Part 27

249 38 1
                                    







.

.

.

Beberapa bulan kemudian, hubungan suami isteri yang dijalankan oleh Taerin masih lancar seperti biasa cumanya Yerin selalu merasa sunyi kerana ditinggal sendiri oleh V yang sentiasa sibuk dengan pekerjaannya. Kadang Yerin ditinggalkan hingga 3 minggu atau sebulan atas alasan V perlu meninjau lokasi projek baru syarikatnya ke beberapa buah daerah diluar kawasan bandar Seoul.

Untung hari ni V cuti dan tak perlu ke pejabat, jadi V akan lebih banyak meluangkan masa dengan Yerin. Kebetulan hari ini ialah hari pembukaan cafe baru milik Jackson yang pernah diperkatakan akan dibuka di cawangan Korea beberapa bulan lepas di akaun instagramnya. Yerin yang mendapat khabar itu pun, merancang untuk mengajak suaminya  untuk datang ke cafe baru milik sahabat mereka itu. Apalagi, pembukaan cafe Jackson itu terlampau mendapat sambutan dari pagi tadi. Ceritanya sekarang terjadi pada waktu pagi menuju ke waktu tengahari dalam waktu pukul 11 macam tu. 😁 Jadi tak heran kalau Yerin begitu excited untuk mengunjungi cafe sahabatnya itu.

"Biy.."

"Hmm"

"Biy.."

"Hm?"

"Tae.."

"Iya sayang, ada apa? Berapa kali nak panggil biy herm?" tanya V.

(sayang-baby/biy? so sweet panggilan si suami isteri ni kyaaaa!! ><)

"Tsk, my hubby ni tak sweet langsung!! Eungh" jawab Yerin dengan suara manjanya dan berpura-pura merajuk.

"Aniya. Bukan macam tu. Mianhae. Biy cuma penat." ucap V yang memang keadaannya begitu penat.

Disini situasinya didalam bilik tidur mereka. V masih tidur-tidur ayam diatas katil. Manakala Yerin baru selesai mandi dan dia kini sedang mencari baju untuk dipakai hari ini. Sebenarnya V sudah lama bangun dari tidurnya, cumanya dia memang begitu penat + malas akibat baru semalam dia balik dari tinjauan tapak projek baru syarikatnya yang berada di Busan dan itu berlangsung selama seminggu, jadi dia hanya baring merilekskan badan dan memejamkan matanya saja diatas katil tapi tak tidur sama sekali.

"Hermm ok.." balas Yerin sedikit menghela nafas kecil.

Situasi kembali bisu.

"Ermm biy?" panggil Yerin lagi.

"Iya, sayang?"

"Hari ni... hari pembukaan cafe Jackson, apa kata kita-" ucapan Yerin disekat.

"Jinjja?!! Kajja!!" akhirnya V menjadi segar dan terus mengubah posisi baringnya menjadi duduk apabila mendengar mendengar berita tentang pembukaan cafe sahabatnya itu.

"Haishhh.. kalau pasal Jackson atau Kai, biy selalu je excited!" kesal Yerin.

"Kau cemburu ya? Hurm?" V mengangkat sebelah keningnya.

"Tentulah! Bila dengar berita tentang si Jackson dengan Kai, biy selalu excited tapi bila giliran isteri sendiri, biy selalu berlewa." balas Yerin.

"Tentulah biy excited dengar khabar diorang. You know kan, biy dengan diorang dah lama tak bersua muka huhuhu. Tapi bila dengan sayang, kita dah selalu bersama kan? Jadi janganlah fikir yang bukan-bukan." ucap V.

"Kita jugak jarang bersama. Sayang selalu kena tinggal sampai 2-3 minggu. Biy selalu kerja outstation huftt" rajuk Yerin.

"Hehehe nak buat macam mana lagi, dah itukan tugas kerja biy. Kalau tak, macam mana syarikat nak maju kalau bukan biy yang kena uruskan semua tu? Jadi jangan merajuk-merajuk lagi ya?" pujuk V.

𝐎𝐦𝐠! 𝐈 𝐅𝐚𝐥𝐥 𝐈𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐘𝐨𝐮?! (𝐒𝐢𝐧𝐑𝐢𝐧) | [ᴇɴᴅ] Where stories live. Discover now