Forty-nine

2.2K 285 18
                                    

memang betullah apa yang jungkook pernah cakap dengan jimin walaupun ianya satu gimik.

aku perempuan bodoh. ye la, siapa je yang nakkan perempuan bodoh macam aku, kan?

aku sedut hingus aku yang hampir terkeluar memandangkan aku tak ada sediakan tisu.

"hey, kau okay ke ni?" bahuku dicuitnya.

"aku nampak okay ke sekarang ni?" aku berpeluk tubuh. hingus masih disedut.

"jangan la nangis lagi. entah berapa kali aku nampak kau asyik nangis. nanti sembap la bawah mata tu. nanti boleh buta tahu?" air mataku diseka olehnya menggunakan ibu jari.

"t-tapi dia-"

"shh, tak bersemangat aku nak menari dengan kau malam ni kalau kau nangis lagi." dia tertawa kecil sehingga gummy smilenya kelihatan.

"aku cuba untuk buat dia sakit hati tapi aku tak boleh. akhirnya, aku yang sakit hati."

"shh-"

"ke dia memang betul betul dah lupakan aku?" aku pandang dia dengan mata yang sembap.

"kau jangan risau la. aku kan anpanman kau. selagi jantung aku masih berdegup, selagi tu la aku akan lindungi kau."

"acah." aku menahan tawa.

"yoongi akan menjalankan tugas sebagai anpanman nayeon- aww sakit la!"

"hehe."

"hehe je tau. nasib baik comel." pokerfacenya di tayangkan.

"aku memang comel."

"menyesal aku puji kau." matanya dijegilkan.

"apa pulak menyesal ish!"

"haih dah la jom." tanganku ingin direntapnya tetapi aku tepis perlahan.

"taknak." kepala digelengkan beberapa kali tanda protes.

"degil ek?" senyuman mereng ditayangkan.

"woi woi apa kau nak buat ni? tolong! gigolo bersiri-" mulutku terus ditekup olehnya.

"hotak kau. majlis dah mula. kau degil, aku geletek."

"tapi, ada jung-"

"pura pura tak nampak la. terbang melayang duit aku belanja kau gaun ni lepastu kau tak nak menari."

"siapa suruh kau belanja aku."

"asyik nak menang je kan? ei ngap kang!"

"tunggu kita halal la."

"memandai ah kau. jom!"

"tak-"

yoongi terus memandang aku serius. matanya dibuntangkan. pipinya turut dikembungkan.

"k."

❁❁❁❁❁❁


alunan muzik kuat kedengaran di telingaku. orang ramai turut kelihatan menari bersama pasangan masing masing.

mataku meliar mencari kelibat seseorang.

jimin!

"kau ada nampak jimin- eh yoongi?" soalan yang hendak aku tujukan kepada yoongi terus terhenti serta merta. kelibat yoongi tiada di pandangan ku.

hanya lelaki yang memakai topeng sahaja kelihatan dengan jelas.

yoongi ada bawa topeng tapi dia malas nak pakai.

[C] Dutch Lady + jjkWhere stories live. Discover now