BAB 4

2K 98 1
                                    

"MERPATI dua sejoli 'break' sama-sama la." usik Naurah sewaktu dia melangkah masuk ke dalam kedai tempat dia bekerja. Beg silang yang selalunya dibawa ke tempat kerja dimasukkan dalam lokar yang disediakan manakala beg duit dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam poket jacket.

Kiran dan suaminya Shafik hanya tersenyum. Selalu sangat kena usik dengan budak Naurah ni. Kalau tak usik orang memang tak sah. Perdajalkan orang pun dia jugak.

Iya, mereka yang Naurah tegur adalah pasangan suami isteri. Bekerja ditempat yang sama, cuma si suami saje jadi pekerja part time kerana dia bekerja di salah sebuah office di Setia Alam juga. Katanya mahu mencari duit lebih semasa office off-day. Manakala si isterinya pula pekerja full time ditempat itu. Menurutnya, bosan duduk di rumah tiada buat apa. Dan Alhamdulillah, rezeki mereka, kak Kiran sekarang tengah mengandung 3 bulan. Ehek kami pekerja-pekerja di sini bakal menjadi uncle dan aunty. Kerrlass gituh!

Pernah sekali kak Kiran mengalami alahan mengandung yang teruk sewaktu bekerja, kami panik tak tahu nak buat apa, kerana masing-masing masih bujang. Hahaha memang kelam kabut habis. Mujur kak Kiran masih boleh bercakap walaupun sangkut-sangkut tetapi kami masih boleh faham dan hadam. Katanya jangan panik. Tak ada apa pun cuma alahan orang mengandung. Punya la kami panik tapi boleh kata jangan panik. Kami semua lepaskan nafas lega. Bila ingat balik kelakar pula.

"Baru sampai Ra?" tanya kak Kiran sambil mengunyah buah mangga.

Panggilan Ra atau Ara sering digunakan mereka untuk Naurah. Biasanya mereka akan memanggil Ra. Kerna menggunakan dua huruf sahaja. Walaupun Ara juga perkataan yang pendek namun mereka lagi suka yang lagi pendek. Bak kata pekerja-pekerja disitu, lagi pendek lagi bagus. Apa-apa aje lah.

"eh tak la kak. Tadi saya datang dengan akak. Hehe. Gurau je. Haah baru sampai tapi patutnya masuk pukul 4 tapi saje datang awal nak lepak mamak sebelah tu jap." terangnya panjang lebar.

Kak Kiran mengagguk faham. "akak nak kirim boleh?" sambungnya.

"eh apa pulak tak boleh, mestilah boleh. Tapi saya nak kutip upah RM20 sebab kedai mamak tu selang 5 kedai dari kedai kita." katanya serius.

Kiran yang sememangnya agak lurus bin bendul bin samdul pun hendak bagi duit lebih. "boleh la akak okay aje."

"uish, saya main-main je la. Tu laki akak tengok saya macam nak telan. Takut ittew." sambungnya. "akak nak kirim apa kat anney tu? Kirim salam ke?"

"tak ada nya aku nak buat kerja hila kirim salam kat mamak yang tak mandi tu." bebel kak Kiran.

Naurah gelak besar. Kelakar bila melihat kak Kiran bebel. Dengan mata dia pandang laki dia. Aduii laa dah la mengandung. Emosi tak stabil, nasib kau la Shafik.

"Dah kak. Abang Shafik nak lari bila akak bebel pandang dia pastu mata membesar." usik Naurah lagi. Tak insaf nau.

"eh budak kecik ni mengusik orang mengandung eh dia. Akak tengah tidur dengar suara kau terus jaga." kak Aida yang entah dari mana datang arahnya tetiba muncul tanpa diundang.

"Kak Aida! Mana pergi? Tak nampak pun? Alaa bucuk-bucuk ku sayang." Naurah peluk kak Aida. Ehek kakak sayang ni. Dah dekat 2 tahun bersama. "jom pergi mamak pastu singgah seven eleven jom." ajak Naurah. Maklumlah kak Aida ini adalah partner in crime Naurah. Mana-mana mestu pergi sama-sama. Lepastu sama-sama habiskan duit. Ehek.

"ha kejap akak nak pergi toilet dulu."

"okayy" nyahut Naurah kembali.

______

Catch You, MR. HEARTLESSWhere stories live. Discover now