Babak 2: Ikut arnab putih

18 0 0
                                    


Februari 2001.

"Farawahida Sanusi!" Farah terkejut dari lamunan setelah terdengar pekikan Madam Ros. "Have you found the rabbit?"

"Rabbit?" Farah terpinga-pinga. "What rabbit?"

"I thought you were in Wonderland. Send my regards to the rabbit, please," Madam Ros berpaling dan terus membaca petikan puisi yang dipegangnya. Riuh satu kelas ketawa.

Farah tunduk malu. Ib hanya menepuk bahunya tanda simpati. Ib pun bukannya fokus sangat. Dia juga sibuk menyembang dengan orang belakang. Sekali sekala jika Madam berpaling, dia buat-buat sedang membaca. Pernah sekali dia disergah dari belakang ketika berbual dengan Farah. Nampaknya dia belum kenal erti penyesalan.

"Tulah kau, asyik fikirkan pasal Putera saja," bisik Ib.

"Weh, kejap lagi kita bincang. Ada benda aku nak cerita ni," Farah buat tak endah apa yang diperkatakan Ib.

"Are you trying to make a summary of your dream?" Madam memandang tajam ke mata Farah. "Keep on discussing and tell us about it."

Madam nampak semuanya. Seolah-olah dia ada mata ketiga di belakang kepalanya. Farah dan Ib diam sebentar, dan buat-buat membaca puisi di dalam buku komsas mereka.

Farah curi-curi pandang Lin di hujung kelas. Dia begitu serius membaca. Begitulah sikap seorang yang bijak belajar. Tapi ada masa Lin akan bergurau juga. Tapi bila cikgu bercakap di hadapan, dia senyap. Kadang kala Ib dan Farah akan mengusiknya. Mentang-mentanglah mereka duduk depan sekali. Biasanya budak nakal sahaja duduk di situ.

Tapi Lin sudah beri isyarat supaya tidak mengganggunya. Dia agak serius kebelakangan ini, terutama setelah insiden kemalangan dahulu. Farah dan Ib masih rasakan yang dia sedikit trauma. Macam paranoid pun ada. Dia lebih berhati-hati dalam perlakuannya, pertuturannya. Setiap kali cerita tentang IRC dibangkitkan, dia akan bertukar tajuk dengan tangkas. Farah dan Ib tidak akan berkata lebih-lebih selepas itu.

Loceng berbunyi. Alangkah leganya Farah dan Ib apabila Madam keluar dari kelas. Bukan mereka tak suka, bahkan mereka amat meminati kaedah pengajarannya. Cuma bab membuat kerjanya agak berat sedikit.

"Apa yang kau nak cerita, Farah?" Ib memasukkan buku komsas ke bawah meja. Rakan-rakan sekelasnya pula galak mengusik Farah disebabkan Madam tadi. Apa boleh buat, dah nasib terkena.

Lin sudah keluar kelas. Farah perlu memastikan dia tiada supaya dia boleh meneruskan agendanya. "Aku rasa Lin ada sesuatu yang tak mahu beritahu kita."

"Apa dia?"

"Tak tahu. Tapi kelmarin dia ada cerita dekat aku yang encik_IQ ada maklumkan sesuatu padanya tapi dia terus tukar tajuk bila aku tanya. Dia macam terlepas cakap."

"Dia ada online ke?" Ib ingat Lin pernah beritahunya yang dia tidak mahu menggunakan internet buat masa sekarang.

"Aku rasa ya. Tapi aku tak dapat pastikan sebab aku pun dah lama tak online. Kau ada perasan tak dalam chatroom yang biasa kau masuk tu?"

"Mak aku tak bagi pakai internet. Macam-macam alas an diberi supaya aku tak boleh guna komputer."

"Elok juga. Kau kan ketagih benda-benda macam ni," sindir Farah.

"Eh... tolong sikit. Kau tu pun lebih kurang je," balas Ib.

"Aku ikut kau. Kau yang ajar aku nak guna IRC ni. Aku boleh hidup kalau tak pakai."

"Betul jugak ya."

"Aku rasa macam nak ajak Lin keluar lepak. Bincang balik pasal semua ni. Aku rasa macam tak puas hati lagi sebab tak jumpa si encik_IQ ni."

encik_IQWhere stories live. Discover now