Bab 7 - Hujung Minggu

3.1K 154 19
                                    

Senyuman itu penawar dikala duka,
Saat jiwa bergelora dengan keresahan,
Senyuman membuat keresahan hanyut sikit demi sedikit,
Saat hati dibadai kesedihan,
Senyuman mewarnai hati kian punah,
Saat sanubari dalam kesakitan,
Senyuman memberi sedikit ketabahan.

Amirah mengorak langkah menuju keluar dari dewan peperiksaan sambil mengukirkan senyuman manis. Dia rasa gembira yang teramat apabila dia dapat menjawab kesemua soalan dengan mudah. Tanpa usaha, semua itu sudah pasti tidak akan berlaku. Akhirnya, peperiksaan SPM sudah pun tamat.

"Amirah"

Satu suara tiba-tiba menyapanya dari belakang. Amirah berpaling menghadap tuan empunya suara itu. Senyuman manis terukir di mulut Alif. Kening Amirah berkerut sedikit. Lelaki ni kenal ke dia?

"Ya, saya?"

"Erm, saya..."

"Weh, Alif. Kau tengah buat apa ni kat sini? Jom pergi kantin."

Syazwan datang lalu menepuk kuat bahu Alif. Terkejut Alif dibuatnya apabila satu suara mencelah perbualannya dengan Amirah.

"Dah la, Syaz. Kau pergi kantin dulu. Nanti aku menyusul la. Ganggu orang tengah bercakap betul"

Alif memberikan satu jelingan tajam pada Syazwan yang masih membuat muka selamba.

"Yalah, aku tak nak kacau kau pun. Aku pergi dulu. Bye"

Syazwan melangkah pergi meninggalkan Alif dan Amirah yang berada di luar dewan peperiksaan. Alif berpaling semula menghadap Amirah.

"Okay, sebenarnya saya nak tanya awak sibuk tak hujung minggu ni?"

"Erm..sibuk lah juga"

Amirah tersenyum kekok. Rasa bersalah juga tapi dia memang ada hal yang perlu diselesaikan hujung minggu ni.

"Oh, baru ingat nak minta awak temankan saya beli buku kat Kedai Buku Popular"

"Hah, awak nak buat apa kat sana?"

"Takde la, saya baru nak cuba baca buku dakwah tapi tak tahu mana satu yang menarik. Lagipun soal agama ni saya kurang sikit. Kawan-kawan saya yang lain pun tak tahu macam mana nak pilih buku dakwah. Yelah kami ni bukan berpengetahuan sangat"

"Erm, macam nilah. Awak tunggu sekejap. Saya tolong senaraikan buku yang menarik. Nanti senanglah kalau awak nak beli nanti. Tak perlu pening kepala," Amirah menggeledah isi beg miliknya yang berwarna biru muda itu. Setelah menemui buku nota yang dicari, dia terus menulis sesuatu di atas buku nota itu.

Dia menghulurkan kertas yang telah dikoyakkan daripada buku nota kecilnya. Alif segera menyambut dengan wajah yang sedikit hampa. Harapannya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran. Mata Alif merenung sayu ke arah kertas tersebut.

"Nama awak, Alif kan?"

"Eh, macam mana awak tahu?"

"Tanda nama awak tu. Baiklah saya pergi dulu. Bye, Alif." Amirah menghayunkan kakinya berjalan pulang manakala Alif juga turut berlalu pergi ke kantin sekolah mereka.

Dari jauh, Syazwan sudah dapat melihat Alif yang tidak lekang dengan senyuman di bibir. Tertanya juga dia apa isi dalam kertas yang ditulis oleh Amirah sebentar tadi.

"Wah, ada budak jatuh cinta beb." usik Farhan apabila Alif melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Syazwan.

"Eh korang ni, mulut tu diam sikit. Tak pasal-pasal aku tumbuk juga muka korang lepas ni." ugutan Alif itu cuma disambut oleh hilaian ketawa daripada kawan-kawannya.

"Weh, Alif. Dia bagi nombor telefon dia kat kau ke?" tanya Syazwan yang ingin tahu. Alif tersenyum lebar sambil menggelengkan kepalanya.

"Ini semua antara aku dan dia. Kau jangan masuk campur," kata Alif sambil ketawa. Syazwan menjeling sekilas kertas tersebut sebelum dia membuang pandangannya ke arah lain. Persoalan demi persoalan bersilih-ganti dan berlegar-legar di ruang benak Syazwan. Rosak moodnya untuk makan tengah hari.

Skip

Keesokan paginya, Amirah bangun awal pagi seperti biasa dan membantu Mak Timah memasak di dapur. Puan Sri Tengku Nur Zahra turut sama membantu mereka. Dari jauh lagi, hilaian ketawa dapat didengari. Mungkin kerana asyik sungguh berbual sambil memasak.

"Amirah"

"Ya, mama?"

"Hari ni kamu pergi beli barang kahwin dengan Syazwan tau? Nanti mama suruh Si Syazwan datang ambil Mirah pukul 2 petang nanti"

Rasa gelisah menjamah hati Amirah.

"Syazwan tak marah ke mama?"

"Mirah jangan risau tau? Syazwan pasti dengar arahan mama. Budak tu cuma degil sikit. Dulu dia lahirkan kat luar negara. Dan dibesarkan di sana sampai umur 15 tahun. Sebab tu perangai dia pun dah terikut-ikut dengan budaya hendonisme orang barat," Amirah mengangguk faham.

"Kalau macam tu, takpe lah. Terima kasih, mama" Dia menunjukkan senyuman pada mamanya.

"Jangan lupa ambil gambar tau nanti? Mama nak bukti kamu berdua pergi shopping sama-sama. Hahaha."

Skip

Amirah memandang pantulan wajahnya pada cermin meja solek. Dia mengoleskan sedikit pelembap bibir dan memakai bedak sejuk sedikit. Setelah puas dengan penampilannya, dia berjalan turun ke bawah.

Syazwan merengus perlahan kerana terpaksa menunggu Amirah bersiap. "Punya lah lama bersiap tapi pakai kolot macam ni buat apa?" Kata-katanya meluncur bersama pandangannya yang tajam.

Amirah menundukkan kepalanya sedikit. "Maaf lambat"

"Maaf konon. Mudah betul kau minta maaf kan? Dah la cepat sikit! Aku tinggal kau nanti." ugut Syazwan yang segera menaiki kereta Porsche.

"Awak.." panggil Amirah yang masih tercegat berdiri di situ.

"Yang kau tercegat kat situ kenapa? Masuk cepat!" marah Syazwan. Kemarahan hatinya begitu memuncak sekali waktu ini. Sudah lah dia telah menunggu lama gadis itu bersiap, sekarang tak nak naik pula?

"Awak pergi dulu tau? Saya naik teksi je."

"Aku cakap naik kereta kan? Kau nak aku guna kekerasan ke? Tak payah nak jadi alim sangat. Belum tentu kau tu masuk syurga." perlian pedas diberikan buat Amirah. Amirah mengetap bibirnya.

"Okay"

Akhirnya,terpaksa juga dia masuk ke dalam kereta tanpa rela. Kalau tak masuk, nahas jawabnya.

TBC 💕

Author's note :

Macam mana dengan chapter ni ? Rasa bergula atau menyampah dengan Syazwan ?😂 Komen + vote sikit 💕

Macam mana dengan chapter ni ? Rasa bergula atau menyampah dengan Syazwan ?😂 Komen + vote sikit 💕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Asad Motawh as Alif

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now