EP: 17

831 75 3
                                    

Ara dengan gembiranya berjalan di sekitar kawasan ladang teh. Dia tersenyum sebelum membantu mak cik Jang memetik daun teh.

"Ara nanti ajaklah suami kamu... Jimin tu. Ajak dia minum teh sekali dekat sini."
"Okay makcik."

Jimin pula sibuk membanting tulang di belakang dapur restoran. Tangannya asyik membasuh pinggan dan mangkuk. Dia kelihatan agak kepenatan. Entah mengapa hari ini badannya berasa agak penat lebih dari biasa. Tapi tidak mengapa kerana dia akan berusaha keras untuk membeli Ara sebentuk cincin. Kerana malam ini dia sudah pun berjanji bahawa dia akan melamar Ara. Dia ingin Ara menjadi isterinya.

"Jimin!"
"Ya tuan?"
"Lepas habis semua ni saya nak mintak tolong awak jadi pelayan sebab kita tak cukup staf nak ambik order. Seorang staf kita sakit kaki. Jadi dia boleh ambil tugas awak buat sementara waktu. Lagipun dia boleh duduk sambil membasuh pinggan."
"Oh.. Okay tuan!"
"Nanti saya akan bagi sikit extra ok?"
"Ah beres!"

Bonus tu kalau dah dapat extra! Jimin kembali membuat kerjanya. Wajahnya terukir sebuah senyuman. Di benaknya asyik terfikirkan Ara saja.

Somi dan Jin berjalan masuk ke dalam sebuah restoran Korea yang mahal. Mereka berdua mulai duduk selepas diberi keizinan untuk duduk.

"Puan Min..."
"Hello Kim seokjin.. Lama kita tak bersua muka bukan?"
"Buat apa nak jumpa dengan kami berdua?"
"Disebabkan kau Jin... Aku tak boleh nak bergerak bebas. Dan kau Han Somi berani kau buat aku macam ni!?"

Somi menggeleng perlahan sebelum bersuara.

"Cukup Puan Min! Jangan nak mati nanti baru nak menyesal! Serahkan diri saja Puan Min. Bukti dah pun ada menunjukkan yang awak Puan Min telah pun mewujudkan dana haram di syarikat awak dan tak cukup dengan itu awak cuba untuk membunuh Park Jimin malah kematian Keluarga Park juga disebabkan awak!"

Somi secara senyap telah pun mengorek rahsia syarikat Park. Manakala Jin dan Hoseok berusaha keras untuk mencari bukti kes rumah agam terbakar milik keluarga Park. Kali ini mereka dapat menangkap Puan Min.

"Aku takkan berdiam diri!"

Puan Min lantas mengeluarkan sepucuk pistol secara mengejut dan menyebabkan Somi hampir tergugur jantungnya. Pistol itu diacukan ke arah mereka berdua. Jin tersenyum sinis. Dia turut mengeluarkan pistolnya. Apa dia peduli? Asalkan orang tua tu mampus dia sanggup mati di tali gantung!

"Kau berani ya... Dasar Seokjin tak guna!"
"Apa aku peduli? Asalkan kau mampus dah boleh buat aku gembira itu dah cukup."

Dan bunyi das tembakan mula kedengaran. Somi terpampan apabila tubuh Puan Min rebah ke lantai. Darah mula membasahi lantai restoran tersebut. Somi memandang wajah Jin terkejut kerana dia telah menembak Puan Min.

"Somi awak boleh dakwa saya selepas ni. Saya tak kisah asalkan orang tua ni mampus... Hidup saya dah cukup tenang. Saya ingat saya masih lagi boleh berlembut dengan dia tapi tak..."
"Jin mari kita keluar sebelum..."
"Awak tak nak call polis?"

Somi mula berjalan ke arah Jin. Dia berasa sebak. Entah apa dia mahu lakukan sekarang. Dia hanya mampu memeluk Jin. Tubuhnya menggeletar ketakutan. Jin menghembuskan nafas sebelum membalas pelukan Somi.

"Mari kita lari dari sini..."

Ara memerhatikan langit yang mulai menjadi mendung.

"Hujankah?"
"Ara?"

Mak cik Jang berjalan menghampirinya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ara turut sama menghadap langit. Mereka berada di beranda rumah milik mak cik Jang.

"Kamu dah call suami kamu suruh dia datang ke sini?"
"Dah..."
"Ara... Tadi makcik ada terima tetamu sewaktu kamu berada di ladang teh pagi tadi. Dia kata dia kenal kamu."
"Siapa dia mak cik?"
"Kejap eh... Mak cik pergi call dia."
"Okay..."

Ara mengerutkan dahinya. Siapa yang mahu berjumpa dengannya? Jika dari pagi lagi.. Amboi sanggup sungguh si misteri itu menunggu supaya dapat bertemu dengannya. Dah nak dekat petang ni. Almaklumlah.. Kerjanya agak ringan. Petik daun teh lepas tu nanti mak cik Jang hantarkan kepada pihak tertentu untuk memproses teh dan melihat gudangnya. Masuk ke taman bunga. Siram bunga. Itulah aktiviti sehariannya untuk menghilangkan bosan.

"Park Ara atau Lee Ara mana satu awak nak saya panggil?"

Mendengarkan suara itu, jantungnya mula berdegup kencang dan dengan perlahan dia bangun dari duduknya. Kerana terlalu terkejut. Kerusi lipat yang dia duduk tadi jatuh ke lantai. Dia amat terkejut melihat lelaki itu memandangnya dengan wajah yang bengis.

"Kau sengaja kan Ara? Nak sakitkan hati aku! Kau hantarkan surat cerai tu lepas kau dah curang dengan aku kan? Sekarang ni kau mengandungkan anak haram kan!"
"Ini bukan anak haram! Ini anak saya dan Park Jimin!"
"Bodoh punya perempuan! Gugurkan kandungan tu sekarang!"
"Kau bukan suami aku Jungkook! Jangan nak jadi gilalah!!"

Jungkook lalu mara ke hadapan dan menampar pipi kanan Ara hingga merah. Ara menggigit bibirnya geram sebelum berlari turun dari situ. Dan apabila dia ingin keluar dari rumah agam tersebut. Dia terkejut melihat makcik Jang yang mati ditembak. Dia lalu menoleh ke belakang dan melihat sepucuk pistol diacu tepat ke arah kepalanya sebelum Jungkook menurunkan pistolnya hingga sama aras dengan perut Ara.

"Anak tu.. Anak yang kau kandungkan tu bukan anak aku... Aku tak sangka kau tergamak buat aku macam ni Lee Ara! Kau milik aku sampai ke mati kau tetap milik aku!"

"Kau memang dah gila Jeon Jungkook sanggup kau kotorkan tangan kau dengan buat kerja gila macam ni?"
"Aku lagi sanggup mati dari lihat kau bahagia bersama dengan lelaki sial tu!"

Ara tidak mampu bergerak kerana bila² masa lelaki gila di hadapannya kini boleh melepaskan tembakan ke arahnya. Perutnya diusap perlahan. Dia mesti melakukan sesuatu.

Jimin tersenyum lebar sambil mencium bau bunga ros putih. Di Tangan kirinya, dia menggenggam kemas kotak cincin yang baru saja dia beli tadi. Dia baru saja melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut. Kerana menurut Ara.. Dia boleh saja masuk dan berjumpanya di atas beranda rumah tersebut. Alangkah terkejut dirinya apabila melihat mayat seorang wanita berumur puluhan tahun ditemui mati dan dia turut tidak sangka...

Dengan apa yang dia lihat. Jungkook berdiri di hadapannya sambil memegang sepucuk pistol. Wajahnya tidak menunjukkan rasa sedih atau menyesal. Malah kosong tanpa perasaan.

Bunga ros putih jatuh ke lantai. Cincin tadi turut jatuh bergolek di atas lantai hinggalah ia berhenti bergolek ke arah tubuh Ara yang sudah pun dibasahi dengan darah. Jungkook masih lagi berdiri di situ tanpa apa² reaksi di wajahnya.

"Ara.."

The End

What will happen to him? Will he learn how to heal or to embrace the pain inside him?


[√] LET ME IN S2 | P.J.MOnde histórias criam vida. Descubra agora