Babak 1: Along

36 0 0
                                    


Januari, 2001

"Lin, apa pasal aku tengok kau macam tak bermaya je? Kau okay ke?" terpa Farah dari belakang.

"Aku ok je. Mood aku tak berapa baik hari ni," balas Lin.

"Ai, takkan baru minggu pertama mood kau tak baik? Gaduh dengan bf ke? Ke kau tak boleh move on dengan insiden tahun lepas?" Ib mencelah.

Minggu pertama persekolahan tahun ini sedikit berbeza dengan tahun lepas. Dulu ada orientasi pada waktu begini, tapi sekarang hari pertama lagi bertimbun kerja rumah yang perlu diselesaikan sebelum cuti minggu. Farah dan Ib sungguh terganggu dengan perubahan jadual yang semakin ketat. Dulu boleh saja mereka lepak di rumah Lin lepas balik sekolah. Sekarang, cikgu-cikgu makin garang.Tak bebas mereka dibuatnya.

"Betullah Ib, aku masih tak boleh move on."

"Dengan siapa? Bf baru kau ke ex kau?" usik Ib.

Aduh! Lin lepuk bahu rakannya itu dengan kuat. Dia sedikit tersenyum."Suka hati engkau je."

"Tak seronoklah kalau member masam muka. Dahlah minggu pertama," Lin mengurut bahunya. "Kau dah siap kerja rumah ke belum?"

"Kerja rumah yang mana satu? Yang Madam Ros punyq ke Cikgu Lee?" Dalam banyak-banyak kerja rumah, yang itulah paling Lin utamakan. Cikgu Lee sangat garang. Pada masa yang sama dia pun tak tahan dengan nada sarkastik Madam Ros kalau kerja Bahasa Inggeris mereka belum siap. Lin akan pastikan kedua-duanya siap dahulu.

"Mesti kau dah siap, kan?" Ib tahu yang rakannya itu seorang yang rajin. Sejak Tingkatan Satu lagi dia mesti akan jadi oang yang menghantar kerja rumah kepada cikgu.

"Sekali-sekala kena chill, Lin. Kalau asik ikut saja arahan, memang stresslah," Farah menepuk bahu Lin. Dia tidak ubah seperti Ib, siapkan kerja pada saat akhir. Tapi tahun ini dia ada azam baru, untuk menyaingi Lin yang selalu dapat nombor satu di dalam kelas.

"Kau pun Farah, cakap je lebih. Kerja rumah kau dah siap ke belum? Kata nak beat Lin?" sindir Ib.

"Mestilah!"

"Tapi kau tiru Lin kan?"

"Tak tiru... Tanya je." Farah buat-buat muka tidak bersalah. Sekurang-kurangnya kerjanya siap juga. Baginya, selagi dia faham apa yang ditirunya, itu adalah proses pembelajaran. Ah, Farah dengan teorinya.

"Jadi tak malam ni kita pergi CC?" Ib tiba-tiba ubah topik. "Aku tak pernah pergi lagi Along CC tu. Dengar cerita orang dah makin ramai Kalah kedai Mat Dollah seberang jalan tu."

Kedai Along sudah menjadi saingan hebat kepada kafe-kafe berhampirannnya. Kedai yang terkesan sekali sudah pastinya Mat Dollah yang sudah lama mendominasi pasaran di pecan mereka. Kemudahan internet memberi kelebihan kepada Along, kerana kewujudan kafe siber masih baru di sini. Jadi, budak-budak belasan tahun berpusu-pusu ke sana untuk bermain permainan online.

"Eh, kau ni kerja pun tak siap nak cerita pergi CC pula," tegur Farah.

"Oh, mentang-mentanglah kau ada Lin, bolehlah kau kenakan aku," ejek Ib. "Sekurang-kurangnya aku buat kerja aku sendiri."

"Suka hatilah, Ib. Jumaat ni aku free," cadang Farah.

"Jumaat? Cantik!" raut wajah Ib berubah ceria. "Kau pula macam mana Lin? Nak ikut tak?"

encik_IQWhere stories live. Discover now