Bab 14

3.4K 157 14
                                    

Rais dan Yasmin duduk di bangku di hadapan rumah sewa Johanna. Banyak yang ingin ditanyakan.

"Min tinggal dekat sini?" Soal Rais memecah kesunyian.

Yasmin hanya mengangguk. Dia hanya menunduk. Langsung tak memandang Rais di sebelahnya.

"Mana Min pergi selama ni? Lepas je habis SPM dulu, Min terus je hilang."

Yasmin diam. Dia tak menyangka bakal bertemu dengan rakan sekelasnya dulu. Kepalanya diangkat lalu dia memandang Rais.

"Min kerja. Lepas arwah abah dengan mak meninggal, dah tak ada apa dekat sini. Cuma sekarang Min kena tukar kerja dekat-dekat sini."

Rais mengangguk perlahan.

"Jadi kenallah dengan Johanna. Kenal Raisya?"

Dua nama itu cukup membuatkan jantung Yasmin berdegup kencang. Dia semakin tidak senang duduk. Kini dia pula tertanya ada apa antara Rais dengan mereka berdua.

"Kenal. Raisya selalu datang sini. Macam mana Rais kenal dorang?"

Rais diam. Dia tidak mahu menjawab malah dia pula menyoal kembali.

"Min tahu tak apa yang jadi sebenarnya pada Johanna dengan Raisya? Min tahu pasal gambar tu?"

Yasmin menjadi gugup. Wajahnya nampak pucat. Dia menggeleng.

Rais mengeluh kecil. Dia mengangkat punggung. Tiada apa yang dia dapat.

"Kalau macam tu tak apalah. Tapi kalau ada apa-apa tolong bagitahu Rais."

Rais meminta telefon pintar milik Yasmin. Dia mendail nombor telefonnya lalu meminta diri. Masih ada hal yang perlu dia lakukan.

Yasmin cuma memandang Rais kosong. Fikirannya mengingat kembali apa yang telah terjadi.

Yasmin memandang dari jauh. Dia memegang bajunya dengan kuat. Dia menggigit bibirnya. Terselit rasa cemburu di dalam dirinya.

Dia melihat Affendy dan Raisya sedang bergurau senda sambil makan. Untung Puan Zakiah, Encik Khairil dan Ilman tiada di rumah. Kalau tidak pasti sudah dihambat dengan getah paip mereka berdua ini.

"Tak apa ke kita berdua dalam rumah ni? Kalau kita kena tangkap basah macam mana?" Soal Raisya yang tiba-tiba risau.

"Apa nak risau. Kita bukan buat apa pun. Kita makan je pun. Lagipun kita bukan berdua. Your maid kan ada. Mana maid you tu? Air dalam jag tu nak habis dah."

Affendy cuba mencuit hidung Raisya namun terlebih dahulu ditepis olehnya. Memang Affendy suka mencari peluang untuk mencuit dan menyentuhnya tetapi dia tidak suka. Makan bersama di rumahnya juga atas pujukkan lelaki itu. Pada awalnya dia agak berat hati namun kerana sayang dia turutkan jua.

"Janganlah." Raisya menjeling.

Affendy cuma ketawa. Memang dia suka menyakat Raisya.

"Min. Yasmin!" Panggil Raisya.

Yasmin yang dari tadi memerhati dari jauh, bergegas ke arah Raisya.

"Ya, Sya."

"Tambah air lagi. Nanti lauk-lauk ni Min bawa lah balik okay." Arah Raisya.

Telinganya mendengar arahan, namun matanya saling memandang Affendy. Entah mengapa hatinya berdebar.

"Min? Dengar tak?"

"Hah? Dengar. Kejap ya Sya."

Yasmin bergegas ke dapur. Dia mencari kordial untuk dibancuh. Entah mengapa dia boleh jatuh cinta pada lelaki itu. Kekasih hati dari anak majikannya sendiri. Sepanjang dia berkerja sebagai pembantu rumah, perasaan cemburunya terhadap Raisya selalu meluap-luap. Raisya ada segalanya. Raisya ada rupa, keluarga, harta, cinta dan orangnya juga baik.

Bukan Takdir Terindah [C]Where stories live. Discover now