LYTM - 5° [BAB 5]

4.8K 190 20
                                    

~ BAB 5 ~

" Awak sabar lah ye? " Suzy memberikan kata semangat kepada aku.

" Betul tu. Awak jangan lah sedih-sedih. Saya dengan Su kan ada. " kata Zaril pula.

Aku mengeluh perlahan.

" Korang tak berada di tempat saya. Rasa sakitnya semua saya yang rasa. Semuanya saya yang tanggung. Saya rasa saya dah tak mampu. " kata aku sambil menunduk.

" Awak boleh Fiy! Saya yakin awak boleh. Anggap sahaja mereka itu seperti patung. Saya percaya, awak mampu! " kata Suzy dengan bersemangat.

" Fiy, awak tak boleh mengalah macam ni. Awak kena kuat. Stay strong okay? " Zaril memberikan semangat kepadaku.

" Huh... Saya tak tahu lah kenapa diaorang benci sangat dengan saya. Saya tak pernah kacau diaorang pun. " keluh aku.

" Biarlah diaorang tu. Spesies agas macam diaorang, memang perangainya macam tu. Awak buat derk je. " kata Zaril.

" Betul! Sekarang ni, awak jangan fikir semua masalah tu. Endahkan saja diaorang. Semangat! " kata Suzy tersenyum.

Aku memandang mereka berdua silih-berganti.

Aku cuma ada mereka saja. Mereka saja yang sanggup berkawan dengan aku. Bertuah aku mempunyai kawan seperti mereka.

Aku tersenyum nipis.



❤ ❤ ❤ ❤ ❤



[ HELMI ISKANDAR P.O.V ]

Aku melilaukan mata ke kanan dan ke kiri. Tiada seorang pun yang berada di blok akademik.

Nampaknya line clear.

" Weyh, dik. Kau bawak tak barang tu? " soal aku.

" Jap aku check. "

Fanin menyelongkar sedikit begnya. Kemudian dia tersenyum sinis.

" Ada. Ada. " jawab Fanin.

" Bak sini. " kata aku.

Fanin pun mengeluarkan 'barang' itu daripada begnya secara sorok-sorok.

Dia memberikan aku 'barang' itu. Aku mengambilnya. Senyuman jahat mula terukir di bibirku.

" Kau pergi cover line. Aku nak masukkan 'barang' ni. " arah aku. Fanin mengangguk.

Apabila line sudah clear, aku terus memasukkan 'barang' itu ke dalam beg Sheen.

Apabila selesai, aku terus memanggil adikku.

" Dah ke? " soal Fanin.

Aku mengangguk. Kami sama-sama berbalas senyuman sinis.

" Kau sure kan hari ni ada spot check? " tanya aku.

" Aku konfem seratus peratus yang hari ni ada spot check. Sebab tadi aku dengar Cikgu Laili tengah bincang dengan pengetua. Kau tak payah risaulah, bang. Ni Siti Fanin okay. Semua maklumat ada dalam genggaman aku." kata Fanin bangga.

Aku cebik menyampah.

" Hek eleh. Tapi kali ni aku yakin rancangan kita akan berjaya untuk buat dia kena tendang dari sekolah ni. " kata aku. Fanin setuju dengan kata-kata ku.

' Padan muka kau Fiya! Kau main-main dengan kitaorang ae. Nanti, baru kau kenal orang yang bernama Helmi Iskandar. Tak sia-sia aku ajak si Fanin ni. Well, dia kan Siti Fanin. ' monolog aku.

Love You, Tuan Muda !Where stories live. Discover now