Bab 25 - Pil tidur

2.9K 100 0
                                    

Life goes on... with or without you.

* * *

"Doktor!" seorang perempuan berjalan masuk ke dalam bilik seorang doktor dengan cemas.

"Kenapa? Ada patient lagi ke?" Doktor Alif menyoal. Alisnya terangkat sedikit memandang jururawat itu.

Kylie mengangguk laju. Tiba-tiba muncul dua orang perempuan bertudung di sebalik belakang Kylie. Kylie mengurut dadanya kerana terkejut.

"Doktor, tolong! Selamatkan kawan saya! Tolonglah!" salah seorang daripada mereka menghampirinya lalu melutut di hadapannya.

Doktor Alif yang sejak tadi duduk di atas kerusinya terus berdiri kerana terkejut dengan tindakan perempuan itu.

"B-baiklah. Mana pesakit tu?"

Rain bangun perlahan-lahan. Air mata yang berjuraian keluar itu disapu sekali-sekala. Dia memandang Doktor Alif bersama segaris senyuman.

"Terima kasih, doktor!"

Doktor Alif mengangguk tanpa membalas. Kakinya dihayunkan ke bilik pembedahan bersama dengan Kylie dan beberapa orang jururawat yang lain.

Dia memakai mask berwarna biru lalu mencuci tangannya di sinki khas untuk doktor. Setelah tangannya dicuci, dia memakai sarung tangan getah berwarna putih lalu berjalan semula ke arah pesakit yang sedang terlantar lesu di atas katil pesakit.

"Her pulse?"

"It's below normal, doc. She's hardly breathing."

"Scalpel."

* * *

"Cik Amirah kehilangan agak banyak darah disebabkan hentakan di kepala. Tapi alhamdulillah, dia selamat sekarang ni dan sudah dipindahkan ke wad biasa," jelas Doktor Alif kepada Rain dan Wardah.

Mereka berdua mengangguk. Terpancar riak lega pada wajah mereka.

"Saya nak tanya sesuatu boleh tak?" Doktor Alif meminta keizinan mereka berdua untuk bertanyakan sesuatu.

Mereka berdua mengangguk lalu Rain menjawab, "Silakan, doktor."

"Kawan awak ada ambil pil tidur ke?"

"Hmm, tak silap saya pernah. Tapi saya cuma nampak dia makan pil tu sekali sahaja. Lepas dia amnesia beberapa bulan yang lepas," jawab Rain sambil tangannya mengurut dagu seperti sedang cuba mengingati sesuatu.

"Ah, satu lagi! Minggu lepas dia merungut kat saya. Dia cakap, dia tak boleh nak tidur sejak kebelakangan ni."

Doktor Alif terangguk-angguk. Matanya ralit memerhatikan catatan rekod kesihatan Amirah.

"Mungkin disebabkan pengambilan pil tidur yang berlebihan, dia jadi begini," kata Doktor Alif.

Dia memandang Rain dan Wardah yang melopong.

"Maksud doktor?" soal Rain inginkan kepastian.

"Bila seseorang mengambil pil tidur dalam jumlah yang berlebihan, akan ada kesan sampingan. Malah kalau awak berdua nak tahu, kesan sampingan memang 100% akan ada dalam pil tidur,"

Doktor Alif menarik nafas panjang sebelum menyambung, "Seseorang yang terlebih dos pil tidur untuk jangka masa yang lama bukan sahaja merosakkan mekanisme saraf dalam tubuh, malah berisiko mendapat asfiksia (lemas akibat oksigen tidak dapat disampaikan ke tisu tubuh) dan juga maut."

"Kejap doktor! Saya tak faham ni. Apa kena mengena pil tidur berlebihan dengan kemalangan ni?" Wardah tiba-tiba menyampuk. Kepalanya digaru sedikit walaupun tidak gatal.

"Ia merendahkan tahap kesedaran seseorang terhadap rasa sakit atau kemungkinan buruk. Sebab itulah pengguna pil tidur menyumbang kepada statistik kemalangan lalu lintas dan kes jatuh dari tempat tinggi kerana tidak berasa bimbang atau mahu menjaga diri mereka." jelas Doktor Alif lagi.

"Ooo, macam tu rupanya. Itu rupanya sebab dia jatuh dan kepalanya terhentak di lantai. Terima kasih doktor atas penjelasan tersebut." Rain mengucapkan terima kasih sambil mengulum senyuman tipis memandang wajah Doktor Alif yang kacak itu.

"Sama-sama. Kamu boleh datang melawat esok ya? Saya balik dulu. Assalamualaikum." Doktor Alif meminta diri berlalu pergi untuk pulang ke rumah.

"Haih, kesian betul kat Mirah tu. Selalu sangat kena macam-macam kan?" Wardah menyenggol lengan Rain.

Lamunan Rain terhenti. Dia menoleh ke arah Wardah.

"Apa?"

"Kau ni, berangan apa lagi? Dah la jom balik. Dah nak dekat pukul 12 dah ni." Wardah mengheret lengan Rain supaya mengikutinya.

Rain menggelengkan kepalanya agar tidak lagi memikirkan perkara yang membuatkan dirinya tertanya-tanya.


* * *

"Rain, kau okay tak ni?"

"Ya, jangan risau. Aku okay jer."

"Kau ni lepas balik dari hospital asyik termenung jer. Dah kenapa dengan kau ni?" soal Wardah yang tenang memandu kereta Swiss merah itu.

Rain membalas pertanyaan Wardah dengan senyuman nipis yang terhias di bibirnya. Wardah mengangguk faham. Tentu sahaja ada perkara yang menganggu fikiran Rain ketika ini, tebak Wardah dalam hatinya.

Mereka diam membisu, sibuk melayan perasaan masing-masing.

TBC

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu