2• Fight

217 11 7
                                    

"Takkan dia sorang kot"

"Kalau dia sorang pun apa masalah nya?" tanya Fatin apabila Ain menyangkal yang budak baru tu datang sorang. Habis dia ni nak berapa orang ni?

"Kau dah kenapa Ain? Okay tak?" kata Nab. Tangan nya dibawa ke dahi Ain. Mahu cek sama ada sejuk ke panas.

"Takde lah sejuk takde lah panas. Okey okey je"

"Hish! Aku tak demam lah!" Ain menepis tangan Nab.

"Habis tu? Dari tadi tanya soalan sama dan dari tadi jugak lah kitorang jawab soalan sama. Kau nak berapa orang masuk kelas kita ni?" Athirah berhenti buat kerja dan bercakap panjang lebar di depan Ain memandangkan Ain duduk di hadapan nya.

"Saja je tanya, tapi..... takkan dia sorang?" tanya Ain lagi. Semua sudah penat melayan kerenah nya. Disambung nya kerja matematik tu.

"Ape nama dia Nab?" tanya Nathifa. Nab memandang Nathifa yang memandang ke belakang nya.

"Siapa?"

"Budak tu lah" Nathifa menunjuk ke arah budak baru yang bercakap dengan Nab sebentar tadi. Nab memalingkan kepala nya ke belakang sebelum memandang semula ke buku kerja nya.

"Adam Danish"

"Kenapa panggil saya?"

"OH MAKCIK KAU BESAR!" latah Nathifa

"Nat!" bahu Nathifa ditampar perlahan oleh Fatin. Nathifa menggosok bahu yang ditampar oleh Fatin.

"Ape! Aku terkejut kott!"

"Sorry, sorry, Buat korang terkejut" Adam terus meminta maaf apabila dia telah mengejutkan budak perempuan berlima tu.

"Oh takpe, Adam. Dah biasa orang main sergah-sergah macam ni" kata Nabila .

"Kenapa Adam?" tanya Ain.

"Tadi korang panggil kan?" soalan berbalas soalan. Ape ni?!

"Oh takde lah, saja je sebut, sedap nama" kata Athirah lagi. Semua memandang Athirah pelik kecuali Adam.

'kau dah kenapa?' tanya Nab dengan perlahan kepada Athirah.

'suka hati aku lah' jawab Athirah. Athirah

"Hahaha, korang ni lawak lah. Okay, takpe lah kalau macam tu. Saya nak balik ni"

"Balik?!"

"Kelas tak habis lagi" kata Fatin lalu melihat jam di tangannya.

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now