Part 23

318 41 5
                                    







.

.

.

Mereka masih mengekori teksi yang dinaiki Yerin dihadapan. Mujur persekitaran jalanraya tak begitu sesak, jadi itu memudahkan lagi untuk V dan lain-lain mengejar teksi tersebut.

"Kemana Yerin eonnie nak pergi tu? Aku rasa Yerin eonnie perlukan masa untuk tenangkan fikirannya dulu V oppa.." Umji membuka suara.

"Tak boleh Umji, inilah masanya untuk kita bongkar semua kes yang dah jadi beban kita selama ni.." jawab V.

Umji terdiam.

"Yuju dan Umji, kalau Yerin dah sampai ke tempat tujuannya, aku nak kau berdua pergi ekori dia.." arah V.

"Kau?"

"Aku akan pergi ke satu tempat dulu.. arraseo?"

"Geurae.." jawab Yuju.

Setelah menempuh selama 30 minit perjalanan, kereta yang dipandu V pun berhenti apabila teksi yang membawa Yerin itu berhenti disatu tempat.

"Sungai Han? Untuk apa dia ke sini?" tanya Yuju ketika melihat Yerin terus berlari kesana setelah keluar dari teksi.

"Mollayo, tapi aku rasa dia memang nak tenangkan fikirannya sekarang.." jawab Umji.

"Yah! Apa yang korang tunggu lagi huh?! Cepat ikut dia! Ingat, jangan sampai terlepas.. Kalau boleh kita selesaikan semua kes ni hari ni jugak!" tegas V.

"Iya ya.. kajja Umji.." turut Yuju sambil menarik tangan Umji.

Setelah itu, V pun terus menancap gas dan pergi ke tempat yang dia ingin tuju meninggalkan Yuju dan Umji yang diberi tugas untuk mengejar Yerin.

Yerin kini sedang berlari diseluruh kawasan Sungai Han. Matanya mencari-cari orang yang dicintainya. Merata tempat Yerin sudah mencari tapi Sinb masih lagi tak dijumpai. Sampai saat ini, lutut Yerin terasa lemah kerana berlari-lari tanpa henti disemua kawasan sungai yang luas itu. Yerin menghentikan langkahnya dikawasan taman disana, tiba-tiba dia merosot jatuh terduduk ke tanah apabila merasakan pencariannya hanyalah satu perbuatan yang sia-sia. Airmatanya dah tak terbendung lagi. Untuk kali yang keberapa dia menangis pun dah tak terkira lagi. Seperti yang kita tahu, Yerin type yang kuat dalam fizikal tapi lemah dalam mental dan emosi.

Yerin POV

Kemana dia? Kenapa tak bagitahu aku pasal semua yang dia ceritakan pada V? Kenapa dia bertindak terlebih dulu kalau pada hari tu akulah yang berjanji akan tolong cari dimana mayatnya hilang? Dan V. Kenapa kena V yang dia bagitahu? Atas alasan apa? Bagitahu V sebab taknak buat aku sedih? Bagitahu V sebab V lah yang akan jaga aku lepas pemergiannya? Jadi dia betul-betul nak pergi dari dunia ni tanpa pengetahuan aku gitu? Kau kejam Hwang! Jangan buat aku macam ni! Adakah malam semalam hari terakhir kita bersama? Andwae Sinb-ah!! Gajima!! Aku masih tak dapat bayangkan apa yang akan jadi dengan aku lepas kau pergi nanti! Jeballl Sinb-ah jeballl!!!

Yerin POV end

"Hah itu pun dia!!" jerit Yuju menunjuk ke arah Yerin setelah melihat Yerin yang terpuruk sendiri ditengah lapangan taman.

"Sssshhhhh Yujunie! Jangan jerit! Aku taknak Yerin lari lagi!" tegur Umji dengan suara yang slow.

"Aishhh kau ni.. Kita bukan tengah main police and thief went to jungle! Kita tengah nak memujuk Yerin supaya ikut kita selesaikan kes ni! Kajja!" ucap Yuju yang terlebih dahulu menghampiri Yerin.

Umji dibelakang hanya menggelengkan kepalanya melihat Yuju. Dan mereka berdua pun menghampiri Yerin.

.

𝐎𝐦𝐠! 𝐈 𝐅𝐚𝐥𝐥 𝐈𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐘𝐨𝐮?! (𝐒𝐢𝐧𝐑𝐢𝐧) | [ᴇɴᴅ] Where stories live. Discover now