cbella #2

80 4 3
                                    

" eh kamu ni kenapa bella ?" soal mak kiah cemas saat melihat bella kelam kabut mengutip tin tin yang bertaburan di kaki lima itu. Mak kiah turut menolong gadis itu mengutip.

" takda apa la, ni haa tadi tergelincir sikit. Tapi bella ok je." bella tayang sengih. Pergelangan kakinya itu dibelek belek mak kiah.

" ishh mak kiah ni bella ok je la." fikirannya jauh menerewang memikirkan pemuda tadi. Hatinya tiba tiba saja berdebar. Lelaki itu sangat luar biasa.

*****

Baju sweater itu dicampakkan ke atas lantai. Kini dia hanya berseluar jeans panjang dan tak berbaju menampakkan ketul ketulan di badannya. Sebatang rokok lantas disumbat ke dalam mulutnya dan dinyalakan sebelum pemetik api itu dicampak ke atas meja.

Khai menghenyakkan tubuhnya diatas katil. Wajah gadis comot itu bermain di fikirannya. Sepanjang dia hidup tak pernah lagi ada gadis yang berani dekat dengannya kerana renungannya yang bak pembunuh sentiasa menggerunkan sesiapa yang berada dekatnya.

Bunyi whats'app menyentakkan lamunan khai. Telefonnya itu dicapai. Keningnya bertaut saat membaca mesej daripada adam.

adam ;

" khai kali ni kau tolong la dengar cakap aku, jangan buat kerja gila."

khai ;

" kau jangan sibuk hal aku! aku takkan lepaskan dia! aku akan tetap dengan prinsip aku! "

Telefonnya itu dicampak ke atas karpet. Akalnya tetap suruh dia membuat kerja kotor itu. Dia buntu tapi dia sudah berjanji dengan diri dia yang dia akan menuntut bela atas pemergian ibu dan ayahnya.

'semak'. Khai meraup wajahnya kasar. Siling dinding dipandang kosong.

*****

Kotak yang menjadi pengalas tidur itu sudah sebati dengan dirinya, kalau dulu pastinya dia akan merungut tempat itu busuk la sakit badan la tapi sekarang dia sudah biasa. Botol air mineral itu diteguk rakus. Bagi bella seteguk air pun sudah memadai kerana dia seoarang gadis yang pandai mensyukuri nikmat illahi.

"manalah abang pergi, bella rindu sangat dekat abang." omel bella sendirian. 

Tersenyum mak kiah melihat bella yang sedang termenung. " jauh termenung."

" bella rindukan abang." lengan mak kiah itu dipeluk erat. Lalu ubun ubun gadis itu dicium dengan penuh kasih.

" bella, mak kiah nak tanya sikit boleh tak ?"

" tanya je lah," wajah mak kiah dipandang.

" bella taknak cerita ke dekat mak kiah macam mana bella boleh berada dekat sini." hakikatnya dari dulu lagi soalan itu bermain di fikirannya. Kerana kalau nak dibandingkan bella dengan gadis lain dia mempunyai paras rupa yang sangat cantik. Bella pastinya anak orang kenamaan.

Bella menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Wajah mak kiah dipandang dengan penuh kasih.

" bella dengan abang dulu kena halau dengan nenek sebab nenek anggap bella yang bunuh mama. Tapi bella tak bunuh, bella sayang sangat dekat mama." air mata jernih jatuh di tubir mata gadis itu. Mak kiah masih setia mendengar.

" mama bella meninggal sebab apa ?"

" abang cakap mama meninggal masa bersalinkan bella. Beberapa bulan selepas mama meninggal, papa pula tinggalkan bella sebab sakit jantung." mak kiah mengelap lembut air mata gadis itu lalu dipeluknya.

Bella kembali mengadap wajah mak kiah. " mak kiah tak ada anak ke ?"

mak kiah tersenyum tipis " mak kiah ni sebatang kara je nak oi, takda sepupu, ahli keluarga terdekat pun takda. Tapi mak kiah ada bella, biar bella je jadi anak mak kiah." hidung gadis itu dicuitnya.

Tersenyum manis bella, disaat dia memerlukan kasih sayang seorang ibu ada juga yang sanggup menyalurkan kasih sayang terhadap bella. 

****

Seorang lelaki sudah terkulai di atas lantai mozek di dalam sebuah rumah kosong yang besar. Wajah lelaki berkenaan dipenuhi dengan darah. Tangannya yang terikat membuatkan lelaki itu susah untuk meminta tolong dan bergerak mempertahankan diri.

Seorang lelaki berbaju hitam menayangkan wajah yang bengis. Rayuan lelaki dihadapannya lansung tak didengari. Bagi dia 'dendam adalah dendam'.

" kau boleh pergi mampos la sial !!!" satu jerkahan serta satu ayunan buku lima singgah di pipi kiri lelaki yang berada di hadapannya.

lelaki itu meringis kesakitan " buk...kan ak..u yang bun..nuh mak bapak kau."

" kau ingat aku nak percayakan cakap kau." bibirnya mengoyak senyuman sinis. Pisau belati yang berada di belakang seluarnya itu dikeluarkan lalu pisau itu ditekapkan di pipi alif. 

Alif menjerit menahan kesakitan apabila pisau itu ditorehkan sehingga menghasilkan darah yang banyak.

Khai dilihat seperti orang hilang akal. Sekejap dia menangis, sekejap dia ketawa. Wajah alif kembali dipandang dengan penuh rasa benci.

Tanpa berfikir panjang khai terus menghunuskan pisau itu sehingga terkena pada dada alif. Alif yang tadinya hanya nyawa nyawa ikan kini nyawanya sudah melayang pergi.

Walaupun dia tahu yang alif sudah tidak lagi bernyawa. Dia menikam dada milik alif berkali kali kemudian dia jatuh terduduk dihadapan mangsanya itu dengan deraian air mata. Bahunya terhinjut hinjut menangis apabila momen ibu dan ayahnya terlayar di fikirannya.

" ibu, ayah khai minta maaf." dalam sedu sedan khai kembali berdiri. Topinya dibetulkan dan segala cap jari, bahan bukti dihilangkan.

Khai ketawa kecil apabila melihat sekujur tubuh itu terkulai di atas lantai bersama lumuran darah.

Rumah dan mayat alif ditinggalkan seperti itu sahaja. Khai melangkah pergi dengan hati yang puas.

" hidup kau takkan pernah puas khai !" kata seseorang di sebalik rumah kosong yang sedari tadi menjadi penonton aksi mereka.

cinderbellaWhere stories live. Discover now