Forty-two

2.2K 295 12
                                    

plastik straw dibuka perlahan lahan. kemudian susu dutch lady perisa strawberi aku hirup.

pemandangan sekeliling aku pandang. senyuman diukirkan di bibir.

bangku kayu yang aku duduk tiba tiba menjadi sedikit berat.

"sorang je ke?" soalan tidak masuk akal ditujukan kepadaku.

"taklah, aku dengan budak budak ni ha. tak nampak?" jawabku sedikit sarkastik.

kemudian dia tertawa sehingga terlihat senyuman gummynya.

"ye la, sorry." dia menghela nafas perlahan.

"takpe. kau memang suka tanya soalan yang tak logik pun kan?"

"ish apa kau ni. aku memain je pun. dasar yeonyeon!" bahuku ditamparnya perlahan.

"sakitlah yoongi-"

"ha apa yoongi yoongi?" dia mencelah pantas.

"ye la ye la, yongyong la." aku akur lalu menjegilkan mata.

menyampah betul lah!

"ha kan baru sweet macam tu. kau ni ish kalau aku throwback zaman kau nangis sebab aiskrim kau-"

"diam la! sikit sikit nak throwback sikit sikit nak throwback." kasutnya aku pijak dengan sengaja.

"aww ok ok, jangan la marah." yoongi tertawa lagi.

ya, memang aku akui sejak hari kejadian di rooftop hari tu, kami mula rapat dan selesa antara satu sama lain.

walaupun yoongi asyik cakap dia sayangkan aku, tapi aku tak tahu kenapa hati aku susah sangat nak terbuka untuk dia.

dalam fikiran aku hanya jeon jungkook sahaja.

terlalu kejam ke aku sampaikan cinta yoongi pun aku tak dapat nak balas?

"mengelamun lagi. haih, tak habis habis nak mengelamun yeonyeon aku ni." kedengaran yoongi mengeluh sekali gus memberhentikan aku dari mengelamun.

"biasalah, semua orang kuat mengelamun kan?" aku cuba untuk ukirkan senyum.

"memang la. tapi, kalau aku lepak dengan kau je mesti kau mengelamun. ey geram aku dibuatnya." yoongi mencebikkan bibirnya.

"ye la aku tak buat lagi. jangan la merajuk. kau ni haih. gedik betul." pipinya aku tampar perlahan.

"gedik dengan kau sorang je." dia tertawa lagi.

❁❁❁❁❁❁


"dah balik!" perkataan yang telah menjadi salah satu rutin harian ku apabila sampai di rumah.

seusai aku membuka pintu rumah, sekeliling rumah sangat gelap. cahaya samar samar dari lampu luar sahaja yang mampu memberikan cahaya masuk ke dalam rumah.

"namjoon?" aku kata sesambil mencari suis lampu.

"namjoon? mana kau-"

clack!

"what the fish.." mulutku ternganga sedikit besar apabila melihat sekeliling ruang tamu.

ya ampun kotornya!

serupa kilang pembuangan sampah!

"nayeon.." sayup sayup kedengaran suara seorang lelaki dari sebalik pasu.

"namjoon?" perlahan lahan aku berjalan ke arah pasu tadi.

"namjoon! kenapa kau-"

aku terus ditarik ke dalam pelukannya. kedengaran sedikit tangisan darinya.

"kenapa kau nangis ni?" aku soal dalam keadaan yang masih blur.

"k-kyung mi.." tersedu sedan dia menyebut nama nya.

"kenapa dengan dia?"

perlahan lahan pelukan tadi terlerai.

dia mengesat air matanya menggunakan beberapa helai tisu.

"t-tolong aku." tisu disumbat ke dalam hidungnya. matanya sembap akibat menangis.

"tolong apa?" dahiku kian berkerut seribu.

"tolong aku pujuk dia-"

"no! never!" aku mencelah ayatnya tanda protes.

"please? kau je harapan aku-"

"no." aku menyilangkan tanganku ke atas dada.

"aku dah agak dah.." mendatar sahaja ayat namjoon.

"apa-"

"penat aku kumpul duit banyak banyak sebab nak kahwin dengan dia. aku dah jumpa omma dia dah. berniat nak lamar dia tapi sampai hati dia curang depan aku?" namjoon mengeluh.

"namjoon-"

"aku tak tahu apa salah aku, dia tak sedar ke yang selama ni aku habiskan masa dan tenaga aku untuk dia? aku sanggup cari kerja semata mata untuk dia?"

"dia-"

"omma appa dia pun dah setuju. patutlah selama ni kalau aku tanya pasal kahwin dia mengelak, rupanya sebab dia.."

"..dah ada yang lain." namjoon tersenyum seorang diri.

aku hanya mendiamkan diri.

"aku dah penat. penat nak pujuk dia. aku.. ntahlah." namjoon berdiri kemudian naik ke atas.

patut ke aku tolong namjoon?

aku tak nak tapi..

❁❁❁❁❁❁

"sakit pinggang aku tunggu kau bersiap." dia sempat merenggangkan badannya.

"kau ok la duk dalam kereta bersejuk, aku cari baju tadi punyalah punah! ey, last last baju warna putih juga aku pilih." aku mengipas ngipaskan diriku menggunakan tangan walaupun pendingin hawa yang dipasang sudah mencecah nombor 4.

"panas sangat ke cibet?" dia menayangkan pokerfacenya.

"memang lah! kalau aku tak panas, aku tak kipaskan diri aku la." aku menjegilkan mata.

menyampahnya! ada ada je soalan dia nak bagi.

"belum panas neraka lagi.." katanya, perlahan.

"jimin, aku dengar tu."

"baguslah."

"ish jimin!" aku memukul tangannya.

"aww, sakitlah!" jimin tertawa sehinggakan eyesmilenya kelihatan.

"jalan la cepat, bodyguard kyung mi." aku tersenyum sinis. sengaja menyakat jimin yang berada di tepi.

"aish nayeon! dah dah la ungkit benda tu. rasa makin bersalah tau tak?" jimin menolak aku sedikit ke tepi.

"ala tapi kau tetap bodyguard dia en-"

"sekurang kurangnya bukan aku yang pukul kau. eyesmile tu bukan aku sorang je ada kat dunia ni. tak pernah pernah tergamak aku nak dera kau tau? setakat culik tu, pernah la. ok sikit." jimin kata selamba.

"ok kau kata?! kau buat aku pengsan kot-"

"ye la tak payah la ungkit benda tu lagi. menyesal aku jujur dengan kau." jimin menjuihkan bibirnya ke hadapan.

"haa apa muncung muncung tu? ingat comel ke?"

"bukan aku memang comel ke?"

"hotaklu."

[C] Dutch Lady + jjkWhere stories live. Discover now