Bab 9

3.1K 155 0
                                    

RAIS terjaga saat terdengar azan subuh berkumandang dari surau berdekatan. Allahu… dia tak sedar langsung untuk bangun. Apatah lagi rasa matanya berpinar dengan kepala berdenyut-denyut. Hah sudah… rasa nak demam pula. Lagi-lagi sekarang musim kejap panas terik kejap pula hujan lebat, tak menentu macam ni. Itu sebab mudah dapat demam.

Puan Zahrah yang telah siap bertelekung itu sekejap-sekejap melirik jam di dinding. Dah masuk subuh, tapi Rais tetap tak keluar dari biliknya. Takkan Rais terlajak tidur kut.

Tanpa berlengah segera dia bergerak menuju ke bilik anak bujangnya itu. Kalau di tunggu lagi, takut makin lambat dia nak ke surau.

Pintu bilik diketuk.

“Rais! Dah bangun ke belum ni?”

Suara umi yang melaung mengejutkan dia diluar pintu bilik itu mencelikkan mata Rais yang hampir terkatup semula. Lambat-lambat Rais gagahkan diri bangun dari pembaringannya lalu menyelak selimut.

Grr! Sejuk terasa saat angin subuh menerpa kulitnya.

“Dah bangun umi.” Jawab Rais sederhana kuat. Cukup kut sampai di pendengaran uminya.

“Tak ke surau ke? Umi dah siap ni?”

Rais kerling jam di atas meja, macam tak sempat nak kejar jemaah. Perlahan-lahan kakinya menapak kearah pintu bilik sebelum dikuak dari dalam.

Elok sahaja pintu terkuak lebar, sudah tercegat Puan Zahrah di situ.

“Umi, Rais rasa tak sempat nak ke surau pagi ni. Rais tak mandi lagi.” Lunak dia bersuara.

Puan Zahrah berkerut kerisauan. Jarang-jarang Rais nak buat perangai macam ni selalunya.
“Tak sihat ke? Pucat muka kamu.”

“Sakit kepala umi. Rasa nak demam.”

Pantas telapak tangannya naik menyentuh dahi si anak. Berbahang. Patutlah.

“Habistu, larat ke nak pergi kerja?” Soal Puan Zahrah risau. Rais tu sejenis manusia yang memang susah nak dapat demam, tapi kalau dah dapat, memang teruk terus. Sampai tak boleh bangun.

Rais diam sejenak.

“Kena pergi umi. Harini ada hari sukan.” Rais bersuara lemah. Baru teringat yang sekolah ada mengadakan hari sukan harini. Dan dia adalah salah seorang cikgu rumah sukan.

Puan Zahrah ketap bibir.

“Tak sihat nak pergi jugak?”

“Nak buat macam mana…” Leweh aje Rais menjawab.

Puan Zahrah angkat bahu.

“Suka hatilah. Dah pergi solat dulu. Nanti umi sediakan sarapan.”

“Terima kasih umi.” Ucap Rais sebelum kembali menutup pintu biliknya untuk bergegas siap menunaikan solat subuh.

Rais ingat lepas solat dia hanya nak rehat sekejap. Tapi lain jadinya bila dia terlena sehingga terlajak lagi waktu nak ke sekolah.

Puan Zahra yang ingin mengejut anak bujangnya itu tergeleng kepala perlahan. tak sampai hati dia nak menganggu lena Rais.

😂😂😂😂😂😂

Tengah hari itu Raisya seperti biasa baru bangun tidur. Dengan rambut serabai masih tidak mandi, dia menuju ke dapur untuk mengisi perut yang berkeroncong.

“Masak apa ma?” Soalnya sambil menarik kerusi kemudian melabuh punggung di situ.

Puan Zakiah menggeleng kepala melihat si anak dara serupa anak bujang! Rambut pendek Raisya tercacak-cacak tidak bersikat.

Bukan Takdir Terindah [C]Where stories live. Discover now