BAB 7

1.6K 80 4
                                    

MANAKALA hati menggeliat mengusik renungan,
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta,
Suara sang malam dan siang seakan berlagu,
Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku,
Saat aku tak lagi di sisimu,
Kutunggu kau di keabadian.

Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu,
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku,
Sukmaku berteriak menegaskan kucinta padamu,
Terima kasih pada Mahacinta menyatukan kita,
Saat aku tak lagi di sisimu,
Kutunggu kau di keabadian.

Cinta kita melukiskan sejarah,
Menggelarkan cerita penuh sukacita,
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu,
Cinta kita sejati.

Saat aku tak lagi di sisimu,
Kutunggu kau di keabadian.

Cinta kita melukiskan sejarah,
Menggelarkan cerita penuh sukacita,
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu,
Cinta kita sejati.

Lembah yang berwarna,
Membentuk, melekuk, memeluk kita,
Dua jiwa yang melebur jadi satu,
Dalam kesucian cinta.

Cinta kita melukiskan sejarah,
Menggelarkan cerita penuh sukacita,
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu,
Cinta kita sejati.

Sambil mengemas bilik sambil menyanyi. Hiks!

Lagu yang bertajuk cinta sejati dari Bunga Citra Lestari menjadi lagu kegemaran Naurah. Hampir setiap hari lagu ini menemaninya sehingga adiknya Iman Firdaus sering menegur.

"Kakak ni tak ada lagu lain ke? Pasang lah nasyid ke, biar insaf sikit." serang Iman Firdaus selamba. Habis diperli kakaknya.

Naurah tarik muka. "Aku tahu lah aku tak kuat agama macam kau. Hari-hari dengar nasyid, bibir tu tak kering dengan selawat." serang balas Naurah. Sentap sebenarnya!

Dan begitu lah mereka setiap kali bergaduh mulut tentang lagu. Yang seorang tak boleh terima nasihat, yang seorang lagi pun bagi nasihat bikin orang sentap!

Bila teringatkan itu, automatik Naurah mencebik. Ceit!

"Kakak!" laung puan Kalsom dari arah dapur.

"ye mak." terus dirinya keluar daripada bilik.

"Buat apa kat bilik?" tanya puan Kalsom sambil memotong bawang untuk menumis.

"Kemas bilik kejap. Kenapa mak?"

"Tak ada apa. Saja panggil kakak nak suruh teman mak kat dapur." jawab emak sambil tersenyum.

"Eh.. Eh.. Ehh... Sejak bila mak suka ada peneman? Bukan mak suka duduk masak sorang-sorang ke?" usik Naurah. Sedangkan dia tahu emaknya ini memang suka kalau ada kawan bercerita. Tapi lagi dia suka bila dia duduk tapi anak gadisnya yang buat. Kah!

Puan Kalsom jeling.

"Eh, jeling-jeling pulak puan Kalsom ni. Mak nak masak apa ni? Biar kakak yang buat. Mak duduk tengok kakak masak." Naurah menawarkan diri. Bukan tak biasa masuk dapur. Memang masak memasak ni kepakaran yang turun kepadanya dari puan Kalsom.

Setakat nak masak untuk family tak ada hal lah! Malah dia juga pernah masak untuk time kenduri. Selalunya dia di bahagian nasi. Maklumlah, Naurah pakar dalam memasak nasi minyak.

Kerana pernah dulu terjadinya nasi minyak tak masak, masih rasa beras. Tetapi nasi itu bukan di masak oleh Naurah sebaliknya dimasak oleh pasukan rewang.

Naurah yang melihat kebingungan pasukan rewang turun padang menolong memasak nasi. Segala rempah ratus dan ramuan dalam itu semua cukup rasa. Mula dari situ, jika ada kenduri yang mengerahkan orang kampong untuk rewang, Naurah join sekali. Memang tempat nasi lah mereka serah pada Naurah. Ketua segala nasi minyak.

"Mak nak masak ringkas-ringkas je. Alang-alang kakak dah offer diri, meh datang dekat, mak nak bgtahu menu hari ini." panggil puan Kalsom secara mendekat. Mudah nak beri arahan karang.

Naurah patuh. Berdiri disebelah emaknya.

"Masak nasi 2 pot setengah, ni bawang cili mak dah potong kakak buat tumis bilis, ayam mak dah perap tinggal goreng, sayur meranti tu kakak rebus je. Nanti mak tolong buang batang dia." sekian pesanan khidmat masyarakat masakan oleh puan Kalsom.

"okay" tiada bantahan Naurah buat mengikut arahan puan Kalsom. Tidak kekok membuat kerja-kerja didapur membuatkan puan Kalsom tersenyum sendiri. Tak sangka anak daranya ini sudah besar panjang. Sudah pandai membuat kerja rumah, memasak, mengemas, menghias. Segala macam di dalam rumah semua boleh diurus.

Tak ada lah nanti dia penat sendiri seperti anak-anak masih kecil dan suami pula keluar bekerja.

Bila terkenangkan kisah dulu memang jauh beza dengan yang sekarang. Sekarang kehidupan mereka lebih senang. Alhamdulillah.

"Mak ayam ni kakak ambil sikit nak masak hijau boleh? Tetiba macam teringin pulak. Hehehe." soal Naurah kepada puan Kalsom.

"Ambil la. Buat lebih sikit."

***


Entah apa yang merasukimu, hingga kau tega mengkhianatiku. Tibe~

Catch You, MR. HEARTLESSWhere stories live. Discover now