cbella #1

121 8 4
                                    

Nur bella natalia...

muhammad khai yusuf...

" ibu nak khai sentiasa ingat yang walaupun suatu hari nanti ibu dengan ayah dah takda, jangan pernah putus asa dengan hidup. Ibu nak khai tahu yang ibu dengan ayah sentiasa sayangkan khai. " 

Disaat ibu dan ayahnya mati dibunuh. Dia sentiasa keseorangan. Tiada sedara mara. Tiada teman. Hanya sendiri! Sejak kematian orang yang tersayang 16 tahun yang lalu. Dia tak pernah bersuara.

Jarang sekali nak dengar suara dia.

Lamunan khai tersentak apabila bahu kirinya ditampar perlahan. Khai menoleh ke arah adam a.k.a bapa angkatnya. Khai menjongketkan keningnya tanda 'apahal'

"aku dah jumpa maklumat orang yang bunuh mak bapak kau." anvelope yang berada di tangan adam dirampas dengan kasar. Lama dia memeriksa isi kandungan latar belakang pembunuh tersebut. Tangannya mengepalkan penumbuk. Akhirnya setelah sekian lama dia mencari pembunuh ibu dan ayahnya.

'Kali ni aku takkan lepaskan kau.'

Baru khai berura ura nak bergerak meninggalkan ruang tamu. Adam memegang lengan khai membuatkan perjalanannya terhenti. Khai kembali merenung ke arah adam.

" kau jangan buat gila khai. Lagipun apa yang kau akan dapat kalau kau bunuh dia ?" soal adam dengan membalas renungan membunuh khai.

Khai hanya mendengus kasar. Dia meraup wajahnya kasar kemudian dia melabuhkan punggungnya di sebuah bangku kayu di ruang tamu berhadapan dengan adam.

" khai, aku tanya kau ni! apa yang kau dapat kalau kau bunuh dia ?!" jerkah adam apabila melihat khai masih diam membatu. 

Geram betul dia dengan sikap khai yang selalu ikut kepalanya sendiri. Tak pernah nak dengar cakap orang. Keras kepala! dari kecik sampai la besar tak ubah lansung perangai dia. Adam sentiasa menjaga khai dari dia ambil khai berumur 8 tahun hingga la khai berumur 23 tahun. Dia masih membela dengan baik.

Bagi khai adam bukan sesiapa. Dalam hidup, dia jarang bercakap dengan adam. Apa yang penting baru dia cakap. Kalau tak penting jangan harap nak dengar suara dia. Khai lebih suka menyendiri, berkurung dan dia jarang ambil tahu hal dunia luar.

" khai!!!!" jerkah adam bila khai lansung tak beri apa apa respons.

Dia bukan apa, dia cuma taknak khai jadi seperti dia membunuh sana sini. Peras ugut orang. Kutip hutang. Belasah, siksa orang yang tak bersalah.

Khai kembali berdiri di depan adam dengan tangannya mengepalkan penumbuk sehingga menampakkan urat hijau yang berselirat di lengan kekarnya itu.

rahangnya bergerak gerak " kepuasan!! aku nak dia mampus, tersiksa macam mana ibu dengan ayah pernah kena dulu." suara serak basah yang mampu mencairkan wanita bila mendengarnya. Matanya merah menahan marah.

Khai terus berlalu meninggalkan adam yang sudah terpekik pekik menjerit memanggil namanya. Bagi dia 'darah harus dibayar dengan darah.'

*****

Tin tin yang bertaburan di tepi kaki lima itu dikutip lalu dimasukkan ke dalam palstik sampah berwarna hitam.

" bella, harini kamu rehat ye. Biar mak kiah yang sambung kutip." kesian dia melihat gadis itu tidak berhenti mencari sesuap nasi. Plastik yang berada di tangan bella diambil namun bella merampasnya semula dengan sengihan manis.

" eh, takpa la. Yang patut rehat mak kiah. Bella ni masih muda, kuat lagi. Dah dah mak kiah pergi duduk sana." wanita separuh abad itu dipimpin ke arah satu tempat duduk yang lusuh.

Dia merenung lama wajah gadis polos itu. Rajin, cantik. Wajah dia tak ubah seperti bidadari. Siapa lah yang sanggup membuang kamu wahai anak gadis. Dia sentiasa mengganggap bella seperti anaknya sendiri. Bella mempunyai seorang abang tapi sayang abangnya telah lama pergi membawa diri sejak bella berumur 10 tahun.

Sedang ralit mencari tin di tepi tong tong sampah yang kosong tiba tiba bella terpijak sehelai kulit pisang sehingga membuatkan dia jatuh terduduk di hadapan seorang pemuda.

Bella mengaduh kesakitan.

"ya allah, maaf cik. Saya betul betul minta maaf." bella memohon maaf sekiranya dia mengganggu pemuda itu atau pun tidak. Setengah manusia bukannya suka sangat dekat gelandangan yang comot seperti mereka.

Kelam kabut bella mengutip semula tin tin yang sudah berselerak itu. Plastik hitamnya yang sudah terkoyak diikat supaya senang untuk dia memasukkan semual tin tin tersebut. Tiba tiba pemuda itu berdehem seraya memberikan plastik sampah berwarna hitam yang baru.

Bella mengangkat wajah bertentang mata dengan pemuda itu. Wajah pemuda itu terselindung di sebalik hoodie berwarna hitam dan mask muka berwarna hitam hanya matanya sahaja yang dapat dilihat sepasang mata yang berwarna coklat tua. Pandangan yang susah ditafsirkan.

Pemuda itu terpempam dengan kecantikan gadis itu. Matanya yang berwarna hazel, kulitnya yang putih kemerah merahan, rambutnya yang ikal mayang dan bibirnya yang cantik terbentuk berwarna pink semulajadi menjadi tarikan.

"terima kasih encik." senyuman manis diberi. Pemuda itu hanya mengganggukkan kepala sebelum berlalu pergi meninggalkan bella.



cinderbellaWhere stories live. Discover now