Riak wajah gadis-gadis dalam kelasnya kelihatan kurang senang manakala gadis tadi, yakni Laila, tersenyum senang.

  "Kau nak mati... Atau kau pergi dan jangan muncul lagi," kata Ray, kasar.

  "Tapi... Saya pilih awak!" Laila berdegil.

  Ray berdecit. Tangan gadis itu sekali lagi ditarik kasar menuju ke sebuah kelas. Senyuman Laila mati apabila mereka tiba di kelas tingkatan tiga dan jejaka kacak itu memanggil si kembar Ryn dan Ryssa bersama.

  "Hei, kenapa awak bawa perempuan-perempuan sundal ni sekali?!" bentak Laila.

  Ray mengabaikan Laila walaupun hatinya mula membara. Ryn mengetap bibir manakala Ryssa mengepal penumbuk.

  Pintu kelas ditolak kasar. Ray memandang seisi kelas yang mula memandang kepadanya.

  Rez, Kai dan Delisya pantas bangun. Lirikan tajam Ray jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah.

  "Argh! Saya nak keluar berdua saja dengan awak!" marah Laila. Tubuhnya diheret ke sebuah lorong sunyi di belakang makmal komputer.

  Ryn memejam matanya. Tangannya dihiris sedikit. Setitik darahnya yang jatuh membentuk satu bulatan cahaya. Perlahan-lahan, tubuh mereka bertujuh menghilang.

  ••••

  "Argh! Kita dekat mana ni?!" Laila terjerit kuat.

  "Selamat datang ke kerajaan kami, sayangku." Ryn mengukir senyuman sinis.

  "Hahaha... Kelakar sangat! Sekarang, bawa saya balik!!" Laila menjerit kuat.

  "Aku tak nak simpan kau yang jijik ni dekat kerajaan aku lama sangat. Jadi, bersiap sedia untuk menghadap malaikat maut dan kau akan ke dunia roh!" Ray merentap tangannya yang asyik dipeluk gadis gedik itu.

  Ray, Rez, Kai, Ryn dan Ryssa mengeluarkan sayap hitam mereka manakala Delisya menunggang penyapu terbang miliknya. Kalau diikutkan, dia boleh sahaja terbang dengan sayapnya tetapi dia malas. Lagipun, sayapnya kecil sedikit berbanding yang lain. Laila yang melihat ternganga.

  Rez memerangkap Laila dalam sebuah bola bayang bersaiz besar. Laila mengetuk kuat bola bayang itu.

  "DIAMLAH!" jerit Ryssa dengan kuat. Kilat, petir dan halilintar menyambar di sekeliling. Demon yang berada berdekatan terus melarikan diri mahupun terbang pergi.

  "ARGH!" Laila menjerit sekuat hati apabila kilat menyambar betul-betul di sebelah bola bayangnya.

  Ryssa yang melihat Laila ketakutan terus ketawa kejam. Tangannya diarahkan betul-betul ke bola bayang itu. Kuasa halilintarnya mengalir dan menyambar bola itu. Laila pengsan.

    ••••

  "ARGH!" Laila terjerit apabila dia merasakan sesuatu yang tajam menghiris pipi gebunya. Sebaik membuka mata, wajah kacak Ray menyapa pandangan. Dia meminta pertolongan dan merayu agar dilepaskan.

  Ray bangun dan bergerak ke tepi. Dia mengalih pandangan kepada tiga orang gadis di sisi Laila. Mereka tersengih sinis.

  "Boleh kami uruskan perempuan ni?" soal Ryn dengan sengihan.

  "Alah, tak syoklah, Ryn! Apa kata para jejaka uruskan 'luaran'. Kita, gadis cantik menguruskan 'dalaman'. Nak?" cadang Ryssa.

  "Aku setuju!" Delisya mengangkat ibu jarinya.

  Laila menggigil ketakutan.

  Ryn, Ryssa dan Delisya berjalan ke tepi, memberi laluan kepada tiga orang jejaka.

  Ketiga mereka berdiri di hadapan Laila dengan megah. Ray mengeluarkan pisau-pisaunya, Rez pula mengeluarkan kuasa bayang dan Kai santai dengan sebatang garfu.

  Laila bangkit mahu melarikan diri malangnya sebiji bola petir berkuasa rendah dibaling ke arahnya. Dia rebah.

  Delisya mengapungkan tubuh gadis itu ke dinding. Ray pula bersedia dengan pisau-pisau di tangan. Sebilah pisau dibaling ke arah Laila. Gadis itu memejam matanya. Tepat, pisau itu terpacak di bawah telinganya.

  Pisau kedua pula dibaling. Tepat di paha. Dan seterusnya, ia dibaling mengenai tubuhnya. Dia kini lemah dan tergantung di tengah dinding tanpa sihir Delisya.

  Kai mendekati Laila. Garfu itu dicucuk ke tangan Laila. Laila meraung kesakitan. Kai memusing garfu yang masih terbenam dalam tangan Laila. Darah memercik mengenai tubuh Kai.

  "ARGHHHHH!!"

  Garfu itu ditarik kasar lalu ditikam pada anak mata kiri gadis itu. Garfu itu ditekan semakin dalam dan akhirnya saraf mata gadis itu direntap. Mata itu dirobek. Perut pula ditikam bertalu-talu. Laila memuntahkan darah dengan banyak.

  Rez melangkah ke hadapan. Jejari bayang yang berkuku tajam muncul dan merobek tubuh itu. Dia semakin lemah. Baru sahaja dia mahu meneruskan langkah, tubuhnya ditahan Ryssa.

  "Biar kami sambung, Rez," kata Ryssa.

  Delisya dan Ryn turut ke hadapan. Sebilah pedang dipegang kemas. Tangan dan kaki gadis itu ditetak perlahan. Semakin lama semakin kuat. Akhirnya, tangan dan kaki itu putus dan jatuh ke lantai. Kolam darah menghiasi kawasan itu.

  Ryn membakar rambut gadis itu. Ryssa pula bermain dengan isi perut gadis itu. Usus dipotong kecil, hatinya ditikam dan berbagai-bagai lagi seksaan kejam yang Ryssa lakukan. Delisya pula memotong tangan dan kaki Ryn.

  Sebuah mangkuk bayang dimunculkan Delisya. Potongan itu dimasukkan ke dalam mangkuk. Ryssa merampas ia secara tiba-tiba. Potongan kecil pula dimasukkan dan juga disirami kuah darah merah milik Laila. Laila berada di hujung nyawa. Nafasnya semakin perlahan. Mulutnya yang terkoyak besar dipegang kasar lalu mangkuk itu didekatkan ke bibirnya. Isi dalam mangkuk itu dicurah ke dalam mulut gadis itu.

  Hidung Laila dipicit perlahan oleh Ryn agar Laila tidak dapat bernafas. Laila tersentak lalu tertelan isi perutnya. Kesemua organnya kembali keluar.

  "Oh ya, sebelum kau mati. Aku nak cakap sikit. Perempuan yang kau panggil sundal ni.... ADIK-ADIK AKU!" tengking Ray dengan kuat. Pedangnya dihayun ke tubuh cacat Laila.

  Riwayat Laila ditamatkan dengan panahan anak panah yang diperbuat daripada halilintar. Kini, Laila milik Alam Roh. Lebih tepat, roh Laila.

  Hampir seminggu kejadian itu berlaku dan kesemua pelajar berasa hairan. Kehilangan Laila si D'Diva versi kedua yang keseorangan menjadi perbualan.

  Dark Knight mengukir senyuman sinis. Selamat tinggal, Laila!





To be continued

Edited ✔

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now