27: Mystery Girl (i)

783 47 21
                                    

Affi menggeliat, meregangkan otot-otot badan saat baru sedar dari peraduan. Affi duduk, bersandar di kepala katil. Mata terkedip-kedip menyedarkan diri. Dia pandang di sebelah. Kelihatan Iefa sedang berkelubung selimut, hanya menampakkan kepala. Affi mengeluh. 'Degil betul la minah ni. Aku suruh tidur bawah...' Getus hati Affi. Selimut diselak mendedahkan tubuh, lalu Affi turun dari katil. Suasana bilik suram walaupun Affi yakin sudah siang.

Beberapa gerakan tangan dibuat, dituju ke arah lilin-lilin di dalam bilik, lalu secara ajaibnya lilin itu semua menyala.

Affi berjalan ke pantri. Dia mahu membancuh air. Sepanjang jalan, gerakan tangan yang sama dilakukan seperti di dalam bilik tadi, dan lilin-lilin yang dilalui Affi menyala sendiri. Affi tiba di pantri. Milo yang dibeli malam semalam dikeluarkan daripada plastik 99 Speedmart. Plastik Milo pula dikoyak lalu satu sachet berbentuk panjang dikeluarkan.

Mug di atas rak di ambil lalu sachet panjang Milo itu dikoyak dan isi serbuknya dituang ke dalam mug. Betapa banyak proses sebenarnya yang perlu dilalui semata-mata secawan milo. Air panas dari dalam mesin air Coway diisi ke dalam cawan.

"Seriously kau ada Coway, Affi?" Tegur Iefa dari belakang.

Affi terperanjat sedikit. Tak pernah ada orang tegur dia sewaktu dirinya sedang syok membancuh Milo. Selama 50 tahun Iefa meninggalkan markas itu, Affi hanya mendengar suaranya sendiri. Atau mungkin dalam selang beberapa tahun dia akan dengar suara orang lain; orang yang minta dia tunaikan hajat. Affi malas mahu hiraukan Iefa yang menegurnya itu.

"Oii tau la gembira aku balik... tak payah nak cover sangat lah. Acah-acah tak suka pulak. Cakap je la kau suka. Peluk aku ke.. paling tak senyum pun jadi lah." Iefa masih menegur. Suaranya serak menandakan dia baru bangun tidur.

Affi merengus. 'Minah ni... dah 50 tahun masih sama perangai menyebalkan dia tu. Siapa yang suka dia balik?' Affi membentak di dalam hati. Bunyi dentingan sudu berlaga dengan dinding mug mengisi kekosongan suasana tanpa bicara kedua-dua mereka.

Derapan kaki menjauhi pantri menandakan Iefa sudah beralah daripada terus berbual dengan Affi. Affi menghembus nafas lega. Milo dihirup puas-puas. Rasa koko yang pekat menuruni tekaknya, menyegarkan tubuh yang baru sedar dari lena.

Habis semua isi dengan sekali teguk.

Mug dibasuh, lalu dia mula menapak ke ruang hadapan. Kelihatan Iefa sedang berdiri menghadap membran jernih yang memisahkan bahagian dalam markas dengan air kolam. Affi menghampiri Iefa.

"Dulu.. kalau aku tenung je membran ni... ada la jugak ikan. Sekarang ada lumut je." Rungut Iefa. Affi hanya mendengar. Dia bukan jenis banyak cakap pun. "Kau beli Coway tu pakai duit dari mana?" Soal Iefa.

"Duit orang-orang yang datang mintak hajat. Bila aku dah amik roh diorang, apa yang ada pada jasad diorang aku amik. Jam, dompet, rantai, subang.. duit sudah semestinya." Terang Affi.

"Hmm... aku bosan la macam ni kalau tiap hari aku dok sini... hadap air kolam berlumut tu je." Iefa mula memusingkan tubuhnya. Menghadap bahagian dalam markas. Tangan disilang di belakang. "Kau cadang nak tinggal sini sampai bila?" Soal Affi. Iefa hanya diam.

"Kau kisah tak kalau aku buat penambahbaikan sikit kat markas ni? Lagipun, ni bukan tempat kau sorang ya!" Iefa tersenyum girang. Affi hanya melepaskan keluhan, "Buat la apa pun yang kau nak"Affi mula menapak ke bilik.

Sedang Affi menjauhi Iefa, tiba-tiba ruangan itu dilimpahi cahaya yang sangat terang. Affi menutup mata. Dua tiga saat kemudian, cahaya itu mulai hilang. Affi membuka mata dan melihat sekeliling. Terbuntang matanya.

Seluruh markasnya kini sudah macam rumah orang kaya. Ada meja makan, lampu chandelier, kabinet yang panjang, dua jenis sofa bentuk L, kelengkapan tempat memasak dapur, kipas yang dikawal menggunakan remote dan yang paling penting.. ada Tv 55" dengan Astro!

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now