EP: 5

751 83 2
                                    

Jimin membuka matanya. Dia mula memandang ke segenap ruang bilik yang kini dia berada. Dia terus bangun dari tempat tidurnya. Dia berjalan mendekati tingkap biliknya itu.

"Aku ada kat mana!?"

Puan Min mengeluh berat. Dia begitu tertekan apabila Ara begitu menolak keputusannya itu.

"Park Jimin... ini semua salah kau!!! Kan bagus kalau kau mati je? Kenapa liat sangat kau nak mati!!! Atau Doktor Wang tak letakkan racun pun dalam makanan dia? Ish!!"

Ketukan di pintu pejabat Puan Min membuatkan Puan Min terus berpaling ke arah pintu pejabatnya itu.

"Ya.. masuklah."
"Puan Min.. nak jumpa saya?"

Muncul Jungkook yang kelihatan kemas dengan baju seragamnya itu. Dia menunduk hormat sebelum berjalan mendekati meja kerja Puan Min. Puan Min tersenyum lebar.

"Ah ya.. jemputlah duduk.."
"Terima kasih.."

Jungkook lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Puan Min. Puan Min tersenyum manis.

"Encik Jeon.. saya nak awak buat sesuatu untuk saya boleh?"
"Boleh.. apa dia?"
"Bunuh Jimin."

Mata Jungkook membulat besar.

"B-bunuh J-J Jimin!?"

Jungkook begitu terkejut. Dia lalu menggeleng laju.

"Maaf.. tak.. tak boleh Puan Min. Jimin tu.. dia kawan saya.."

Puan Min tersenyum sinis. Dia lalu menukar posisi duduk nya. Dia menyilangkan kakinya dan berpeluk tubuh. Memang kini dia rasa hendak tergelak.

"Hebat sungguh kau Jungkook. Kenapa? Selepas kau tolong aku hantarkan dia ke hospital gila tu.. lepas tu.. berusaha nak rampas Ara dari dia.. kau masih lagi nak mengaku kawan?"

Jungkook menelan air liurnya. Dia bagai kehilangan kata2. Puan Min mengangguk perlahan.

"Okay... Kau boleh keluar."

Jungkook mengangguk lalu bangun dari duduknya itu. Cara panggilan Puan Min terhadap dirinya juga sudah pun bertukar. Walaupun dia pernah buat kerja kotor sebelum ini pun... dia belum lagi gila nak bunuh Park Jimin. Dia masih lagi teringat akan siasatan kes rumah agam Park itu. Tapi nampaknya kes itu tidak ada penghujungnya.

Jungkook berjalan keluar dari bilik pejabat Puan Min. Di situ dia bertembung dengan Ara. Dia melemparkan senyuman manis tapi Ara tidak mempedulikan nya lalu berjalan melepasinya saja. Jungkook menoleh ke belakang memerhatikan Ara berjalan masuk ke dalam bilik pejabat mama nya.

Dia mengeluh perlahan.

"Patutkah aku tutup kes tu?"

Jimin mula memulas tombol pintu bilik nya. Dia bagai hilang arah. Entah di mana dia kini berada. Dia mula berjalan keluar dari biliknya. Dengan berhati hati dia berjalan turun dari tangga. Kelihatan seperti rumah ini kosong saja. Sunyi sepi. Tiba2 pintu rumah terbuka dan muncul doktor Wang sambil tersenyum manis.

"Jimin.. awak dah bangun.."
"Kau! Kau nak apa!? Kenapa kau bawa aku ke sini!!?"

Marah Jimin. Doktor Wang hanya mampu tersenyum lagi. Dia mula menyuruh seorang lelaki yang begitu Jimin kenali melangkah masuk ke dalam rumah. Lelaki itu tersenyum lega.

"Jimin..."
"Kim SeokJin!!"

Terus Jimin berlari turun ke bawah dan mendapatkan Jin. Jin tersenyum lebar. Jimin bagaikan tak percaya dengan apa yang berlaku. Dia akhirnya telah dapat berjumpa dengan Jin.

"Wah.. Jin.. aku tak tahu pula yang Jimin.. kenal kau!"
"That's a secret. Jimin mari saya nak bincangkan sesuatu dengan awak. Wang Jackson sila tinggalkan kami bersendirian sebentar."
"Bolehlah saja.. dia pesakit kau.. kau boleh console dia.. oh ya.. ni Puan Min esok nak datang sini. Dia nak bawa Jimin pergi New Zealand.. maaf Jimin.. doktor terpaksa buat semua ni untuk kamu. Supaya kamu kembali normal semula."
"Kau diam!!"

Suara Jimim sudah pun naik satu oktaf. Sungguh dia berang apabila mendapat tahu tentang rancangan Puan Min. Jin menepuk bahu Jimin perlahan.

"Encik Jimin mari kita bercakap sebentar. Saya rasa kamu perlukan rehat yang cukup. Kamu kena ingat yang kamu ni pesakit saya. Ni saya bawakan makanan. Mari kita ke bilik."

Jimin tidak protes. Dia hanya menurut saja. Doktor Wang juga agak terkejut cara layanan Jimin terhadap Jin yang begitu berbeza dengan cara Jimin melayannya sebagai seorang doktor. Walau bagaimanapun dia terpaksa melepaskan Jimin di bawah jagaan Jin. Kerana ianya bukan lagi tanggungjawab nya hendak merisaukan tentang Jimin. Lagipun dia mesti kembali ke hospital kerana masih ada kerja yang hendak dia selesai kan.

Dia lalu melangkah keluar dari rumah itu.

Jimin membuka pintu biliknya dan mempersilakan Jin masuk. Jin meletakkan plastik yang berisi makanan itu di atas meja kopi. Bilik Jimin ini boleh tahan luas. Siap ada sofa dengan meja kopi dalam bilik. Tv pun boleh tahan besar. Jin lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu.

Jimin juga turut sama duduk bertentangan dengan Jin. Dia kini begitu tertekan dengan situasi nya itu. Jin mula terbatuk sedikit sebelum bersuara.

"Tuan Park.. jangan risau Ara baik2 saja.. and.. pasal pergi New Zealand tu pun Tuan jangan risau. Saya akan rancangkan sesuatu."
"Encik Kim macam mana.. Encik dapat tahu pasal saya?"
"Doktor Wang Jackson tu kawan satu universiti dulu.. and dialah yang suruh saya jaga kamu sebab kamu ni kiranya pesakit saya..."
"Oh... Ara dengan Jungkook jadi kahwin ke?"
"Kahwin? Saya tak tahu pun..."
"Itu semua rancangan perempuan gila tu!!"
"Tuan Park.. saya harap Tuan bersedia sebab esok Puan Min akan bawa Tuan pergi jauh... tapi jangan risau saya ada kat sini. Lagi pun Tuan ada Hoseok. Jangan risau. Pasal perkahwinan tu..saya akan siasat."
"Baiklah. Saya akan lebih bersedia..."

Jin mengangguk perlahan. Dia lalu membuka bekas bungkusan makanan yang baru saja dia beli tadi.

"Lebih baik Tuan Park makan.. saya risaukan kesihatan Tuan."
"Baiklah terima kasih."

Ucap Jimin sebelum makan.

Ara melabuhkan punggungnya di hadapan mama nya. Wajahnya serius saja. Puan Min agak terkejut dengan kehadiran Ara.

"Anak mama buat apa kat sini?"
"Mama beritahu Ara sekarang siapa Park Jimin?"

Mata Puan Min membulat besar kerana terkejut apabila Ara menyebut nama itu. Dia cuba untuk tersenyum. Walaupun palsu.

"Siapa tu Ara?"
"Mama... beritahu sajalah!"

Kata Ara yang agak terdesak untuk mengetahui siapa Jimin sebenarnya.

"Betulkah yang dia tu kekasih Ara?"
"Ara! Dah mama tak nak dengar dah lagi nama dia disebut!"

Ara menghela nafas berat.

"Mama beritahulah Ara please...."
"No.. mama tak nak cakap pasal pembunuh tu!"
"Pembunuh?"
"Min Yoongi sebenarnya dibunuh oleh lelaki tak guna tu!!"
"Jimin?"
"Dah Ara.. please jangan sebut2 nama dia lagi.. mama benci!"

Ara lalu melangkah keluar dari bilik itu. Asyik saja dia mimpi tentang dia menjerit memanggil Jimin. Dia mengeluh perlahan. Dia lalu berjalan keluar dari kawasan syarikat mama nya itu. Tiba2 dia teringat akan sesuatu.

"Kim SeokJin... ya aku patut tanya dia.."

TBC

[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now