【Bab 43】

3.7K 426 55
                                    

"Apa dia? Dadah?" Jungkook hampir terduduk tetapi sempat tangannya menahan pada dinding unit latihan menembak ini. Yoongi yang sedang membuat pemeriksaan terakhir pada senjata yang akan diberikan khas kepada pelatih terus mengangkat kepala tidak percaya.

"Kamu percaya atau tidak, ibu dah bagitahu. Dia memang tak guna. Membodohkan kita, membodohkan semua orang! Nasib baik Daniel buat ujian air kencing tadi. Kalau tak, sampai mati kita ditipu!" Herdik Puan Jeon panjang. Jungkook pula diam. Lama dia berfikir.

"Takkanlah dia buat macam tu..."

"Memanglah kamu tak akan percaya. Sebab kamu dah terlalu percayakan dia, kan?"

"Saya call ibu balik nanti." Jungkook pantas mematikan panggilan. Sekarang apa yang tergerak di mindanya hanyalah untuk menelefon Seyoung.

"Kenapa, bro?" Perlahan, Yoongi menanya dan mendekati rakannya.

"Seyoung..." mata Jungkook berkaca memandang Yoongi. Di dalam hati hanya melafazkan 'takkanlah' sepanjang masa. Dia memang tidak percaya. Seyoung dah janji.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Yoongi. Tetapi Jungkook tidak menjawab. Telefon sudah melekap pada telinga, Yoongi akur bahawa pertanyaannya tidak akan dilayan buat masa sekarang ini.

- - - - - - -

Melihat nama Jungkook tertera pada skrin telefon, aku rasa sesak di dada. Aku rasa seperti baru tersedar dari mimpi yang begitu lama dan panjang.

"Helo."

"Sayang, kenapa?" Aku terus menangis setelah pertanyaan itu menyapa telinga aku. Aku ringkukkan tubuh menahan sakit yang sudah lama aku tak rasa sejak beberapa bulan yang lalu. Tetapi disebabkan kecuaian aku sendiri, aku sakit lagi.

"Kenapa, hmm?" Soalan Jungkook ringkas, suaranya lembut menyapa telinga. Aku kesat mata.

"Tak tahu. Tiba-tiba je."

"Dah pesankan, hati-hati dengan Hannah."

"Tapi saya tak ada bukti dia yang buat."

Jungkook mengeluh di hujung talian. Aku tarik nafas. Cuba bertenang walaupun rasa tertekan.

"Awak marah?" Soal aku, berani.

"Tak. Saya tak marah. Bukan awak sengaja. Lagipun awak dengan Hannah ada urusan, dia cuba ambil kesempatan. Taeyong pula tak buat kerja. Tahulah saya nak buat apa nanti."

"Jangan apa-apakan Taeyong. Tolonglah.. dia tak salah langsung." Aku duduk sambil menekan lembut perut yang terasa senak. Aku sandarkan tubuh pada kepala katil.

"Dah berpuluh kali saya pesan, ikut je awak ke mana sekalipun. Sekarang tengok, apa jadi?"

"Saya yang halang."

"Sebab awak separa sedar, sayang."

"Jangan apa-apakan dia. Tolonglah.." aku separuh merayu. Jungkook menarik nafas panjang. Aku dengar dia teresak halus tadi. Dia terlalu risau.

"Tahu tak, saya takut sangat kalau jadi apa-apa awak dengan anak kita." Kata Jungkook. Bergetar suaranya. Aku pejamkan mata rapat. Jatuh air mata aku.

"Ya, saya tahu. Tapi saya tak apa-apa pun."

"Awak sakit, kan?"

Aku mengangguk sekali.

"Sangat."

"Sabar, sayang. Sebulan je lagi. Tunggu tau." Pesan Jungkook. Tahulah aku, dia tak boleh lama lagi. Dia perlu pergi.

"Ya. Saya tunggu awak."

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now