EP: 8

729 79 4
                                    

Puan MinYoung menghentak kuat permukaan meja kaca itu serentak dengan suaranya yang bergema hingga satu syarikat boleh dengar.

"Awak cakap apa!?"
"Kereta mereka terbabas.. Dan mayat tak dijumpai."
"Asal lah diaorang tu liat sangat nak mati? Menyusahkan hidup orang je!"

Bunyi pintu diketuk berulang kali mematikan perbualan di antara Jungkook dan Puan Min. Puan Min menghelakan nafas panjang sebelum menyuruhnya masuk. Muncul Ara dengan segaris senyuman sebelum matanya bertembung dengan mata Jungkook menyebabkan senyumannya terus mati.

"Mama... Boleh Ara nak cakap sikit?"
"Baiklah... Jungkook awak boleh keluar nanti kita bincang."

Jungkook menunduk hormat lantas berjalan keluar dari situ. Setelah pintu ditutup semula barulah Ara duduk di atas kerusi berhadapan dengan Puan Min.

"Mama... Siapa Jimin pada Ara?"

Mata Puan Min membulat. Dia lantas mengambil langkah untuk bertenang. Tak mungkin bukan?

"Jimin tu pembunuh sebenarnya.."
"Jadi jawapan mama masih samalah?"
"Ya.. Masih lagi sama..."
"Baiklah Ara akan ikut cakap mama... Ara akan kahwin dengan Jungkook, tapi dengan satu syarat."

Puan Min terkejut. Dia mula berasa hairan. Entah kenapa tiba2 saja Ara berubah fikiran dengan mudah. Adakah dia ada apa2 muslihat? Bisik hatinya sendiri.

"Apa syaratnya?"

Ara menghela nafas panjang. Matanya memandang wajah mama nya serius.

"Saya nak perkahwinan ni jadi perkahwinan kontrak semata mata..."

Puan Min terdiam sesekali terdengar dia mendengus. Ara tetap tenang dan tersenyum lebar.

-One Week Later-

"Jimin!"

Teriak Hoseok setelah mereka sampai di hadapan pintu masuk sebuah kelab yang riuh dengan lagu rancak membingitkan telinga. Jimin menghentikan langkahnya walaupun lagu itu agak kuat tapi ia tidak bermakna dia tidak dapat mendengar jeritan itu.

"Apa kau buat kat tempat macam ni!?"
"Aku punya sukalah.. Anyway Jin Hyung mana?"
"Dia pergi cari hotel untuk kita stay buat dua hari."
"Kim Namjoon?"
"Hack akaun bank..."
"Oh..."

Jimin mengangguk faham lalu berjalan masuk ke dalam club tersebut. Hoseok mendengus geram lalu menarik lengan Jimin. Jimin menoleh dan melepaskan keluhan kecil.

"Kenapa kau nak masuk tempat yang macam ni?"
"Hyung... Tetap tak benarkan ke Jimin  masuk grup hyung?"
"What's the point Jimin?"
"Aku nak bunuh si ular tu! Selagi dia bernyawa hidup aku takkan aman Hyung!"
"Fine..  Mari ikut hyung..."

Ara menilik wajahnya di hadapan sebuah cermin. Dia tersenyum tawar sesekali jari jemarinya membelai loket rantainya itu. Dia sudah pun sah menjadi isteri Jungkook. Ianya hanyalah perkahwinan kontrak semata2. Lagipun Jungkook sibuk dengan kerjanya. Setiap kali suaminya pulang pasti dia akan keluar rumah sebabnya dia tidak mahu bersua muka dengan Jungkook. Dia bencikan Jungkook.

"Puan Jeon.."

Berdesing telinganya apabila mendengarkan panggilan itu. Dia serta merta menoleh dengan wajah masam mencuka. Dia tidak bahagia berkahwin dengan Jungkook dan dia takkan bahagia.

"Tuan Jeon dah pulang.."
"Awalnya dia balik..."

Ara bangun dari duduknya dan mula bersiap sedia untuk keluar dari rumah itu. Sebelum sempat si pembantu rumah itu membukakan pintu untuk Ara, munculnya Jungkook yang memulas tombol pintu dahulu. Dia tersenyum manis memandang wajah isterinya.

"Awak tunggu saya balik?"
"Tak... Jangan nak perasan...  Lagipun saya nak keluar."
"Saya tak benarkan awak jejak keluar dari rumah ni!"
"Jeon Jungkook, awak tak ada hak untuk arahkan saya tau... Perkahwinan kita hanyalah di atas kertas plus I don't even love you."

Mendengarkan kata2 Ara itu membuatkan Jungkook menjadi berang, dia bertindak untuk menampar pipi Ara hingga merah. Pembantunya terkejut. Wajah Ara terteleng ke kiri. Dengan perlahan tangan kirinya menyentuh kesan tamparan itu. Dengan perlahan dia mengangkat memandang wajah Jungkook kembali.

"Darling I'm so sorry... I didn't mean to.."
"Enough Jeon Jungkook... I'm out of this place!"

Ara menolak dada Jungkook lalu berjalan keluar dari rumah agam tersebut. Tidak lagi dia mahu tinggal dalam rumah yang menyentakkan dadanya hingga sukar untuk bernafas. Sudahlah tinggal dengan lelaki yang bukan pilihannya tambahan pula dia tidak akan melakukan kesilapan buat kali kedua. Kali ini dia pasti akan cari kembali cinta sejatinya itu.

Ara berpaling ke arah tingkap rumahnya kelihatan Jungkook sedang memandang ke arahnya dengan wajah bengis. Berang kerana sikap dingin nya? Apa dia peduli? Tidakkah lelaki itu tahu bahawa hati Ara bukan miliknya? Perkahwinan ini tidak akan sesekali membawa lelaki itu ke arah kebahagiaan tetapi kesengsaraan yang dia dapat.

Dia akan tunggu sehingga Jeon Jungkook sudah mulai muak dengan sikapnya dan ketika itu dia akan meminta untuk diceraikan. Lagipun haluan hidup mereka sungguh berbeza. Ara lalu berjalan masuk ke dalam sebuah kereta lalu dipandu nya kereta itu keluar dari perkarangan rumahnya.

Jeon Jungkook dengan berangnya menolak pasu bunga hingga jatuh berkecai di atas lantai. Dia menghentakkan hentakkan berulang kali permulaan meja kayu itu. Sungguh dia geram.

"Kau tunggu Ara... Aku akan buat kau jadi milik aku walaupun secara paksa!"

Jimin memandang wajah Jin dan Hoseok bersilih ganti. Dia mengeluh panjang. Jin berdehem sambil memandang serius wajah Jimin.

"So.. Hyung benarkan ke?"
"Kamu nak jadi pembunuh upahan seperti kami? Buat apa?"
"Balas dendam..."

Mendengarkan jawapan Jimin itu membuatkan Jin bungkam seketika. Dia tersenyum lemah mengenangkan kenangan yang lepas.

"Kamu ni sebijik macam Jung Ah.. Kenapa Jimin?"
"Hyung ingat Chim nak duduk diam ke?"
"Tapi ini bukan caranya Jimin.."
"Suka hati hyunglah.. Chim pergi dulu..."
"Tunggu kamu nak ke mana?"
"Jangan pedulikan saya lagi dah hyung... Jadi hyung tak payah nak ambil tahu ke mana saya nak pergi..."

Jimin menyarungkan baju hoodie nya lalu berjalan keluar dari hotel tersebut. Dia menarik hood nya hingga menutup separuh wajahnya. Dia lalu memanggil teksi. Hanya satu cara saja untuk hentikan semua ini... Dia mesti buat sesuatu.

Setelah dia sampai ke satu destinasi. Dia mula berlari ke arah sebuah pondok telefon awam yang berdekatan. Dia menekan punat nombor itu dengan rasa berdebar dan takut. Takut jika Ara benar2 sudah pun melupakannya buat selamanya.

"Hello Who are you?"
"Isn't obvious? I'm your lover..."

Jin memandang wajah Hoseok. Keningnya diangkat sebelah.

"Apa yang awak dah beritahu pada dia?"
"Erm alamat rumah baru Ara dan nombor telefon baru dia.."

Jin tersenyum hambar. Dia lalu bertindak mengetuk kepala Hoseok. Geram betul dia pada Hoseok. Mulut tu memang tak boleh nak diam!

"Bagus sekarang ni dia nak pergi jumpa si Ara aka Puan Jeon... Kau gila ke apa hah Hoseok!?"
"Dah nak buat macam mana? Cuba kalau dia bertindak nak bunuh diri ke apa ke.. Siapa susah? Saya yang susah!"
"Sekarang ni dia nak pergi menempah mautlah jawabnya! Kalau Jungkook tahu nahas dia tau!? Dah jom!"
"Yalah..."

Ucap Hoseok yang sesekali menggosok kepala nya yang mula benjol akibat Jin.

TBC


[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now