"Cuba jangan degil, sayang. Awak dah pening macam ni, masih nak mengelak dari saya?" Aku dah tak dengar apa-apa lepas tu, terus terjatuh pengsan dekat situ juga.


**********


Doktor Jin datang dan masuk ke dalam bilik aku. Aku dah sedar tadi. Sekejap je pengsan tu. Macam tidur. Pening pun dah hilang. Pelik betul. Entah apa masalahnya.

"Dah okey, Seyoung?" Soal Dr. Jin. Aku mengangguk.

"Saya okey. Tapi.. saya tak rasa sakit apa-apa pun." Kata aku. Dr. Jin menggaru kening. Dia pun pelik. Aku lagilah seribu kali pelik.

"Kali terakhir awak datang bulan, bila?" Soalnya. Aku diam sekejap.

"Saya sebenarnya pun tak ingat. Tapi pagi tadi, macam ada." Kata aku. Dr. Jin duduk di birai katil. Aku betulkan duduk dan bersila.

"Sekejap lagi Jungkook balik. Dia beli pregnancy test dekat farmasi." Kata Dr. Jin. Aku punya terkejut. Sampai perit mata aku sebab membulat.

"Buat apa beli tu? Saya mengandung ke?" Soal aku. Dr. Jin cuma tersenyum. Dia angkat tangannya suruh aku sabar.

"Buat je dulu. Manalah tahu, tiba-tiba mengandung ke. Jungkook pun sakit-sakit je sekarang." Kata Dr. Jin lagi. Aku memeluk lutut.

"Apa kena-mengena dia sakit dengan saya mengandung? Dia bukannya sakit pun. Asyik nak marah je." Dalam diam, aku termengumpat suami sendiri. 

"Emosi. Bukan perempuan je boleh morning sickness. Lelaki pun boleh. Dia marah-marah awak ke?" Soal Dr. Jin. Aku terus mengangguk laju. Peduli apa aku nak cerita hal rumah tangga dekat Dr. Jin. Aku dah tak ada tempat nak luah. Aku luah jelah dekat sesiapa yang aku anggap macam ahli keluarga.

"Dia cemburu awak dengan saya. Puncanya sebab dia dengar perbualan kita hari tu. Kan tak logik. Selama ni elok je. Tiba-tiba je hari tu..." aku tak mampu nak habiskan semua. Aku rasa sakit hati. Dr. Jin tergelak. Taklah gelak beria, tapi cukuplah ianya menunjukkan dia sangat lucu dengan sikap Jungkook. Aku dah agak dah, mesti semua orang yang dengar akan ketawa. 

"Tak apa, kita tunggu dia sampai. Kalau awak mengandung, tu memang masalah hormon dia. Kalau tak, mesti ada sesuatu yang jadi." Kata Dr. Jin lagi. Aku angguk setuju. Lama jugalah menungu, dalam 10 minit selepas tu, pintu bilik aku terkuak. Jungkook masuk. Bila nampak je Dr. Jin ada dekat dalam bilik dengan aku, dia dah jeling aku lain macam.

"Kau jangan salah faham, aku dengan Seyoung tak buat apa-apa pun. Kami berborak je." Kata Dr. Jin. Jungkook campak ujian kehamilan atas katil, bersebelahan dengan kaki aku. Sebalnya aku tengok dia! Benci!

"Keluarlah dulu." Kata Jungkook, mendatar. Dr. Jin pandang aku.

"Tak payah pandang-pandang, keluar." 

"Yang awak nak marah dia kenapa?"

"Dan apa masalah awak nak mempertahankan lelaki ni?" 

"Woahh woahh.. okey, aku keluar. Jangan bergaduhlah." Dr. Jin bukannya nak takut, tapi dia makin nak ketawa. Emosi aku memang tak betul hari ni. Aku macam nak tampar muka orang je. Jungkook buka pintu seluas-luasnya dan memberi ruang kepada Dr. Jin untuk keluar. Keluar je dia, keadaan aku dan Jungkook sunyi. 

"Pergilah masuk tandas sana." Kata Jungkook. Aku genggam alat yang berada di kaki aku tadi dengan hati yang betul-betul sebal. Mata aku kabur. 

"Saya benci awak!" Aku masuk laju ke dalam tandas dan hempas pintu kuat. Aku dah tak peduli. Sakit sangat dengan perangai Jungkook. Dia tak pernah macam tu. Tapi hari ni, dia buat aku menangis. 

Dengan air mata yang mengalir, aku buat ujian. Aku langsung tak mengharapkan apa-apa. Selesai sahaja, aku letak dekat dalam satu bekas. Biarkan dahulu sebelum ianya menunjukkan perubahan. Aku keluar dari tandas. Jungkook terpacak depan pintu tandas.

"Macam mana?" Aku tak pandang dia.

"Tengoklah sendiri."

"Seyoung, saya minta maaf."

Aku berhenti berjalan untuk ke pintu bilik. Dia cuba dapatkan aku, tapi bila aku rasa pinggang aku disentuh, aku terus pusingkan tubuh.

"Saya kata, kalau nak tengok, pergi masuk dalam sana. Tak payahlah dekat-dekat dengan saya. Tak payah pedulikan saya." Kata aku. Berderai juga air mata aku dekat situ. Aku terus keluar dari bilik. Dr. Jin merenung aku dengan pandangan tak percaya bila tengok aku keluar menangis. Aku duduk memeluk lutut dekat sofa bersebelahan dengan Dr. Jin. 

"Awak dah kenapa pula ni, Seyoung?"

"Diam."

"Se..."

"Diam saya kata!" Dr. Jin terpejam mata. Menjadi mangsa amukan aku yang tak pasal-pasal. Aku sambung menangis. Rasa bodoh pun ada menangis dengan benda yang aku sendiri tahan tadi. Ah! 

Chapter ni lawak gaiss

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter ni lawak gaiss. Jin jadi mangsa hahahahahaha

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now