Part 15

297 45 0
                                    

.

.

"AKU AKAN MENYUSUL KAU!!! KAU TUNGGU AKU KAT SANA!!!" jerit Yerin seraya menggoreskan pisau pada pergelangan tangan kirinya.

"YERIN-AHHH!!!" jerit Jessica tak kalah kuat. Dengan pantas Jessica menarik badan Yerin yang ingin cuba membunuh diri dengan menggoreskan pisau pada pergelangan tangannya.

Yerin yang tertarik kuat oleh Jessica pun tersentak dan spontan pisau itu terlepas dari tangannya dan jatuh dibawah lebih tepat di halaman rumahnya.

"APA KAU DAH GILA HUH?!! KAU NAK BUNUH DIRI?! JANGAN KAU BUAT KERJA GILA JUNG YERIN!!" marah Jessica.

"LEPASKAN AKU EONNIE!!! LEPASKAN!! AKU NAK IKUT SINB!!! JEBAL LEPASKAN!! SINB TOLONG AKU SINB!!!!" Yerin meraung sambil menangis.

"Sinb?" gumam Jessica.

"Aku kata sudah! Berhenti!" ucap Jessica menenangkan Yerin.

Malah, Yerin masih lagi memberontak. Menyebut nama Sinb tak henti-henti.

"AKU KATA SUDAH YERIN!!!" tengking Jessica sambil menghempas badan Yerin ke atas katilnya.

Yerin yang menerima kelakuan Jessica itu hanya boleh menangis.
Jessica mengatur nafasnya yang tercungap lalu dia melutut didepan Yerin menenangkannya dengan lembut.

"Wae kau jadi macam ni hm? Bagitahu aku.." ucap Jessica lembut. Yang ditanya tak menjawab.

"Apa dah terjadi? Eunha dengar eonnie menjerit.." Eunha datang dengan wajah panik.

"Shhh.. takde apa-apa.. Eunha tolong ambik kan air kosong untuk Yerin.." arah Jessica.

"Ok." Eunha segera pergi ke dapur.

Jessica pun mengubah posisinya duduk disebelah Yerin dengan tangan kanan memeluk Yerin dan tangan kiri mengusap rambut Yerin. Yerin meletakkan kepala dibahu kanan Jessica.

"Katakan pada aku, wae kau jadi macam ni eo?" tanya Jessica lembut.

"Eon-eonnie.. aku nak tanya, a-apa hubungan kau dengan Sin-Sinb.." tanya Yerin teresak.

"Sinb? Dia maksudkan mendiang sahabat aku? Macam mana dia boleh kenal?" batin Jessica.

"Ermm.. macam mana kau boleh kenalnya?" Jessica berbalik soalan.

"Panjang ceritanya.." yang jawab bukan Yerin malah adiknya si Eunha yang datang sambil membawa segelas air kosong.

"Lahh.. kau kenalnya jugak Eunha?" Jessica memasang wajah bingung.

"Tak.. Yerin eonnie je yang kenalnya.." jawab Eunha.

"Kalau tak kenal, kenapa kau menyampuk?!" Jessica menatap Eunha tajam.

"Eonnie tak nampak keadaan Yerin eonnie macam mana? Dia perlu tenangkan fikirannya dulu.. jadi biar Eunha je yang wakilkan untuknya.." ucap Eunha yang langsung tak takut dengan tatapan Jessica.

Eunha ikut duduk diatas katil.

"Jadi.. eonnie tolonglah cerita hal yang sebenar.." pinta Eunha.

"Cerita apa? Aku tak faham!" tepis Jessica.

"Ceritakan tentang Sinb.. kisah hidup dia.. hubungan eonnie dengan dia.. dan kematiannya.." jawab Eunha.

"Mwo?! tapi wae? Macam mana korang boleh kenalnya?!" fikiran Jessica semakin serabut.

"Ceritakan sahaja eonn..." ucapan Eunha terpotong.

"Eunha.. sudah.. baiklah kalau eonnie tolak permintaan Eunha lebih tepatnya permintaan aku untuk ceritakan tentang Sinb.. aku faham.." ucap Yerin yang kini sudah henti dari tangisnya.

𝐎𝐦𝐠! 𝐈 𝐅𝐚𝐥𝐥 𝐈𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐘𝐨𝐮?! (𝐒𝐢𝐧𝐑𝐢𝐧) | [ᴇɴᴅ] Where stories live. Discover now