Forty

2.3K 294 32
                                    

"mana jiminnya? dah balik?" namjoon soal aku dari dapur.

aku mengangguk.

"laa asal pulak? tak sampai 30 minit pun. tak sempat nak borak borak."

"borak apanya? biarlah dia. dia stress kot." aku cuba mencari alasan lain.

tapi kenapa aku sentuh pasal bodyguard tu terus jimin melenting?

fuh ok takboleh husnudzon dah ni. tahap suuzon dah datang.

"ha ye la. aku nak keluar dengan kyung mi. pepandai la kau urus diri kau." namjoon terus menyambar dompetnya yang berada di atas meja.

"eh, tak pernah pernah kau dating-"

"bukan dating. aku nak tanya dia yang dia tak sudi ke nak kahwin dengan aku. aku dah kumpul duit kot. tau tak betapa banyaknya tenaga aku gunakan untuk-"

"stop merapu. pergi la." aku tolak badan namjoon agar keluar dari rumah.

"wish me luck." namjoon menghela nafas.

"gementar nak mati macam nak kahwin. taknak la aku."

"wish la aku."

"wish la diri sendiri."

"ala nayeon-"

dan pintu terus aku tutup.

❁❁❁❁❁❁

kau expect aku akan tinggal rumah sorang sorang?

never.

lepas je namjoon keluar, aku terus keluar. tapi berlainan destinasi.

aku seluk poket seluar aku.

eh lalat terbang hAHAHAH k tak lawak.

aku tendang batu batuan kecil yang ada atas jalan memandangkan aku dah tak ada kerja lain nak buat.

aku jalan straight sebab aku orangnya yang straight k apa aku merepek ni tetan.

tetiba aku ternampak satu figura lelaki pendek yang tengah berjalan di hadapan aku.

mata aku terus terlempar pada tulisan hoodie kelabu yang dipakainya.

myg93?

myg?

min yoongi?

yoongi?

kemudian dia menyeluk poket hoodienya dan mengambil telefon.

dia bercakap dengan seseorang melalui telefon pintarnya. tidak sampai beberapa minit, telefon nya terus diletakkan semula ke dalam poket hoodie.

memandangkan aku ni seorang yang comel lagikan peramah, aku nak tegur dia.

aku melajukan langkahku ke hadapan. jarak kami hanya beberapa meter sahaja.

dan tanpa aku sedar, aku sesat.

aku tak tahu aku kat mana.

aku memandang sekeliling.

sunyi.

dan jalan mati.

hanya pokok pokok sahaja yang menghiasi pandangan.

langkahku terhenti terlebih dahulu sebelum yoongi turut memberhentikan langkahnya.

tidak sampai beberapa saat yoongi berada di situ, seorang perempuan berambut ikal datang ke arahnya.

amy?!

[C] Dutch Lady + jjkWhere stories live. Discover now