Bab 12 - Dia

2.6K 149 9
                                    

Turun sahaja di lapangan terbang Sultan Abdul Halim, terus dia mengambil teksi untuk ke satu destinasi. Setelah duduk di tempat belakang pemandu, lelaki itu memandang keluar tingkap teksi yang dinaikinya sambil termenung. Dia menikmati keindahan purata suasana bandar Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur- bandar yang pesat membangun. Dahulunya hutan belantara, kini dihiasi manusia dengan binaan-binaan mereka. Dia hanya terdiam keletihan.

Penerbangan dari London ke Malaysia memakan masa hampir 14 jam dan dia hanya menggunakan masa selama 4 jam untuk tidur. Lelaki tampan berwajah seperti mat saleh itu bermonolog, "Tak sangka aku dapat jejakkan kaki di Malaysia."

Kenangan tiga tahun lalu tidak akan dia lupakan. Dia kembali untuk menunaikan janjinya yang sudah termerai di masa lalu.

+ + +

Amirah keluar mengambil angin setelah siap menunaikan solat Asar bersama opah. Dia berjalan menuju ke kedai runcit yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah opahnya. Sambil berjalan, dia mencuci mata dengan melihat pemandangan alam sekitar ciptaan tuhan yang mendamaikan. Selangkah demi selangkah, Amirah akhirnya tiba di kedai runcit. Dia membeli 1 kilo gula dan beberapa snek. Selesai membeli, dia berjalan pulang seperti biasa.

"Ish, berilah aku main dulu!"

"Ish,kau ni..mana boleh. Aku yang dapat dulu aku lah yang main!"

Dua orang budak lelaki berusia lingkungan umur 7 tahun sedang berebut untuk menunggang basikal. Amirah mengorak langkah ke arah mereka.

"Kenapa gaduh-gaduh ni dik?" tegurnya dengan nada lembut dan wajah yang manis.

Kedua-dua budak lelaki tersebut terus berpaling ke arahnya, menghentikan sebentar pergaduhan mereka.

"Akak, tengok Alif ni. Dia tak bagi kita main dulu!" rengek budak lelaki bernama Alif itu.

"Eh aku yang minta dengan mak kan? Aku lah dulu yang main bukan kau!" celah seorang lagi budak lelaki.

"Kamu berdua ni janganlah bergaduh. Main sama-sama dan ikut giliran tau?"

"Betul juga kata akak ni. Aku kayuh pedal basikal, kau tolong tengok. Amacam ada mengancam tak?" kata Alif sambil diikuti oleh kekekan ketawanya.

Amirah menepuk dahinya perlahan. Boleh pula Alif cadangkan macam tu.

"Akak, apa nama akak?"

Amirah membalas diikuti senyuman yang mempunyai lesung pipit, "Nama akak, Nur Amirah Farisya. Boleh panggil akak, Kak Mirah."

Mereka berdua mengangguk laju. "Wah, cantiknya nama akak. Kak Mirah ni cucu Tok Zaim eh?"

"Ya. Macam mana adik tahu yang akak ni cucu Tok Zaim?" soal Amirah bersama kerutan nipis di dahi.

"Tok Zaim tu macam pak cik bawang. Hari-hari asyik bercerita pasal akak dan suami akak kat warung kampung ni. Kami selalu dengar Tok Zaim puji akak. Baik katanya." jawab Alif.

"Wah, macam tu rupanya.Baiklah. Akak nak balik ni. Jumpa lagi semua. Assalamualaikum, bye." Amirah melambaikan tangannya lalu berjalan pergi.

Tiba-tiba kedengaran jeritan daripada mereka berdua. "Akak, kucing tu ada kat tengah jalan! Cepat selamatkan dia, Kak Mirah!" jerit mereka dengan cemas.

Amirah yang berada di sisi jalan berpaling. Satu kereta mewah berwarna hitam jenama Porsche meluncur laju manakala seekor anak kucing sedang meniarap di atas jalan tanpa menyedari bencana yang akan menimpa. Tanpa berfikir panjang, Amirah berlari sepantas kilat untuk mendapatkan kucing tersebut.

Bamm!

Tubuhnya tergolek di atas jalan raya. Matanya dirasakan berpinar sedikit. Anak kucing putih itu mengiau dalam pelukannya. Amirah dapat rasakan tubuhnya terasa pedih dan sakit yang amat. Cecair pekat mengalir keluar daripada tubuhnya. Jeritan juga dapat dia dengari walaupun tidak terlalu jelas. Sekujur badannya terbaring lesu tanpa gerak. Akhirnya matanya terkatup pening.

+ + +

Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik. Samar-samar cahaya mula menerangi pandangan yang gelap. Amirah raba kepala yang rasa berpusing. Kotak suara yang kering ikut dibetulkan. Hampir beberapa minit, barulah kelopak mata mampu berfungsi dengan baik.

Pandangannya diliarkan di sekitar kawasan. Aku kat mana ni?

"Awak dah sedar?" soal seorang lelaki yang berpakaian segak itu. Amirah terus terbangun apabila melihat lelaki yang tidak dikenali itu. Jantungnya berdegup sedikit kencang kerana ketakutan.

"Jangan takut, saya takkan apa-apakan awak. Awak kat hospital sekarang. Nasib baik awak sedar. Oh ya, nama saya Muhammad Firdaus. Maaf sebab terlanggar awak semalam."

Amirah menjeling tajam wajah lelaki itu. Amboi sedap minta maaf? "Erm, tak mengapalah encik. Saya okay."

Lelaki itu tergelak kecil sebelum berkata, "Saya nampak awak jeling saya tadi, sayang."

Terbuntang mata milik Amirah itu saat lelaki itu memanggilnya sayang. Amboi kau, tak tahu halal haram ke?

"Excuse me, who are you to call me, sayang?"

"I'm your love. Remember?"

"Apa maksud encik ni? Encik dah gila ke? Sejak bila encik ni kekasih hati saya? Saya dah kahwin tau tak?" soal Amirah bertubi-tubi sambil mempamerkan wajah tidak senang.

Lelaki itu hanya ketawa mendengar persoalan-persoalan yang dilontarkan bertubi-tubi oleh Amirah.

"It's me, Firdaus. Ingat 3 tahun yang lalu. Awak Amirah kan?"

Jantung Amirah berdegup kencang. Mukanya pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. Ada air jernih yang bertakung di juring mata sebelum air jernih itu mengalir di pipinya yang gebu.

"Saya datang untuk tunaikan janji saya.Mesti awak terkejut kan tengok wajah saya? Tiga tahun lalu saya mengalami kemalangan jalan raya yang dahsyat. Akhirnya muka saya pecah dan pembedahan merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan wajah saya yang melecur teruk."

Terbit rasa rindu Firdaus terhadap gadis itu. Spontan tangannya membawa gadis itu masuk dalam dakapannya. Amirah seperti tidak dapat mengawal dirinya sendiri. Pelukan lelaki itu dibalas lambat.

"Amirah?" satu suara serak basah tiba-tiba menyapa gegendang telinga mereka berdua. Kedua-duanya berpaling melihat satu figura tinggi lampai dengan dada berombak-ombak.

Satu tumbukan padu hinggap di pipi Firdaus. Amirah menjerit kuat kerana terkejut. Syazwan mencengkam lengan Amirah kuat.

"Jangan kau berani nak sentuh hak aku!" Syazwan memberi amaran dengan pandangan mata yang tajam. Dia menarik Amirah keluar dari wad dengan hati yang pedih.

TBC

+vote
+comment

Thank you pada mana-mana yang dah support buku ni ❤ 😭😭😭

935 words

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Où les histoires vivent. Découvrez maintenant