Final

2.9K 314 65
                                    

aku terus menyiapkan diri selepas mendapat panggilan dari yoongi. katanya nak ajak aku ke suatu tempat dan ianya penting.

aku hanya turutkan sahaja katanya.

"kyung mi, bagitahu namjoon yang aku nak jalan okay?" pintaku kepada nya yang sibuk menghidangkan sarapan.

"okay okay. tak nak sarapan dulu ke?" dia mengelap tangannya pada tisu basah.

"tak apa lah. nanti aku makan kat kedai."

"ye lah, suruh yoongi bawa kereta elok elok. kang terbabas pula kat jalan." kyung mi tertawa kecil.

"boek."

+++

"kau tak bawa jiwoo sekali ke?" soalku sambil memandang ke belakang kereta. kelibat jiwoo langsung tidak kelihatan.

"tak. aku suruh omma jaga dia. lagipun, kesian omma sebab tak ada yang teman dia kat rumah. kalau ada jiwoo, tak lah omma bersendirian." jelas yoongi. aku hanya menganggukkan kepala.

"kau nak bawa aku pergi mana?"

"aku nak bagi surprise tapi kau siap tanya pula. nanti kau tahu la. sepak kang."

"ish jangan la marah. kuat marah ni mesti ada high blood pressure kan?" teka ku sambil tersenyum. yoongi mengerutkan dahinya.

"apa kau merepek ni? mulut tu tak boleh eh duduk diam diam? asyik nak bercakap je."

"eh mulut tak duduk. dan untuk pengetahuan kau, mulut diciptakan untuk mengatakan kebenaran. apalah gunanya mulut jika tidak digunakan dengan elok? lainlah kalau kau. ada mulut tapi guna untuk mencarut je." bebelku lagi. senyuman mereng dihadiahkan.

yoongi kemudiannya mengeluh.

"ye lah, kau menang. aku ni kuat mencarut, ada high blood pressure. tak macam kau. semua perfect. seratus peratus sempurna." matanya dijegilkan. berkemungkinan malas mahu melayan aku kerana dia masih fokus dengan pemanduannya.

"aku tak nak menang pun. aku cakap kebenaran bukannya kepalsuan." aku menjuihkan bibir.

"ye la negro. diam la sikit ish."

"jangan racist boleh tak? sikit sikit nak jadi racist. satu hari nanti orang palau kau sebab kau terlalu putih haa kau nak ke?"

"tak nak, saem." yoongi menjawab dalam nada sarkastik. kemudian dka menggelengkan kepalanya perlahan.

"saem hotak kau la."

"habistu? kau membebel kalah omma aku. tahi telinga aku ni ni ha. kalau kau perhati baik baik, cair dah disebabkan bebelan kau yang tak pernah ada penamatnya." katanya tanpa memandang aku.

"aku nasihat je- eh mak kau!" aku melatah pendek sebaik sahaja yoongi menekan brek. badanku terkehadapan sedikit disebabkan oleh brek mengejut yang baru sahaja dilakukan oleh yoongi.

ceit, mentang mentang kereta baru.

"nasihat hotak kau la. jom. dah sampai dah ni." yoongi mematikan enjin kemudian keluar dari perut kereta. sempat lagi dia meniru gaya percakapanku.

"cepat la!" jerit yoongi dari luar.

euw tak gentleman langsung mayat hidup ni. sekurang kurangnya, bukakan la aku pintu. dah la ajak aku jalan tiba tiba dalam keadaan yang kelaparan.

dengan pasrahnya aku keluar dari kereta. pintu kereta milik yoongi aku tutup kuat tanda geram.

"woi kesian baby aku kau kerjakan!" jeritnya lagi. kemudian dia berpura pura mengusap keretanya yang tidak seberapa cantik itu.

[C] Dutch Lady + jjkWhere stories live. Discover now