Bab 22 - Tak kenal

2.5K 120 7
                                    

"Pay attention to me."

***

"Mirah, kau ni biar betul nak suruh aku bawakan semua barang ni? Kau kan ada tangan, kaki? Tak boleh bawa sendiri ke?" rungut Syazwan yang sudah keletihan melayan karenah Amirah.

Suruh teman membeli belah jer pun.

"Eh, suka hati akulah. Yang kau nak merungut tu kenapa? Dah jom ikut aku pergi butik pula." arah Amirah dengan jelingan tajam.

Syazwan terus membuntuti langkah Amirah yang sudah jauh ke hadapan dengan muka pasrah. Apakan daya, oh badan?

"Kau datang sini buat apa?" soal Syazwan lalu melirik ke arah Amirah yang sedang memilih pakaian.

"Untuk majlis kahwin kaulah. Lepas tu buat apa aku datang sini?" Amirah berkata dengan nada berbau sindiran.

Syazwan mengetap bibirnya. Sesekali dia menghembus nafas supaya dirinya menahan sabar. Amirah dipandangnya sekali lagi.

"Yang kau beria nak pilih pakaian tu kenapa? Aku yang nak kahwin bukan kau." Syazwan memulangkan paku buah keras.

Dia tersenyum kemenangan melihat senyuman Amirah yang mati. Amirah menapak mendekati Syazwan sehingga jarak antara mereka berdua menjadi rapat.

"Mestilah aku terlebih excited sebab lepas ni aku dah nak jadi janda." bidas Amirah lalu menjarakkan dirinya daripada Syazwan.

Dia kembali menilik pakaian manakala Syazwan statik tidak bergerak dengan mata yang terkebil-kebil. Maklumat tadi seakan lambat diproses oleh otaknya.

Sejurus kemudian, Syazwan menyoal kembali Amirah, "Kau memang nak jadi janda ke?"

"Kau tu dah tak sabar nak lepaskan aku ke?" soalannya itu dibalas kembali dengan soalan yang berbaur perlian.

Terkebil-kebil Syazwan dibuatnya. Ah, perempuan selalu nak menang.

Amirah memilih sepasang gaun labuh berwarna ungu. Cantik bukan main lagi dengan rekaannya yang nampak mewah itu. Terjongket kening Syazwan sebentar.

"Are you serious? Kau nak datang macam ni majlis perkahwinan aku?"

Amirah mengangkat keningnya berkali-kali sebelum membalas, "Kan aku dah cakap aku tak sabar nak jadi single balik. Apa salahnya kan? Manalah tahu hari perkahwinan kau tu ada yang berkenan dengan aku yang cantik sejak lahir ni."

Syazwan tergelak kecil. Tahu pula nak gelak macam mana. Selalunya serius ajer memanjang.

"Kau ingat ada yang berkenan dengan kau? Jauh panggang dari api lah sayang oi. Haha." Syazwan meneruskan ketawanya yang berpanjangan itu.

Malas mahu melayan karenah Syazwan, Amirah segera mengorak langkah ke kaunter pembayaran. Belum sempat dia mahu menghulurkan kad kreditnya, sudah ada tangan yang menghulur.

"Saya bayar." ucapnya selamba pada juruwang tanpa memandang wajah Amirah yang tidak senang berdiri itu.

Mereka melangkah keluar daripada butik tersebut lalu memboloskan diri ke dalam kereta Porsche merah milik Syazwan.

"Banyak duit nampak." perli Amirah bersama pandangan tajam.

Syazwan menghidupkan enjin kereta sambil ketawa.

"Kau ingat hidup aku bergantung pada mak ayah aku ke? Aku pun ada sumber kewangan aku sendiri tau."

"Kau jadi gigolo ke?" tebak Amirah sesuka hati.

" Eh eh tolong la ya. Tak kuasa aku nak gadaikan tubuh hot aku ni pada perempuan di luar sana."

"Lepas tu yang kau gadaikan hati kau untuk perempuan lain sedangkan kau dah ada isteri boleh pula?"

Syazwan sentap. Dia diam tidak membalas apa-apa meskipun dia tahu mengalah tanda membiarkan Amirah tersenyum kemenangan.

***

"Aku buntu. Aku tak nak buat macam ni. Aku buntu buntu buntu." seorang wanita sedang memeluk dirinya sendiri di dalam tab mandi.

Kelihatannya, tab mandi itu sudah dipenuhi dengan warna merah darah dan bunyi esakan kecil mula kedengaran. Dia menenggelamkan dirinya dalam tab tersebut sebelum memunculkan dirinya kembali daripada permukaan air.

Dia tidak mahu itu terjadi dan dia tak mahu dijadikan boneka hidup buat selamanya. Dia melangkah keluar dari tab mandi dengan langkah yang longlai.

Luka di tangannya itu dibersihkan dengan air paip sebelum dia beredar keluar dari bilik mandi.

***

"Bella?"

"Hye, Syazwan. It's such a coincidence to meet you here!" Bella berkata dengan girang.

Syazwan tersenyum mesra memandangkan mereka berdua merupakan bekas pelajar dari sekolah yang sama. Tak sangka pula boleh berjumpa dengan Bella di pasar pagi.

"Syaz." panggil Bella tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.

"Ya?"

"The one that is standing right next to you. Is it your wife or girlfriend?"

"My wife one and the only one."

"Owh, i see. Erm, macam pernah nampak sebelum ni. Nama awak Amirah ke?" soal Bella sambil tersenyum ke arah Amirah.

"Nur Amirah Farisya, itu nama saya." jawab Amirah dengan nada yang sopan.

Jantung Bella berdetak laju. Bunga-bunga kebimbangan mula menghiasi hatinya. Tak mungkin ini kakak tirinya?

"Saya Bella."

Bella menghulurkan tangannya lalu huluran itu disambut mesra oleh Amirah. Berderau darah Bella apabila Amirah seakan tidak mengenalinya.

"Mirah tak ingat Bella?" soal Bella sedikit sayu.

"Excuse me. But this is our first time meeting. Syaz, saya nak pergi beli buah-buahan sekejap kat sana. Korang berdua berbual lah dulu. It's okay. Bye, Bell."

Tanpa menghiraukan pandangan mereka berdua, Amirah sudah menghayunkan kaki ke gerai buah-buahan meninggalkan Syazwan dan Bella di situ.

Bella tersenyum kembali memandang Syazwan.

"So, how's your life?"

TBC


Thank you for the beautiful cover by Kyungmint_ 💕

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum