BAB 3

2.4K 106 0
                                    

"WAH wah wah... Ada orang bangun awal la." tegur Iman Firdaus sambil mengambil tempat duduk di meja makan.

Naurah yang sedang sibuk menyediakan pinggan dan cawan menjeling. "Kira untung kakak bangun awal. Boleh masak untuk kau yang malas ni." perli Naurah sambil tangannya lincah membasuh barang-barang perkakas yang digunakan tadi.

Iman Firdaus mencebik lalu meneruskan kembali suapannya.

"Mak dengan bapak mana kak?"

"Dah nak habis kau menyuap baru nak ingat orang tua kau? Eii budak bertuah ni kan. Dah kena ketuk dengan lesung batu baru nak ingat agaknya. Kakak ni pun kau tak tanya dah makan ke belum. Yang kau tahu bangun tidur ada makanan atas meja lepastu ngap tak ingat orang." bebel Naurah panjang lebar. Tangannya dilap dengan kain kering lalu mengambil tempat disebelah adiknya.

"Kak, orang tanya sikit je kan? Tak payah la membebel, sakit telinga ni haa hari-hari dengar kakak membebel." air teh o panas diteguk sedikit.

Naurah buat mimik muka menyampah.

"Bapak ada kat bilik dengan mak. Jap lagi turun la tu." terang Naurah, tangan menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan kepunyaannya. Ayam goreng bahagian peha kesukaannya diletak dalam pinggan. Biasanya bahagian peha dia akan berebut dengan adiknya, Iman. Kerana yang tinggal hanya seketul. Tapi tidak hari ini kerana dia goreng bahagian peha ayam dua ketul.

"Oh." hanya itu reaksi Iman tanda dia mengerti. Lalu tangannya menambah lagi nasi goreng tang dimasak kakaknya. Naurah masak apa pun memang sedap. Sebijik masakan puan Kalsom. Sebab itu Iman Firdaus kalau makan wajib bertambah-tambah.

"Apa yang digaduhkan tu? Tak baik gaduh depan rezeki." suara encik Hisyam yang baru masuk ke ruangan dapur menegur. Dibelakangnya ada puan Kalsom yang membontoti. Puan Kalsom hanya menggeleng-geleng kepala. "Budak berdua ni ada saja yang hendak digaduhkan?" kali ini suara puan Kalsom pula yang kedengaran.

"Kakak ni, adik tanya masuk kerja pukul berapa je tapi dia jawab macam nak cari gaduh." adu Iman Firdaus sambil membuat muka kasihan. Iman firdaus yang sememangnya bongsu dan spesies makhluk yang manja serta mengada-ngada membuat Naurah yang sedang mengambil pinggan untuk kedua orang tuanya meluat akan perangai adiknya itu.

"Nasib baik la kau je adik aku. Kalau ada yang lain memang aku ajak dorang belasah kau." balas Naurah selamba sambil berjalan menyendukkan nasi untuk kedua orang tuanya.

"Mak bapak, tengok kakak niii..." adunya lagi bersama pakej muka merah dan mahu menangis.

"eii mengadanya kau. Nama aje Iman tapi selalu menguji Iman aku."tindas Naurah lagi.

"Kakak." amaran bapak dah keluar. Naurah pula masih selamba. Ehek sebenarnya takut la jugak. Bapak kot. Jangan sampai dia panggil nama panjang bawak parang. Naya kau.

"Okay"

Puan Kalsom dan suaminya hanya menggeleng kepala melihat perangai anak sulungnya itu. Iya, mereka sudah sedia maklum akan perangai Naurah yang tidak mahu kalah dan banyak mulut. Satu di tanya banyak pula yang dia jawab. Dah boleh buat ringkasan bahasa melayu dah. Kalau ditegur ada saja mentol akal yang keluar untuk selamatkan diri. Hai la anak.

Mereka sekeluarga masing-masing menikmati hidangan pagi mereka. Semua makan bertambah. Sedap sangat nampaknya. Alhamdulillah syukur, Ya Allah.

Catch You, MR. HEARTLESSWhere stories live. Discover now