Part 26

289 41 5
                                    










.

.

.

3 tahun kemudian..
(anggap je kita dah sampai ke tahun 2021 😂 jangan banyak tanya, tak semua cerita logik kihkih 😁)




Yerin POV

Tiga tahun dah berlalu. Pejam celik, pejam celik cepatnya masa berlalu. Sinb? Masih aku ingat. Tak sedetik pun aku lupakannya, cuma well sekarang aku dah berjaya move on darinya. Bila teringatkan dia, ntah kenapa aku ketawa bukan menangis yang macam selalu aku buat waktu dulu. Mungkin aku rasa ia kelakar bila difikirkan balik. Dasar cinta monyet. Atau mungkin jugak disebabkan oleh peredaran zaman dan orang sekeliling yang banyak mendorong aku untuk terima dan redha dengan pemergiannya. Sekarang aku rasa aku lebih menghargai orang yang masih kat sekeliling aku.

Banyak pengalaman pahit yang pernah aku lalui. Tapi itulah antara pengalaman yang takkan aku lupakan sampai aku mati. Oh ya, lupa nak bagitahu yang Sowon dan adikku Eunha akan melangsungkan pertunangan diorang bulan depan. Adikku, dia dah besar sekarang. Dia jugak dah jarang bermanja dengan aku sangat. Mungkin dia fikir dirinya dah tak lagi seorang pelajar sekolah? 🤔 Tapi aku sedih jugak sebab perangainya dah berubah. Aku rindukan kemanjaannya tapi aku jugak bersyukur atas perubahannya sebab dia tak lagi asyik bergantung pada sesiapa dalam sesuatu hal. Itu yang paling aku suka dengan personaliti Eunha sekarang. Tapi ada jugaklah time-time dia nak bermanja dengan alasan "Eunha rindu nak bermanja dengan eonnie". Haha Eunha, Eunha.. nanti lepas kau dah berkahwin dengan Sowon, kau bermanjalah dengannya sepuas-puasnya ya? Eyy tapi, kena bertunang dulu haa.. jangan memandai-mandai nak terus kahwin dengan anak orang. Belajar kasi habis dulu yaa?

Yumji? Hahah the weirdy couple tu sejak memenangi contest video kreatif dulu, diorang semakin popular. Pada awalnya diorang hanya suka-suka nak join contest tu tapi ntah apa yang datang, takde angin takde ribut, tiba-tiba video yang diorang kirim ke contest tu dapat sambutan hangat dan menang pulak tu. Video diorang sempat viral dulu. Tapi bila ditengok balik takde apa yang special pun video tu, biasa aje. Haha ntahlah mungkin rezeki diorang kan? Dan sekarang Yumji couple tu dah jadi instafamous kat instagram dengan nama akaun Yumji_Official dengan followers  seramai 2.3M. Banyak kan? Itu sebab ada followers dari negara luar jugak. Akaun diorang pun penuh dengan video-video parody, tik tok, dan cover lagu artis terkenal. Kalau nak diikutkan tempoh tiga tahun ni, video diorang yang sempat viral dulu mungkin dah mengaut seramai 10 juta viewers. Ramai tu, bukan sikit. Dan sekarang diorang tengah ditawarkan berlakon dalam sebuah siri drama. Sebagai pelakon tambahan je. Eh jangan nak pandang rendah dengan pelakon tambahan tau! Pelakon tambahan pun orang bukan suka-suka main pilih je. Pelakon tambahan pun kena berbakat tau. Cuba tanya aktor dengan aktres yang terkenal tu, mungkin ada dari diorang bermula career  berlakon sebagai pelakon tambahan. Apa-apa pun aku berbangga dengan Yumji couple ni. Dah berjaya jangan lupa aku ya?

Jackson dengan Kai? Entahlah sejak graduate dulu terus tak nampak batang hidung. Tapi apa yang aku tahu, Jackson dah jadi pengusaha cafe terkenal kat negara asalnya. Mungkin dalam dua tiga bulan lagi, dia akan meluaskan cawangan cafe nya kat Korea ni. Hehe itu pun tahu dari akaun instagramnya, dia ada post pasal pembukaan cafenya kat Korea minggu lepas. 😁 Kai? Aku tak pasti dia kat mana. Dia lagilah, hilang dari radar terus. Hermm apa-apa pun aku harap kau sihat ya bro? ☺

Eh, asyik bercerita tentang diorang je, wae tak cerita tentang perkembangan diri sendiri kan? Ok aku akan kongsikan. Aku sekarang takdelah sukses sangat macam Yumji couple dengan Jackson. Aku biasa-biasa je macam WonHa tu. Just seorang pelajar universiti. Aku dan WonHa satu universiti cuma lain bidang je. Aku pelajar bidang perniagaan. Aku nak jadi seorang usahawan muda yang berjaya. Mana tahu syarikat appa nanti akan diturunkan kepada aku. Tapi aku rasa memang akan jadi milik aku pun sebab anak appa kan ada dua je hehe. Lagi pun syarikat appa tu banyak cawangannya, luar dan dalam negara. Dan tak mustahil appa akan turunkan untuk aku kelola satu dan untuk Eunha kelola satu. Mungkin jugak ada tempat untuk Taehyung. Eh? Taehyung? Wae mesti ada dia kan?

𝐎𝐦𝐠! 𝐈 𝐅𝐚𝐥𝐥 𝐈𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐘𝐨𝐮?! (𝐒𝐢𝐧𝐑𝐢𝐧) | [ᴇɴᴅ] Where stories live. Discover now