tu je la kot aku nak cakap.

k bye.

mood down gila HAHAHA.

bye sekali lagi.

goodbye. ✅✅

dia rasa diperbodohkan?

clue dia, rooftop?

muka pucat gila nak mampus?

nangis?

pujuk?

bukan ke tu..

aku dengan yoongi?!

macam mana aku nak terangkan?

tapi,

siapa yang bagitahu dia?

takkanlah dia sendiri yang nampak?

❁❁❁❁❁❁

pejam celik pejam celik, dua bulan dah pun berlalu.

sekolah pun dah nak tamat. tinggal sebulan je lagi.

namjoon dan kyung mi pun dah bertunang.

bukan setakat tu je, hubungan aku dengan jungkook pun semakin merenggang disebabkan kesalahfahaman yang berlaku.

asal aku bertembung je dengan dia, mesti dia jeling aku.

asal aku nak cakap sesuatu, mesti dia elakkan diri.

kalau aku chat dia pun, mesti kena bluetick walaupun aku spam beribu ribu.

walaupun dia tak ada cakap apa apa, tapi aku dapat tahu yang dia cuba untuk jauhi diri daripada aku disebabkan kesalahfahaman antara aku dan yoongi.

haih cepat betul masa berlalu.

"kim nayeon! tolong ahjumma angkat pinggan ni ha. jangan lupa basuh sekali!" panggilnya sekali gus membuatkan aku berhenti mengelamun.

"ah, okay okay-"

"buat apa duduk sorang sorang kat situ? mana jungkook? ish dasar anak pemalas. ahjumma suruh dia tolong kamu kemas ruang tamu pun dah lari." puan jeon menggelengkan kepalanya.

"takpelah, lelaki kan. memang macam tu." senyuman hambar aku ukirkan di bibir.

"aish humble sangat kamu ni jadi manusia. bertuah si jungkook tu dapat berkawan dengan orang macam kamu." ujar puan jeon sambil tersenyum manis.

aku tidak menjawab tetapi masih tersenyum. pinggan dan mangkuk yang kotor aku angkat lalu aku bawa ke sinki. kemudian lengan baju ku aku sinsing sehingga ke siku lalu pinggan mangkuk aku cuci.

jungkook, bila hati awak nak terbuka untuk beri saya terangkan?

❁❁❁❁❁❁

"yeoboseyo?" aku mengangkat panggilan di telefon pintar sebaik sahaja telefonku berbunyi menandakan masuk panggilan.

"lepak jom?"

"aish aku penat. esok esok lah."

"please? aku belanja kau dutch lady."

aduh ni aku lemah ni. sikit sikit nak sentuh berkaitan dutch lady ey.

"hm, nanti aku fikirkan-"

"hotak kau nanti kau nak fikirkan! aku dah bersiap ni. pergi je la ee yeonyeon ni kan!" jeritnya sedikit kuat.

"jangan panggil aku yeonyeon la!"

"putus kawan-"

"ye la ye la ish nak jumpa kat mana?" aku mengeluh. kuaja betul jadi member.

"yes! jumpa kat mall-"

"mall? eh tak nak aku. jauh kot." kata kata yoongi sempat aku potong dengan laju.

"ok fine. jumpa kat rooftop sekolah je la macam tu."

"asal pulak kat roof- eh? yoongi? yoongi!" aku jerit dari sebalik telefon.

tapi sia sia.

awal awal lagi yoongi dah tamatkan panggilan.

rooftop pun rooftop la.

--

aku buka pintu rooftop perlahan lahan. dan ya, kelibat seorang lelaki memakai hoodie berwarna kelabu kelihatan jelas di pandanganku.

dia menendang batu batuan kecil.

comel.

"yoon-"

"sampai pun kau! panas tahu tak? duduk cepat. nasib baik ada tempat berlindung. kalau tak, dah lama aku lebur kat sini." bebel yoongi tak seberapa panjang.

"ye la ye la- eh?" aku tidak sempat menghabiskan ayatku apabila yoongi terlebih dahulu menghulurkan sekotak susu dutch lady.

"tak payah nak eh eh sangat. aku tibai kang. nah amik ni." hulurnya lagi.

"maseh hee."

"boleh tak jangan buat hee kat belakang tu? menyampah tahu tak? nasib baik aku masih sayang kalau tak, dah lama aku-"

"dah lama apa?!" aku acah siku yoongi.

"tak ada apa apa, sayang." yoongi tersengih.

"ye la tu." aku melemparkan pandangan ke arah lain.

"alolo sayang merajuk ke tu?"

"jangan panggil aku sayang lah! geli tahu tak?!" aku menjarakkan sedikit kedudukanku dengan yoongi.

"geli konon. kalau jungkook panggil kau sayang tak apa pulak."

"eh dia tak apa lah." aku buat derp face.

"hotak lu. bagi middle finger kang!"

"bagilah kalau berani!" aku memandang yoongi semula.

yoongi pandang aku dengan pandangan dingin kemudian perlahan lahan dia menaikkan jarinya.

"eh, janganlah buat betul- HAHAHAHAHA kau geletek aku dah kenapa ha mayat- woi woi HAHHAHA geli lah sakai!"

"ha main main lagi dengan aku. kan dah kena." yoongi tertawa sekali gus melarikan tangannya dari perutku.

"asal kau ajak aku lepak ni? tiber je." aku kata dengan sisa tawaku yang masih ada.

"segan la aku nak cakap." yoongi menggosok tengkuknya perlahan.

"segan kenapa pulak?"

"nanti kau marah." yoongi menunduk.

"pftt cakap je la-"

"pasal jungkook." jawabnya pantas. dia mencelah ayatku terlebih dahulu.

"k-kenapa dengan jungkook?"

[C] Dutch Lady + jjkUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum