. Memang dari segi rupa memang nampak macam makanan tetapi rasa nya tidak tahu lagi.

"Nah, sudu" Busyra menghulurkan sudu yang diambil daripada Cafe di hospital tadi.

Zhafran mengambil sudu itu dan mula mencedok sedikit bubur berwarna putih dan berlaukkan ayam di dalamnya. Perlahan-lahan Zhafran masukkan makanan itu ke dalam mulut nya. Terpejam matanya saat makanan itu masuk ke dalam mulut nya. Dikunyah perlahan lahan. Semua memandang nya tidak berkedip. Nak tahu keputusan nya.

"Macam mana sedap?" tanya Ain.

"Sedap cuma rasa manis sikit" kata Zhafran. Semua menghela nafas lega apabila Zhafran memberi respon yang positif.

"Aku sengaja buat manis"

"Makanan Ain memang sedap. Memang tak syak lagi" kata Qasha.

"Terima kasih atas komen itu tapi jangan harap aku nak masakkan untuk kau"

"Aku punya pulak!" Busyra mengalihkan bubur itu dan menggantikannya dengan salad buah itu

"berwarna warni"

"Eh of course! Aku letak buah naga, mangga, jambu air, betik, Apple merah dan hijau dan sedikit gula dan perahan lemon sebagai perasa"

Semua ternganga apabila mendengar kan bahan bahan yang dimasukkan oleh Busyra. Kedengaran sedap dan rupanya juga.

"Wow, banyak jugak ehh?"

"banyak lah! Aku habiskan buah dalam fridge Ain"

"kuaja betul dia tu"Ain menjeling ke arah Busyra dan Busyra hanya tersenyum manis kepada Ain

"Aku makan ehh?" buah naga menjadi pilihan Zhafran dan dengan teruja dia masukkan ke dalam mulut dan kunyah. Tetapi mereka semua dikejutkan dengan bunyi pintu dihempas dengan kuat.

"Uhuk! Uhuk!" semua melihat ke arah Zhafran yang sedang terbatuk batuk akibat makan buah itu dengan  keadaan yang terkejut. Cepat cepat Daniel menepuk belakang Zhafran.

"Woi! Terkejut woi!" jerit Qasha apabila dia mendapati yang menghempaskan pintu itu ialah Irish.

"Entah! Nasib baik Zhafran tak tercekik!" Kata Firash sambil memberikan air kepada Zhafran.

"Sorry aku ucapkan, tetapi tengok apa yang aku jumpa!"

"Ape?!" semua bertanya serentak.

"Ni haaa!!" terus Irish bergerak ke tepi untuk menunjuk kepada mereka semua.

Terlihat Nab dengan Nathifa sedang berdiri

"Kau nak tunjuk Nab dengan Nathifa je ke?" tanya Aiman dengan ton yang bosan.

"Tak terkejut lah wehh!" tambah Hanif

"Bukan diorang lah! Tepi!" arah Irish kepada mereka berdua. Nabila dengan Nathifa bergerak ke tepi dan terlihat lah seorang budak perempuan berambut paras leher di sisi Irish, Nab dan Nathifa.

"Budak?!"



📚📚📚

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now