Fourteen

2.9K 375 24
                                    

Dua minggu telah berlalu begitu sahaja. Aku sangka bila jungkook masuk sekolah yang sama sekali gus sekelas dengan aku, masalah tidak akan berlaku.

Tapi aku salah.

Sejak akhir akhir ini, sticky note yang sama dilekatkan di locker ku.

Mengatakan bahawa aku merampas jungkook daripadanya.

Aku berjalan malas ke arah locker yang terletak di hujung koridor. Kemudian mataku terlirik memandang sticky note berwarna merah jambu yang tadinya terlekat pada locker milikku.

Jangan rampas jungkook oppa dari aku.

Sht. Same words, again.

——————

"Nayeon?"

"Ah, jimin. Kenapa?" Aku senyum segaris. Sticky note yang tadinya aku pegang dengan pantas aku sembunyikan.

"Kau pegang apa tu?" Matanya melemparkan pandangan ke arah tanganku yang aku genggam.

"Sampah." Aku menjawab sambil tersenyum.

Jimin hanya meng"o" kan sahaja.

"Kau ok ke ni?" Bahuku dipegangnya perlahan sekali gus membuatkan bahuku sedikit terhinjut.

Aku mengangguk perlahan.

"Jaga diri. Kalau tak sihat tu cakap je lah." Jimin tepuk bahu aku perlahan kemudian meninggalkan kelas.

Sticky note yang aku ronyokkan tadi aku buang dengan malas.

"Asal susah sangat ni?!" Aku mendengus geram. Kepala disembamkan ke atas meja. Peralatan tulis yang tadinya tersusun rapi akhirnya berselerak.

"Otak dah ada kat kepala! Tapi akal tu terbang gi mana siut?!" Aku membebel pada diri sendiri.

"Do you need some help?"

AH PAPI. SPOILER TUL LAH AKDNSKDK.

"Tak. Blah sana." Aku cakap dalam nada yang mendatar. Kepala masih disembamkan di atas meja.

"Tak baik buat macam tu kat ilmu. Nanti tak dapat berkat."

Bunyi derapan kaki berjalan ke arah ku mulai kedengaran di cuping telinga. Perlahan lahan dia mengangkat kepalaku.

Automatik aku duduk dengan tegak.

ASAL KAU TAK MELAWAN NI HAA NAYEON?!

"Maaf.. Tapi—"

"Aku tahu. Ilmu. Nanti tak dapat berkat. Kan?" Aku menjawab sarkastik sambil mata digulingkan.

"Tapi aku rasa kau perlukan benda ni." Katanya lalu menghulurkan sesuatu.

Aku memandangnya pelik. Mataku meliar ke arah sekeliling kawasan.

Okay line clear.

"Pa benda ni?" Aku tanya, seolah olah tiada perasaan.

[C] Dutch Lady + jjkWhere stories live. Discover now