【Bab 48】(LAST)

5.8K 463 2
                                    

"Welcome back!" Aku melangkah masuk ke dalam rumah setelah hampir dua bulan berkampung di sana sejak aku pengsan di depan rumah ini dulu. Sekarang aku masih menjaga diri dari membuat aktiviti lasak. Sudahlah aku suka memanjat-manjat dalam rumah ni. Terbantut semuanya!

"Sorry, hun (honey). Rumah berhabuk sikit. Dah lama tak kemas."

"Siapa suruh tak balik rumah." Kata aku bersahaja. Kemudian aku tersenyum sengih. Bukan sengaja nak sakitkan hati Jungkook ke apa, saja mengusik.

"Saya tak boleh balik rumah sendiri kalau awak tak ada. Rasa kosong." Kata Jungkook. Aku tersentuh. Aku letak beg tangan atas sofa dan berjalan perlahan-lahan mendekati Jungkook sambil mendepakan tangan.

Minta peluk.

Gedik!

"Sorry. Kesian awak." Aku menjengketkan kaki sikit. Aku peluk leher Jungkook.

"Tak payah sorrylah. Bukannya salah awak pun."

"Tapi anak kita mati sebab saya, kan?"

"Diam. Jangan cakap apa-apa." Aku diam, ikut arahan. Aku dan Jungkook masih bersatu tubuh. Bagai tidak mahu melepaskan walau sekejap.

"Jungkook."

"Hmm?"

Aku jarakkan tubuh sikit. Aku pandang wajah Jungkook. Dia angkat kening.

"Ibu macam mana? Dah lama saya tak tanya khabar dia." Soal aku. Jungkook mengeluh tiba-tiba. Dia nampak muram. Risau aku. Aku usap lengannya perlahan-lahan.

"Hei.. kenapa?"

"Duduk dulu. Saya buatkan air sekejap." Aku akur dengan arahannya. Aku duduk dan menanti Jungkook membancuh air. Selesai, dia duduk sebelah aku dan buka TV. Aku dah tak sabar-sabar nak dengar cerita Jungkook.

"Cepatlah cakap." Aku tuntut. Aku duduk mengiring menghadap Jungkook. Jungkook pandang kelakuan aku, bimbang aku terlanggar luka sendiri.

"Ibu kena strok sebelah kanan. Dia sekarang dekat rumah, saya hantar jururawat peribadi rawat dia." Tercengang aku. Sungguh, tak percaya.

"Macam mana boleh jadi macam tu..." aku pandang wajah Jungkook. Aku sentuh pipinya perlahan.

"Ibu penat sangat. Lepas tu dia banyak fikir. Dia serba salah dengan awak. Dia nak jumpa awak, nak minta maaf, tapi dia malu. Pasal Hannah pun dia dah tahu. Dia terkejut sangat. Sebab tu keadaan dia.. macam makin teruk. Nak bercakap pun susah. Makan lagilah."

Aku kemam bibir menahan esak. Segera Jungkook aku peluk. Cara ini saja yang boleh aku legakan. Tiada cara lain lagi.

"Boleh kita jumpa ibu? Saya nak jumpa dia." Aku leraikan pelukan. Hujung mata Jungkook aku usap dengan hujung jari.

"Boleh. Tapi bukan sekarang. Saya tengah cuba cari jalan nak bagi badan ibu boleh bergerak sikit-sikit."

"Saya ada terbaca dekat satu artikel, kalau macam sakit ibu tu, kita bawa dia pergi pantai, tanam dia dalam pasir. Nanti badan dia boleh gerak sikit-sikit." Kata aku. Aku pandang Jungkook, Jungkook pandang aku. Kemudian dia tersenyum.

"Tahu je dia."

"Eh, betullah!"

Jungkook angguk-angguk. Aku tersenyum. Rambutnya yang kemas itu aku usik sikit. Sengaja.

"Jom makan. Lapar."

"Jom. Tapi jangan makan sembarangan. Ingat pesan Daniel dengan..."

"Ya... tahu." 10 kali dah aku dengar pesanan yang sama. Jungkook ketawa. Aku dan dia bangun dan berjalan ke dapur.

Tu pun dah pegang tangan! Haih.. tak faham.

- - - - - - - - -

Epilogue dalam perjalanan.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now