"Oh ya, tahu tak tadi jungkook call aku."

"So?"

"Dia cakap yang dia betul betul rasa bersalah kat kau sebab dia tengking kau tadi. Dia tak berniat pun sebenarnya. Tapi tulah, emo sangat." Jimin rap untuk beberapa saat. Rap dalam bebelan.

"Oh maknanya jungkook lah bagitahu semua ni ek?!"

"Eh bukan dia! Sumpah!" Jimin mengangkat tangan tanda sumpah.

Ada jugak yang kena sumpah jadi sesumpah tak lama ni. Dah menyumpah nyumpah dah aku kat sini.

Aku hanya menjegilkan mata manakala jimin tersengih di skrin telefon.

"Btw thanks tau sebab backup aku tadi." Ujar Jimin secara mengejut.

Ey nasib tak terflip phone aku tadi.

"Backup apa kejadahnya pulak? Jungkook jugak ke yang bagitahu ni?"

Jimin mengangguk kemudian menggeleng kemudian mengangguk kemudian menggeleng.

Lantas dia tersengih.

"Pahal kau ni? Nak sangat ke leher tu patah?"

"T—tak. Em ok bye night!" Jimin mematikan telefonnya terlebih dahulu sebelum aku menjawab.

Okay, senang kerja aku. Terus tidur HAHAHHA.

—————

Hari ini, aku pergi ke sekolah berduaan cewah.

Ntah kena sampuk saka apa si jimin ni. Tetiba ajak aku gi sekolah sesama ngan dia.

"Ok pulak kan mood kau harini sampai nak temankan aku gi sekolah." Aku ketawa sendiri.

Jimin hanya memaparkan wajah dingin.

"Hahaha ha ha ehem." Aku berdehem. Menutup suasana sepi dan awkward.

"Jimin, kau ok ke tak ni?" Aku menyiku jimin yang berada di tepi. Dia hanya mengangguk malas.

"Asal kau tetiba ajak aku gi sekolah sesama ni?" Aku tanya jimin dengan soalan yang sama.

"Saja." Katanya, selamba.

Aku hanya mengangguk tanda faham. Malas mahu menanya soalan yang berlebihan.

Tiba tiba langkah jimin terhenti.

Aku apa lagi? Ikut je lah berhenti. Manalah tahu dia nak melepas ke.

"Kalau ada apa apa jadi nanti, hati hati tau. Kau kena ingat yang aku sentiasa ada kat belakang kau." Jimin pandang aku, serius. Kemudian dia berdehem. Langkah dibuka semula.

Aku hanya diam menutup mulut.

Apa maksud dia hati hati?

Hati hati di jalan raya?

Hati hati nanti terjatuh di hatiku?

Ewah okay nayeon.

Sesampainya tepat di hadapan pagar sekolah, jimin memegang lengan ku erat untuk beberapa saat.

"Kau kuat. Aku tahu tu." Katanya sambil tersenyum. Kemudian dia meleraikan pegangannya dari lenganku.

Asal dia ni do JDKXNXMSJSK.

"Masuk." Kata yoongi dingin tanpa sebarang senyuman.

Biasanya dia ajak aku gaduh.

Ni tak pulak? Hm.

Kemudian hampir kesemua pelajar lelaki dan perempuan memandang aku dengan pandangan sinis. Penuh dengan jelingan dan bisikan antara satu sama lain.

WOI WOII XKZKJXK!!

"Dorang ni dah kenapa?" Aku soal jimin yang berada di sebelahku. Dia tidak menjawab. Hanya memandang pelajar pelajar yang memandangku dengan pandangan yang tidak puas hati.

Aku ada buat salah ke?

"A—aku gerak dulu.." jimin kata lalu pergi meninggalkan aku.

Sendiri.

Fuh. Takde pape lah tu nayeon.

"Muka cantik tapi menggatal dengan jungkook."

"Acah gaduh lagi minah ni ngan jungkook oppa."

"Aku dengar cerita dia tampar Kyung Mi, betul ke?"

"Ish first day jungkook masuk sekolah dia dah rosakkan kehidupan jungkook."

Dan banyak lagi aku dengar yang menyapa tepat di telingaku.

Aku..

Aku menggatal dengan jungkook?

Sejak bila weh?!

Aku tampar Kyung Mi?

Aku rosakkan kehidupan jungkook?

Apa benda sia..

"Pompuan tak guna ni tampar Kyung Mi unnie teruk gila bhai. Sampai lebam. Pyscho." Seorang junior perempuan kata dengan membernya kemudian dia jeling aku sekilas.

SHIT. SEJAK BILA AKU TAMPAR DIA BODO?!

"Dik, kalau tak tahu apa apa, diam." Aku cakap dengan dia sambil mengukirkan senyuman ikhlas. Even dalam hati membara macam larva JXKSKDKD tapi kenalah sabar.

Dia berdecit. Kemudian kawannya yang bertocang di sebelah jerit kepada aku.

"Pyscho! Diamlah kau!" Sebuah kertas A4 dilemparkan tepat ke muka aku.

DUGAAN APA LAGI NI?!

Aku tatap kertas tadi dengan pandangan yang geram.

"MAKCIK BAWANGERS!"

[C] Dutch Lady + jjkWhere stories live. Discover now