BAB 5

1.9K 99 0
                                    

ROTI sebuku, biskut lemak, segala jenis aiskrim, maggi pedas giler perisa ayam bakar 1 paket besar, gula, teh uncang dan milo diambil Naurah dan Aida. Dah la dalam seven eleven tiada bakul tetapi ambil barang serupa tak ingat dunia.

"Kak, kalau Ara tambah aiskrim matcha ni dorang makan tak?" tanya Naurah meminta pendapat kak Aida. Setahu mereka, orang-orang dalam kedai tempat mereka bekerja itu kaki makan. Beli lah apa pun pasti akan lesap. Paling best bila tong-tong duit, tak adalah nanti kumpulan sini sakit hati kumpulan sana makan hati.

Tetapi, selalunya yang berbelanja tanpa tong-tong duit itu pastilah Naurah dan Aida. Mereka tak pernah berkira memandangkan masing-masing rakan kerja mereka jika ada rezeki lebih pasti akan berkongsi bersama. Setakat ini tak pernah lagi kedekut. Alhamdulillah.

Kak Aida yang sedang memilih air botol segera memandang Naurah. "Ambil je la Ra. Dorang tolak kayu dengan batu je. Kau nak apa Ra?"

Naurah angguk. "Akak ambil je la air kotak laici yang besar tu. Nanti saya ambil ais."

____

"Guys, okay tak tu? Kabut ke?" mereka berdua yang baru balik dari kedai seven eleven menegur rakan kerja. Bukan main penuh lagi tangan. Mereka yang melihat skrin komputer penuh dengan order segera berlari pantas memakai apron dan membasuh tangan.

"Alhamdulillah. Balik pun heroin-heroin kita. Cepat kak Ara, kak Aida masuk. Order penuh skrin ni." laung salah satu staff, Luqman. Kelam kabut saje situasi mereka. Dua-dua lelaki memang kabut jaga store. Haih. Naurah dan kak Aida memandang sesama sendiri. Okay let's go!

"Man, jaga ovendtend. Biar akak doughking, kak Aida itemizing. Aiman masukkan side order dengan cheezing." Naurah melihat skrin. "Aiman, tekan hidden order." garang Naurah memberi arahan. Set-set komando dah datang.

Aiman menurut.

"okay patah balik. Akak buat order ikut skrin dari atas, jangan ada yang 'miss' kalau ada cepat-cepat bagitahu team. Akak takkan buat timed order. Kalau dah buat akan bagitahu. Okay let's go geng. Kita boleh!"

Mereka mula menjalankan tugas masing-masing. Bila dah busy macam ini, jangan mimpi kau nak gelak-gelak. Nak main-main. Salah bagi order atau salah bawa order tak cek betul-betul memang maki makan dia.

Mereka buat dengan pantas, take-away mereka memaklumkan pada customer selama 45 minit. Jika mereka menjanjikan 15 minit waktu-waktu busy begini nanti mereka pula yang dimarah customer. Customer bukan faham apa yang kita sedang lalui. Sabar je lah.

"Man, sama tunggu order keluar, tolong masukkan order rider dalam beg. Bagi FRP sekali." arah Naurah.

Setelah situasi terkawal barulah mereka boleh melepaskan nafas lega. Bergelak ketawa. Mengimbas kembali muka masing-masing sewaktu busy.

"Muka kak Ara gila serius bhai. Takut nak tegur kalau time busy." cerita Aiman semasa mereka sedang melepaskan penat di ruang belakang.

Aiman, Luqman dan kak Aida serta Naurah gelak kuat. "bongoklah Aiman."

"iya duh, aku tadi kat oventend, dia suruh masukkan order dalam beg rider garang siot. Padahal kak Ara lah paling kuat main-main. Siap ajak kita main-main lagi. Tapi bila busy ha ambik, semua senyap sebab kepala bising senyap." tambah Luqman pula.

Mereka ketawa terbahak-bahak.

"tu akak cakap dengan korang, jangan main-main dengan kak Ara kau. Kalau nak tengok dia serius memang time busy je, kalau tak ha kau tengok la dia main-main sampai annoying asyik mengusik orang." kak Aida pula yang menambah.

Mereka ketawa bercerita, sambil mengunyah makanan sehingga lah order masuk penuh skrin kembali.

***

Bahasa di atas ada sikit bahasa fast food. Agaga.

Nota :

FRP = kupon untuk cust kalau order yang kita janjikan terlebih masa.

Catch You, MR. HEARTLESSWhere stories live. Discover now