Bab 17

3.9K 161 4
                                    

Setelah doa dan talkin dibacakan, mereka menuang air dan menabur bunga di pusara Encik Khairil. Jiran-jiran sudah mulai beransur pergi. Puan Zakiah mengesat airmatanya pada selendangnya. Ilman membantu mamanya untuk bangun. Walaupun sedih namun dia harus kuat untuk kakak dan mamanya.

Umi Rais pula memegang Raisya. Dia membantu gadis itu untuk berjalan. Sebagai sahabat dan jiran terdekat, dia bersimpati dengan yang jadi. Pada awalnya mereka mahu memberitahu tentang Yasmin dan Affendy namun mereka batalkan niat itu apabila mendapat tentang pemergian Encik Khairil.

Sampai saja di rumah, Puan Zakiah mahu bersendirian di bilik. Mungkin masih mengenangkan pemergian arwah suaminya. Raisya pula duduk di beranda luar. Masih lagi sedih. Terasa sakit kerana dia masih belum dapat membuatkan papanya bangga dan bahagia kerananya.

"Rais, umi nak masak untuk dorang jadi tolong tengokkan dorang ya." Puan Zahrah terus melangkahkan kaki ke dapur.

Rais hanya mengangguk. Dia kemudian mencari Ilman namun kelibat tidak juga kelihatan. Dia mencari Ilman di luar namun keretanya juga sudah tiada. Pasti Ilman mahu bersendirian juga.

Rais mencari Raisya pula. Gadis itu sedang duduk termenung di tepi kolam renang. Perlahan-lahan dia melihat Raisya berjalan menghampiri kolam renang. Wajahnya seperti orang dipukau. Langsung tak beriak.

"Raisya!" Rais menjerit kecil apabila gadis itu terjun ke dalam kolam renang dan membiarkan dirinya tenggelam.

Rais berlari menuju ke arah kolam renang lalu terjun ke dalamnya. Dia memaut tubuh Raisya lalu di bawa ke tepi. Tubuhnya ditarik ke atas. Dada Raisya ditekan berkali-kali. Namun gadis itu tidak sedarkan diri. Rais mula panik. Dia memejamkan matanya seketika. Dia tak ada pilihan lain. Dia terpaksa lakukan itu.

Dia menarik nafas dalam-dalam lalu memberikan bantuan penafasan dari mulut ke mulut. Cubaan pertama tidak berhasil. Raisya masih tidak sedarkan diri.

"Bangun Raisya. Jangan macam ni. Awak kena bangun." Rais hampir menangis.

Dia kemudian melakukan cubaan kedua. Di dalam hatinya turut berdoa agar Raisya sedarkan diri. Namun tetap juga tidak berhasil. Entah mengapa Rais makin sedih. Mata dan hidungnya mula memerah.

"Bangun Raisya. Saya sayang awak. Masih ramai yang sayang awak. Mama awak perlukan awak."

Rais mencuba untuk memberi bantuan penafasan untuk kali ketiga. Tubuh Raisya mula menunjukkan reaksi. Dia mula terbatuk-batuk. Air keluar dari mulut dan hidung.

"Syukur Ya Allah."

Rais terus menangis sambil memeluk Raisya. Hatinya lega.

"Tolong jangan buat macam ni lagi. Jangan buat saya takut."

Raisya cuma diam seperti orang yang kebingungan. Namun, setelah itu dia juga menangis. Suaranya kedengaran agak serak.

"Aku tak kuat. Semuanya sakit. Sakit." Tubuhnya terhinjut-hinjut menahan sendu tangis.

"Shhh... shhh..." Rais menepuk belakangnya cuba untuk menenangkannya.

"Semua orang sayang awak. Mama, Ilman, umi dan saya sayang awak. Allah sayang awak. Awak kena kuat. Awak kena tabah. Jangan buat macam ni lagi. Mama perlukan awak." Pujuk Rais.

Dia masih menepuk-nepuk perlahan belakang Raisya hingga gadis itu tenang.

"Awak tukar baju ya. Nanti awak sakit." Rais membantunya untuk berdiri.

Raisya cuma diam. Namun dia menurut sahaja. Dia melangkah naik ke tingkat atas untuk menukar pakaiannya dan kemudian tidur untuk melupakan kesedihannya.

Bukan Takdir Terindah [C]Where stories live. Discover now