cbella #6

39 1 0
                                    

DUM !

Pintu dihempaskan membuatkan bella hampir menjerit tapi apabila dilihatnya wajah khai yang bengis dan tangannya yang mengalir dengan darah membuatkan bella hanya terpaku di tepi dapur. Hujung bajunya dipintal pintal. Khai melangkah ke arah sofa dengan lemah longlai lalu merebahkan dirinya di atas sofa. Jari jemarinya memicit micit dahi.

"kau buat apa dekat situ !"

Kecut perut habis bila dengar suara khai ni... bella mengangkat wajahnya ternyata khai sedang lena diulit mimpi atas sofa. Bella memberanikan dirinya merapati pemuda itu.

Bella menggeleng gelengkan kepalanya melihat khai. 'kalau ye pon penat salin la baju dulu, mandi ke, buat apa yang patut. Dah la aku lapar tak makan lagi.' rungut bella dalam hati.

Khai mengerutkan dahinya..tak tidur lagi rupanya.

Segala ayat suci dibaca, bismillah... segala nafas ditarik kemudian dihembuskan dengan perlahan.

Wajah khai ditenung dengan pandangan redup. Dari kening lebatnya turun ke hidung mancungnya lepastu turun kepada sebentuk bibir yang tampak maskulin. Tiada cacat cela lansung ciptaan tuhan itu. Dia pelik. 'Apa yang dia nak dari aku'. Macam macam soalan bermain didalam kotak fikirannya. Bella mengeluh sebelum lengan khai digoyangkan sedikit.

"awak..awak bangun la pergi bersihkan diri dulu."

"ermmm." khai menggeliat di atas sofa lalu mengangkangkan kakinya sehingga tersepak betis bella. Bella membuntangkan matanya melihat kerenah pemuda itu. Betisnya itu digosok gosok sambil merungut kecil. Bisa tu.

Kaki dia dah la kecil nak dibandingkan dengan kaki monster tu.

Bella mengeluh seketika sebelum berlalu ke dapur.

Setiap butang baju khai dibuka. Khai agak tersentak dengan perbuatan gadis itu. Dia bukan tidur tapi dia cuma berpura, ingin melihat reaksi dan apa yang gadis itu akan buat. Maklumla setengah orang akan mengambil peluang yang ada untuk cabut tapi gadis ini lain...

Lengannya yang penuh dengan darah dibasahi dengan air suam kemudian dilap dengan kain. Diusapnya lama kelamaan khai menjadi lali dengan setiap sentuhan gadis itu.

Bella mengelap setiap inci tubuh lelaki itu dengan kain yang basah. Bajunya itu ditanggalkan menampakkan six pack khai. Wooo.

Air liur diteguk pahit.

"dah habis dah usha body aku." bella tersentak apabila khai menegurnya dengan memandangnya sambil menjeling raup wajah gadis itu yang tampak merah.

'comel' sempat khai memuji di dalam hati.

Tangannya yang menggigil halus terus disorokkan. Wajah dihalakan ke lantai. Baru ura ura hendak pergi meninggalkan pemuda tersebut. Khai menarik lembut tangan gadis itu sehingga membuatkan pergerakan bella terhenti

"duduk sini ." bella akur duduk di sofa bertentangan dengan khai. Tapi wajahnya masih lagi menghadap ke lantai. Khai mengeluh apabila melihat bella seakan gerun dengannya. Salah dia juga siapa suruh berkasar dengan bella.

" boleh tak kau jangan 24 jam pandang lantai. Aku rimas la !" terhinjut bahu bella apabila khai tiba tiba meninggikan suara. Nafas ditarik dalam dalam sebelum memandang gadis itu.

" kau dah makan ?" suara paling lembut, caring dah keluar daripada mulut khai.

' kau tanya aku dah makan ke belum ?! kau nak suruh aku gigit kabinet ke ? dah la satu jenis makanan pun takda bukan tu je habuk pun takda . Lagi mau tanya dah makan ke belum." rungut bella dalam hati.

Khai menyangkan riak bosan ye la mana taknya dia dah low kan voice dia cakap elok elok tapi bella cuma senyap membatu. Sebenarnya dalam hati dia suka sebab dia kan boleh baca isi hati bella. Depan memanglah tayang riak bengis, bosan, tegang tapi dalam hati kemain senyum.

" aku tanya kau dah makan ke belum ?" nada masih direndahkan. Apabila mendapat gelengan sebagai jawapan khai terus bangun dan berlalu ke bilik.

Bella memerhati gerak geri khai sehinggalah bayangan pemuda itu hilang dari pandangannya. Pelik ? ye tersangatlah pelik. Dia tanya, lepastu dia bla macam tu je.

Tak lama kemudian khai kembali dengan pakaian yang bersih, siap mandi. Berbaju warna hitam, cap dan jeans pendek. Pakaian harian.

"Dah jom !"

Bella menggigit bibir bawahnya, baru Khai hendak berlalu lengan bajunya dia tarik perlahan, lantas khai memusing ke arah bella.

Kening dijongketkan sambil mendekati bella.

" saya takda baju untuk salin." ujar bella sambil matanya dihala ke lantai. Khai memandang bella sambil berdecit perlahan, kemudian terus berlalu meninggalkan bella dan kembali dengan sepasang baju berwarna merah hati milik annisah iaitu ibu khai.

Hatinya berat untuk memberi satu satunya peninggalan ibunya, tapi dia juga kesiankan bella. Baju itu dihulurkan kepada bella.

"baju ni aku nak kau pakai lepastu jaga baju ni macam mana kau jaga nyawa kau, faham ?!"

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Jan 08, 2019 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

cinderbellaOnde histórias criam vida. Descubra agora