11• Accident

107 6 3
                                    

"Lama lagi ke kita kat sini?" Nathifa mengeluh panjang. Dia asyik mengadu pada Athirah. Athirah sendiri naik muak. Lama lama Athirah tinggalkan dia sorang sorang.

"Mana Athirah ni?" tanya dia sendiri apabila dia menyedari yang Athirah tiada di sebelah nya. Ke kiri ke kanan dia cari tapi yang nampak hanya Nab, Fatin Busyra tengah buat duit banyak banyak kali. Ain tengah tengok tengok souvenir dengan Qasha dan Daniel. Izzatull tengah tengok sekeliling sorang sorang.

"Dia tinggal kan aku sorang sorang ke? Minah tak guna" gumam dia seorang diri.

"Cari siapa?"

Terperanjat Nathifa apabila satu suara menyapa diri nya yang sedang sibuk cari Athirah. Dia menoleh ke tepi dan serta merta jantung berdegup dengan kencang. Senyuman yang diberikan oleh Latif mampu buat kan jantung nya berhenti.

"Kau okey tak Nat?"

Nathifa hanya merenung wajah suci bersih Latif di hadapannya itu tanpa berkelip mata. Menatap wajah yang indah bak taman bunga itu mampu membuatkan hati nya cair apabila mendengarkan nama nya disebut.

Latif semakin pelik apabila tiada apa apa balasan daripada Nathifa. Yang dia tau Nathifa dari tadi memandangnya nya. Risau nya semakin meningkat dan sedaya upaya dia menyedarkan Nathifa kembali ke alam nyata.

"Nathifa? Kau okey tak ni? Jangan buat aku risau lahh" Latif melambaikan tangan di depan Nathifa.

"Alamak kau ni, mengelamun ke apa?" Latif menggaru kepala nya.

"Apehal ni?" tiba tiba Athirah datang bertanya. Latif menoleh.

"Ni haa.. Kawan kau ni. Okey tak?" Athirah memandang Nathifa yang masih senyap tidak berkutik tetapi masih menatap wajah milik Latif. Baru Athirah tahu kenapa.

"Simbah aje dengan air" terus Athirah buka penutup air mineral dan menuangkan sedikit air di penutup dan sedia untuk menyimbah ke muka Nathifa.

"Assalamuala------THE HECK! APE BENDA BASAH BASAH NI?!"

Nasib menyebelahi Nathifa, air yang sepatutnya disimbah itu terkena pada Amsyar. Nathifa tersedar daripada mengelamun dan berasa pelik apabila melihat baju dan muka Amsyar menjadi basah.

"Aaaa.... Sorry Amsyar. Aku tak sengaja" kata Athirah sambil menutup air mineral itu.

"Hahahaha, kau dah kenapa ni Syar?" tiba tiba Irish datang bersama Hanif dan Firash. Fatin, Nab dan Busyra juga mendekati mereka dan hampir ketawa melihat Amsyar.

"Kau dah kenapa Amsyar? Basah basah ni? Ambil ni!" Fatin menghulurkan seplastik tisu poket kepada Amsyar. Amsyar mencapai tisu dan mengelap muka nya.

"Hey!! Jom! Cikgu dah panggil!" jerit Qasha menjerit memanggil mereka. Yang lain sudah beratur dalam barisan untuk naik bas. Mereka semua pun mula bergerak dan berbaris mengikut giliran.




📚📚📚





"Kau beli apa Ain?" tanya Fatin pada Ain apabila Ain memegang satu plastik besar berisi barang yang dibeli di kedai souvenir tadi. Beg plastik itu diletak di bawah kaki nya sebelum menjawab pertanyaan Fatin tadi.

"Aku beli key chain Dah dekat lima, aku beli baju dua pasang untuk aku sendiri, aku beli buku nota tiga, pen lapan dan contoh arca Kuala Lumpur tu satu jelah sebab dia mahal sangat aku tak mampu beli banyak. And then lepas tu aku beli air dia sebab  aku dahaga sangat lagipun dia punya botol comel" jawab Ain panjang lebar sambil menunjukkan sebotol air mineral kecil kepada Fatin. Fatin memandang nya tidak berkedip. Tidak percaya apa yang dia katakan oleh Ain tadi.

Mana mungkin plastik kecik itu muat barang barang yang Ain senarai kan tadi?

"Biar betul Ain? Takkan ni je plastik?"

"Haah, yang lain aku masukkan dalam beg sebab beg aku ringan sangat" kata Ain lalu mengeluarkan Phone nya lalu dipasang kan earphone Ke telinga. Lepas tu dia tutup mata tidur.

Fatin hanya menggelengkan kepala nya lalu menjenguk Nathifa dan Athirah yang duduk dihadapannya. Kelihatan mereka berdua sedang menangkap gambar dengan wajah haiwan seperti anjing ataupun memakai cermin mata palsu ataupun Love Love dikelilingi mereka. Yaa.. Mereka berdua sedang bermain Snapchat.

"Nak join gak!" tiba tiba sahaja Fatin menjerit membuatkan Nathifa tercampak kan phone nya ke bawah.

"Wei! Terkejutlah! Salam mana salam?!" tengking Athirah Sedikit. Walaupun Athirah sedang marah tetapi wajah nya nampak seperti orang yang sedang bergurau gurau gitu.

"Assalamualaikum!" Fatin memberi salam berlutut di kerusi nya supaya dia lebih tinggi daripada kerusi depan untuk masuk sekali dalam gambar.

"Wa alaikum salam, kejap aku nak ambil phone aku" kata Nathifa. Dia mengambil phone nya yang berada di bawah kaki nya.

"Okay korang semua duduk! Bas dah nak gerak ni! Kang jatuh menyembah bumi aku tak tahu!" kedengaran suara annoying Amsyar memberi amaran tetapi Fatin tidak kisah. Dia masih berlutut di kerusi nya dan bermain main dengan Athirah dan Nathifa.

"Eh duduk lah Fatin" tegur Nab di  seat sebelah. Nab duduk bersama Arissa yang sedang makan super ring. Fatin menjeling ke arah Nab.

"suka hati aku lah"

"Kang kalau jatuh kepala kau kena hentak dekat lantai, baru tahu" kata Arissa menambah.

"Sibuklah korang ni. Takkan jatuh punya lah. sebab  aku pandai jaga diri. So, Don't worry okay buddies" kata Fatin berlagak.

"Eshh, kau ni kalau accident aku tak tahu lah nak cakap apa kat kau"

"Kan aku dah cakap tadi. Aku takkan Accident sebab----"

Tiba tiba sahaja bas mereka itu berhenti secara mengejut. Hampir kesemua mereka yang berada di dalam bas ke hadapan sedikit termasuk Fatin. Jadi, hampir kesemua mereka kepala terhentak oleh kerusi hadapan kecuali seorang murid ini.

"Arghhh!!" jeritan itu membuatkan pelajar lain bangun dan melihat. Ain yang tidur tadi terus bangun melihat gerangan Yang kesakitan itu. Athirah dan Nathifa melihat ke belakang. Nab dan Arissa melihat ke arah Fatin.

"Ape pandang aku? Bukan aku lah sakit" kata Fatin.

"Habis tu siapa?" tanya Nab.

"Zhafran kau okey ke?!" Firash yang duduk di hadapan sekali lekas berlari ke arah Zhafran yang sedang terbaring. Mereka berenam memandang ke belakang dan terlihat Zhafran sedang menyeringai Sakit kepala nya.

"Zhafran!"

📚📚📚

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedDonde viven las historias. Descúbrelo ahora