EP: 9

752 94 2
                                    

Ara berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. Mama nya ada di rumahnya sedang asyik berbual dengan seorang pembantu peribadi. Mamanya sungguh sibuk dengan urusan kerja.

Jungkook hilang entah ke mana. Ara lalu dengan perlahan membaringkan tubuhnya di katil dan terus melelapkan matanya menghilangkan rasa penat buat seketika. Panggilan telefon yang baru saja dia terima itu masih lagi berputar di mindanya. Siapakah dia? Panggilan itu terputus dengan tiba2 selepas si pemanggil menyatakan ayat itu. Sungguh resah dia kini. Takut2 dia ada penghendap.

Jimin menyarungkan hoodie nya semula sebelum berjalan masuk ke dalam rumah agam tersebut. Kilat sabung menyabung di luar. Hujannya sungguh lebat. Jimin tidak menunggu masa untuk berdetik. Dia harus segera bertindak jika dia ingin kekasihnya selamat. Ini saja caranya.

Keadaan di dalam rumah agam tersebut teramat lah sunyi. Dia tersenyum puas. Jika begini maka mudahlah kerjanya. Tidak kira ribut atau taufan sekalipun Ara tetap akan jadi miliknya. Dia mesti bawa Ara pergi dari sini.

Sebelum Puan Min membawa Ara pergi lebih jauh darinya. Dan dia tidak ingin hal itu berlaku.

Sedang dia ingin menjejak naik ke atas tangga, tiba2 saja ada sepasang tangan menarik bahu Jimin kemudian mengangkat tubuh Jimin ke udara sebelum dilemparkan Jimin ke lantai. Jimin terkejut. Dia bangun semula sambil memandang tepat ke arah penyerang itu. Bibirnya diketap menahan geram.

"Jungkook..."

Jungkook tersenyum sinis melihat wajah Jimin.

"Park Jimin.. kau masih lagi berani nak jejak kaki ke sini? Kenapa kau rindukan isteri aku ke?"
"Tak guna!!"

Jimin terus mara dan menumbuk wajah Jungkook. Jungkook pantas menangkis nya dan menendang perut Jimin. Jimin tidak berputus asa. Dia menumbuk dan terus mencekik leher jinjang milik Jungkook. Jungkook terkapai kapai pinta untuk dilepaskan. Jimin tersenyum puas melihat Jungkook yang begitu terseksa. Jimin lalu menolak tubuh Jungkook supaya berlanggar dengan dinding. Kepala Jungkook sudah pun berdarah akibat dihentak ke dinding dengan kuat.

Kali ini Jimin mengeluarkan pistolnya dan mengetuk kepala Jungkook sehingga pengsan. Akhirnya Jungkook jatuh pengsan di atas lantai. Nafas Jimin termengah mengah. Dia lalu berlari mendaki tangga.

Langkahnya diperlahankan apabila dia sudah pun begitu hampir dengan kamar tidur kekasih nya. Dia tersenyum lebar lalu membuka pintu bilik.

Didapati Ara sedang nyenyak dibuai mimpi. Jimin pantas mendekati Ara yang begitu lena. Diusapnya kepala Ara dengan lembut.

"Ara.. oppa dah datang untuk Ara.. oppa dah datang untuk selamatkan Ara."

Tiba2 muncul sebatang kayu besbol yang diangkat ke udara sebelum dihayun kuat untuk memukul kepala Jimin. Dan Jimin mengerang kesakitan sebelum jatuh tersungkur ke lantai. Dan tidak lama kemudian Jimin tidak sedarkan diri. Kayu tadi terlepas ke lantai. Puan Min tersenyum puas.

Kejadian tadi telah menyebabkan Ara terbangun dari lena nya. Dia terkejut apabila ternampak wajah mama nya.

"Mama buat apa ni?"
"Apa yang mama buat ni sayang adalah sebab mama terlalu sayangkan Ara.."

Kata Puan Min. Mata Ara tertumpu pada sekujur tubuh yang kaku terbaring di atas lantai bersama dengan kayu besbol yang sudah pun dibasahi darah. Mata Ara terbuntang.

"Mama buat apa ni!? Encik!"

Ara terus turun dari katil dan mendekati tubuh Jimin. Ara lalu memusingkan tubuh Jimin. Dia tergamam apabila melihat darah mengalir keluar dan membasahi lantai kayu itu.

"Mama! Mama cuba bunuh dia ke?"
"Ara! Mari pergi! Dia gila!! Dia datang nak bunuh kamu sayang!"
"Tak!! Mama buat apa ni!? Cepat kita hantar dia ke hospital!"
"No!! Dia ni gila psycho! Sayang dengar lah cakap mama!"
"Mama.. dia cedera mama... kita kena tolong dia!"

Puan Min terus mengangkat tangan nya lalu melempang pipi Ara sehingga Ara terteleng ke sisi. Ara terkejut dengan kelakuan kejam mama nya itu.

"What's gotten into you mother?"
"Ara.. mama.."
"No.. we have to help him!"

Puan Min sudah pun hilang sabar. Dia terus memaksa Ara untuk bangun lalu menarik Ara keluar dari bilik. Ara meronta untuk dilepaskan. Ara terjerit jerit meminta mama nya melepaskan tangannya. Tidak lama kemudian suara Ara lenyap. Pintu bilik tertutup rapat. Dan ketika itu mata Jimin terbuka luas.

Ara masih lagi cuba untuk melawan tapi langkah mereka terhenti apabila Puan Min mendapati menantu lelakinya terbaring lemah di atas lantai. Terus Puan Min menerpa tubuh Jungkook. Ara memandang wajah Jungkook tanpa sekelumit rasa pun. Kasihan? Tidak. Malah dia gembira jika Jungkook benar2 dibelasah teruk oleh perompak.

"Lelaki tadi perompak kot.. "

Ujarnya sendiri.

"Ara telefon polis atau ambulans sekarang juga!"

Ara baru saja hendak menoleh ke belakang dan tiba2 saja dia terlanggar dada seseorang. Dia terkejut lalu berundur setapak. Jimin memandang wajah Ara. Matanya menatap lembut wajah manis Ara. Rindunya terubat. Dia terus menarik Ara ke dalam pelukan erat. Rindunya dia pada kehangatan tubuh Ara. Rindunya dia terhadap suara Ara. Baunya. Harum.

"Park Jimin!"

Jerit Puan Min. Dan tak lama selepas itu, mereka terdengar bunyi siren dari luar. Mata Jimin membulat. Terus dia melepaskan pelukan dan melarikan diri ke arah dapur cuba untuk mencari jalan keluar dari situ.

"Park Jimin...."

Entah mengapa jantungnya berdegup kencang di saat lelaki misteri itu mendakap tubuhnya erat. Dia masih lagi kaku di situ.

Puan Min memeluk Ara kemas sambil tangannya membelai rambut lurus Ara. Ara terdiam sepi dan anak matanya masih lagi merenung ke arah kawasan dapur. Pihak polis sudah pun tiba di kawasan rumah agam tersebut. Jungkook dibawa ke hospital. Laporan polis dibuat berkenaan dengan kes pecah masuk rumah.

Jimin kini dikehendaki kerana telah bertindak berani. Puan Min akan memastikan Jimin meringkuk ke dalam penjara semula.

Jin dan Hoseok sudah pun resah. Sudah hampir dua jam sejak Jimin menghilang.

"Hyung..."

Muncul Jimin di muka pintu rumah mereka. Jin lantas bergerak ke arah Jimin lalu ditamparnya wajah Jimin hingga dia terteleng ke sisi.

"Kau ni bodoh ke!? Kau tahu tak betapa risaunya aku!? What! Ceroboh masuk rumah!?"
"Hyung boleh pukul Jimin sepuasnya but my decision has been made. I won't change my mind. Ara akan jadi milik Jimin juga bukan Jeon Jungkook!"
"Kau..."
"Sudahlah Hyung... Orang dah penat. Masuk tidur dulu..."

Jimin terus berjalan masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Jin yang sedang menahan amarahnya. Hoseok sudah pun diam tak berkutik. Dia tahu bahawa dia turut bersalah dalam hal ni. Kalau dia tidak buka mulut pasti hal begini tidak terjadi.

"Jin.."
"Ajar dia... Ajar dia cara menembak. Esok pagi. Faham?"
"Faham.. "

Mata Hoseok menghantar Jin ke biliknya. Dia mengeluh berat.

"Jin kau tetap tak berubah... Kau tetap sayangkan dia seperti kau sayangkan Jung Ah... Tapi cara kau salah... Kau terlalu ikutkan kemahuan si kembar tu."

TBC

Mohon vote and komen duhai readers tersayang...





[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now