EP: 3

831 81 4
                                    

Ara terbangun dari tidur. Mimpi nya masih lagi menghantui diri nya.

"Kenapa aku jerit panggil nama dia?"

Kata Ara. Ara lalu tertunduk menangis.

"Siapa kau Jimin?"

Ara mengelap air matanya apabila dia terdengar bunyi ketukan di pintu.

"Ara bangun cepat.. ni mama ni.."
"Ah ya kejap mama!"

Ara terus bangun dari katil dan bergerak ke arah pintu lalu membukanya. Puan Min tersenyum senang lalu mengusap kepala anak angkat kesayangannya itu.

"Ara.. esok kita tak dapat keluar lunch sama2.. sebab  mama ada meeting. Tak mengapa kan?"
"Ah.. tak apa mama.. asalkan mama gembira dengan apa yang mama buat.. Ara tak kisah lain kali kita keluar lunch sama2!"
"Okay.. mama minta maaf ya?"

Ara hanya mengangguk perlahan. Puan Min baru saja ingin melangkah pergi tapi dihalang oleh Ara. Sepertinya Ara baru teringat akan sesuatu. Langkah Puan Min terhenti.

"Oh ya mama.."
"Ah ada apa?"
"Mama berkawan baik tak dengan mana2 doktor psikologi?"
"Ada je.. kenapa? Ke sebab projek kerja kamu tu?"
"Yes.. please mama.. tolonglah Ara nak siapkan projek Ara ni cepat..."
"Takkanlah Ara nak jumpa Doktor Wang tu?"

Semestinya Ara kenal akan doktor Wang yang sering datang melawat mamanya ketika mama nya memerlukan rawatan psikologi ataupun nasihat. Lagi pun Ara ambil kos Pendidikan Psikologi di universiti.

"Please..."

Puan Min berasa risau jikalau Ara berjumpa dengan Doktor Wang. Takut2 nanti Ara tahu tentang Jimin.

"Dia mana kenal Jimin... dan dia langsung tak ingat tentang Jimin... kalau bab pelajaran saja mungkin boleh kot."

"Penting sangat ke projek tu?"
"Yalah.. projek ni akan menolong Ara untuk jadi doktor psikologi yang berjaya! Jadi projek ni penting!"
"Okaylah.. tapi kamu mesti berjumpa dia di luar tempat dia bekerja boleh?"
"Erm.. boleh.."
"Bagus... nanti mama telefon doktor Wang ye?"
"Thanks mama!"

Puan Min melangkah pergi turun ke bawah. Ara menutup pintu bilik nya kembali. Dia mengeluh perlahan.

"Apa mama ni? Takkanlah bakal doktor psikologi macam Ara tak boleh nak melawat hospital sakit jiwa? No.. Ara tetap akan melawat hospital sakit jiwa tu!"

Ara lantas bersiap2 untuk keluar pergi berjumpa dengan doktor Wang tersebut. Manalah tahu doktor Wang dapat membantu menjayakan projeknya itu. Lebih kurang macam nak siapkan kerja khusus saja.

Skip

Ara melangkah masuk ke dalam sebuah kafe dengan senyuman yang lebar. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas terus bangun sambil tersenyum lebar memandang Ara. Ara menunduk hormat dan membalas senyumannya itu.

"Saya ada dengar hajat kamu untuk berjumpa saya melalui Puan Min. Saya harap saya dapat membantu. Boleh saya tahu nama kamu siapa?"

"Mama tak beritahu ke aku ni siapa?"

"Sebab Puan Min kata yang ada seorang perempuan penuntut universiti memerlukan bantuan berkenaan hal pendidikan psikologi. Itu saja yang dia cakap.."
"Ah saya.. Lee Ara."
"Lee Ara? Anak angkat Puan Min?"
"Ah ya.. mari kita duduk berbincang dahulu.."

Mereka berdua lalu sama2 melabuhkan punggung. Masing2 mula berbincang tentang projek Ara tersebut. Tidak mereka sedar bahawa ada seseorang sedang memerhatikan mereka dari jauh.

Hoseok melangkah keluar dari kafe tersebut. Dia lah yang jadi pemerhati sedari tadi. Dia agak risau akan sesuatu sebenarnya. Dia berasa lega apabila melihat keadaan Ara baik2 saja. Cermin mata hitam nya dipakai. Dia lalu mendail nombor Namjoon.

[√] LET ME IN S2 | P.J.MМесто, где живут истории. Откройте их для себя