【Bab 31】

3.9K 447 52
                                    

"What... is... this." Hannah meluruskan jari telunjuknya ke arah akhbar online yang tertera di telefon bimbitnya. Wajah Yoongi dipandang tajam. Seakan-akan perkara ini tidak mencalit reputasinya langsung sebagai ketua pengurusan perkhidmatan keselamatan peribadi di JFS.

"Kau tahu tak, disebabkan kau buat pengakuan ni depan semua orang, aku yang menjadi mangsa." Tokok Hannah lagi. Yoongi memeluk tubuh sambil bersandar di kerusinya.

"Kau tak akan berhenti kacau Jungkook selagi aku tak buat benda ni. Biarlah aku nak mengaku siapa aku pada kau sekalipun. Hak aku."

"Tapi kau dah menjatuhkan maruah aku."

"Maruah apa? Aku tak cakap apa-apa pun dekat situ. Aku cuma cakap, aku kekasih kau, kita suka sama suka dan akan berkahwin dalam masa terdekat ni. Tu je." Kata Yoongi. Hannah panas hati. Penumbuk digenggam erat. Sedia untuk melepaskan lahar yang tertahan-tahan sejak tadi.

"Aku tak akan kahwin dengan kau, Min Yoongi. Berhentilah letak harapan dekat aku. Aku tak akan buat semua tu. Aku tak akan terjun dalam neraka kau." Kata Hannah, riak. Yoongi diam, hanya menayangkan wajah bekunya sahaja pada Hannah.

"Aku nak kau buat sidang media khas, tarik balik pengakuan ni." Kata Hannah. Yoongi menaikkan kening.

"Tak nak."

"Yoongi?!"

"Aku tak nak. Biarlah benda tu jadi viral. Aku suka. Kau pun famous. Dapat kahwin dengan lelaki kacak macam aku."

"Shame on you, fuck!" Hannah menghentakkan tangan kuat di atas meja kabinet fail Yoongi dan dia terus keluar berlalu pergi. Yoongi senyum, lebar. Kepalanya tergeleng. Entah macam mana boleh terjatuh cinta dengan Hannah, dia sendiri tidak pasti. Tapi.. personaliti baran Hannah dan kasar Hannah, menyebabkan dia rasa gadis ini sangat istimewa untuknya.

**********

Aku tak mampu bercakap apa-apa setelah melihat satu berita yang sedang tular di media sosial melalui iPad Apple milik Jungkook. Sampai tak terkata apa aku dibuatnya. 

"Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jungkook." Aku bangun dari sofa ruang tamu tingkat dua ini, dan bergerak mendapatkan Jungkook yang sedang menyusun kemeja kerjanya di dalam almari di bilik. Aku hulurkan gajet tersebut kepadanya, tetapi tidak disambut.

"Ada apa? Sekejap, saya susun ni dulu."

"Baca ni dulu."

"Sekejap, saya susun dulu."

"Baca ni."

Jungkook menjeling aku. Aku sengih dan letakkan iPad itu di atas lengannya. Jungkook capai dan tatap skrin. Tak sampai beberapa saat, jatuh rahang Jungkook. Aku memeluk tubuh, sandarkan pada almari.

"Apa benda ni?!" Jelas, Jungkook terkejut. Aku terhembus gelak spontan, tanda aku tak dapat tahan dengan reaksi Jungkook. Matanya membulat memandang aku. Aku angguk-angguk.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now