Eight

3.3K 422 18
                                    

"Dah balik!" Laungku dari luar rumah. Kasut sekolah dibuka. Tanganku sibuk menjinjing beg plastik yang berisi dua susu kotak dutch lady.

Tiada sahutan.

Aish. Namjoonie pabo.

Biasanya namjoon akan menyahut dengan sahutan "eh dah balik pun kau" tak pun "belajarlah puaka!"

Em, entahlah. Husnudzon. Kot kot lah dia tertidur ke. Em em.

Baru sahaja aku hendak mengeluarkan kunci dari poketku, pintu sudah terbuka sedikit.

AISHH NAMJOON TAK KUNCI PINTU KE APA NI?!

Aku masuk kemudian mengunci pintu dari dalam. Kelihatan Namjoon sedang sibuk bermain dengan telefon pintarnya di ruang tamu.

Lah. Pekak ke apa dia ni?

DAHLA MAIN PHONE TERSENYUM SUMBING. LAYAN POMPUAN MANE TAH.

Ah lantak dia lah.

"Kau ni. Aku jerit bagai nak rak, kau tak sahut. Kalau nak, aku boleh je buang telinga kau tu pastu derma kat orang yang pekak." Bebelku sendirian. Namjoon hanya mengendahkanku. Masih sibuk dengan gadgetnya.

"Dahla tv terbukak, volume nak full. Baik tutup je. Bazir letrik." Sambungku lalu menukar siaran.

Dan ya, namjoon hanya mengendahkanku. Senyuman semakin lama semakin lebar sambil membalas mesej.

"Dinding, tv, sofa, meja, payung, kasut, dan stokin. Aku naik atas dulu. Bye!" Aku tertawa kecil. Sengaja berbuat demikian agar namjoon sedar yang dia tengah palau aku.

Biasanya dia akan layan aku lepas aku cakap macam tu.

Ni tak. Dia makin endahkan aku.

Lawak hambar yang aku lakukan sebentar tadi tidak dilayan sama sekali.

Namjoon penat, kot.

Relax Nayeon. Dutch Lady kan ada?

Aku memandang skrin telefon pintarku dengan pandangan yang kosong.

Totally not

In

Mood.

Tiba tiba skrin telefonku memaparkan sebuah request. Aish jimin.

Button accept aku tekan dengan malas.

"Ha pahal?" Aku kata dengan mata yang sedikit tertutup.

"Kau ok ke tak ni?"

"Hm, ok. Kenapa?" Jawabku acuh tak acuh. Tangan disilangkan ke dada.

"Aku dengar tadi yang kau gaduh ngan Kyung Mi. Betul ke?" Soal Jimin ragu ragu.

WTFISH.

"Siapa cakap?!" Soalan berbalas soalan.

Muka Jimin berubah sedikit, kemudian dia menyambung perkataannya.

"Kau dengan jungkook dah ok?" Soal Jimin lagi. Sengaja menukar topik.

"Jungkook? Apahal pulak?"

"Dengar cerita yang korang pun gaduh. Betul ek?" Jimin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

ODO LE. CUKUR JELAH KENING KAU TU HANAT. BERSERABUT. SAMA MACAM OTAK AKU BERSERABUT.

"Masalahnya sekarang ni, kau tahu semua agenda ni dari mana?" Soalannya hanya aku biarkan.

Suka betul tukar topik haih.

"Em adalah hehe!"

Hehe palahotak dia. Aku kame kameha jugak budak ni.

[C] Dutch Lady + jjkOnde histórias criam vida. Descubra agora