Bab 9 - First Night

3.4K 164 7
                                    

"Syazwan ni jaga elok-elok tau Amirah? Jangan buli dia pula!" Mama Syazwan memberi amaran sambil menjeling tajam anak bongsunya itu.

"Dia boleh jaga diri dia sendiri la mama. Apa susah kan?"

Mama Syazwan menggelengkan kepalanya. Pening betul dia melihat perangai ego dan degil Syazwan yang tidak bertempat.

"Amirah, jaga Syazwan tau? Kalau dia buat perangai, jangan teragak-agak laporkan pada mama. Tengok la mama buat apa nanti."

Syazwan menggulingkan biji matanya ke atas. Bukan dia tak kenal perangai mamanya. Kalau dah sekali buka mulut, dah macam pengetua sekolah berucap di tapak perhimpunan.

Dia segera menarik tangan Amirah. Tersentak Amirah apabila Syazwan tiba-tiba menggenggam erat tangannya.

"Mama, kami nak naik atas dulu tau? Dah lewat malam ni."

Puan Sri Tengku Zahra tersenyum manis. "Syazwan ni, tahu lah tak sabar. Mama nak cakap dengan Mirah pun dah cemburu. Jangan risau, baru pukul 10. Ada banyak masa lagi."

Amirah menelan air liurnya dengan resah. Dia nak buat apa kat aku?

"Mama ni, Syazwan dah mengantuk sangat ni. Nak tidur awal dengan isteri tercinta."

Syazwan terus mengorak langkah sambil memegang lembut tangan Amirah. Amirah yang terkilan cuma mendiamkan diri sambil turut mengikut langkah Syazwan menaiki tangga yang dihias cantik khas buat mereka berdua.

"Ingat tau Syazwan? Mama nak dua orang cucu tu." laung mama Syazwan dari jauh.

Syazwan tidak menghiraukan usikan mamanya. Kakinya terus mengorak langkah menuju ke bilik tidurnya manakala wajah Amirah sudah kemerahan akibat diusik sebegitu.

Setelah kaki mereka menjejak bilik tidur, masing-masing berlalu membuat hal sendiri. Syazwan masuk ke dalam bilik air untuk mandi manakala Amirah terus merebahkan diri di atas katil milik Syazwan yang empuk itu. Keheningan malam itu menenangkan fikirannya yang sedikit kusut.

Setengah jam kemudian, Syazwan keluar daripada bilik air dengan memakai baju pajama bercorakkan kartun shrek.

Amirah menjelingnya sekilas. Dia terus menghayunkan kakinya masuk ke dalam bilik air tanpa menghiraukan Syazwan yang turut menjelingnya tajam.

Tak lama kemudian, dia keluar daripada bilik air dengan baju yang sudah ditukar. Kali ini dia mengenakan baju t-shirt hitam muslimah dan seluar biasa. Rambutnya yang ikal mayang itu dibiarkan lepas tanpa diikat.

Terlopong mulut Syazwan dibuatnya. Rambut ikal mayang yang berwarna hitam itu bagaikan godaan terhadapnya. Kenapa baru dia perasan kecantikan isterinya?

"Tengok apa? Nak saya cungkil biji mata awak?"

"Eh perasan betul minah ni. Aku tengok dinding kat belakang kau tu. Kotor betul."

"Apa-apa je lah." balas Amirah sambil membaringkan tubuhnya di sebelah Syazwan. Jantung Syazwan terus berdegup-degup kencang. Spontan, tubuh Amirah itu ditolak kasar olehnya menyebabkan gadis itu jatuh daripada katil.

"Argh!" Amirah mengerang kesakitan. Dia mengusap bahunya yang kesakitan kesan jatuh itu.

"Awak ni kenapa tolak saya hah? Tak baik tau buat macam tu!"

Sakit hatinya begitu memuncak sekali. Sanggup lelaki ini menolaknya?

"Eh ni kan katil aku? Aku ada hak tau nak halau kau. Kau tidur atas karpet ni, selesa je aku tengok."

Amirah mengetap bibirnya. Dia menguak rambutnya ke belakang. Lengan bajunya disingsing tinggi. Ingat dia nak mengalah dengan Shrek ni ? Tak mungkin.

Dia terus melompat naik ke atas katil. Rambut Syazwan terus dicengkam dengan kuat. Tanpa berfikir panjang, rambut lelaki itu terus ditariknya sekuat yang mungkin. Syazwan menjerit kuat.

"Sakitlah dasar hodoh!"

Syazwan turut menarik rambut Amirah hingga gadis itu turut mengerang kesakitan. Masing-masing tidak mahu mengalah.

"Dasar Shrek!"

"Kau panggil aku apa tadi?"

"Shrek!"

"Kau cakap sekali lagi, mati kau hari ni."

"Shrek ! Dasar Shrek hodoh ! Shrek tak gentle langsung!"

"Hoi suka hati kau panggil aku shrek!"

Mereka terus bergelut. Amirah menendang kuat perut Syazwan. Syazwan melepaskan cengkaman rambut Amirah tadi lantas memegang perutnya. Dadanya berombak-ombak. Dia menjeling tajam Amirah yang kelihatan seperti hantu mak limah dengan rambut yang serabai dan kusut. Syazwan pula sudah tercalar bahagian hidungnya akibat dicakar oleh Amirah.

Mereka ketawa sakan melihat keadaan masing-masing yang sangat mencuit hati. Perasaan bahagia tiba-tiba menjamah hati mereka berdua.

TBC💕

Author's note :

Syazwan kat media .

Nampak dewasa kan ?

Anggap itu wajah Syazwan bila dah dewasa 😂

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now