Bab 20 - Bimbang

2.4K 132 19
                                    

Young, dumb and broke.

***

"Argh!"

Kedua-duanya saling menjerit memandang satu sama lain. Amirah menarik selimut berwarna putih itu ke arahnya supaya menutupi tubuhnya yang terdedah. Syazwan turut menarik selimut yang sama ke arahnya.

"Eh bagi aku lah!"

"Tak, aku dulu lah!"

"Argh! Kau buat apa kat aku hah?" bentak Amirah lalu melemparkan bantal pada Syazwan.

Syazwan sempat menangkap bantal tersebut. Matanya mencerlung tajam ke arah Amirah.

"Kau memang sengaja kan buatkan aku tidur dengan kau kan?" tuduh Syazwan secara melulu.

Ah, tak kesah tiada bukti pun. Yang penting, tuduh terlebih dahulu.

"Kau ingat kau tu hot sangat lah ya sampaikan aku terhegeh kat kau? Euww ... What are you talking about?" bidas Amirah yang menentang pandangan Syazwan.

Sambil mengukir senyuman jahat, Syazwan membalas, "Kau jangan ingat aku akan batalkan hasrat aku kahwin dengan Athena. Anak tu pandai-pandai kau tanggung sendiri."

Bibir mungil milik Amirah diketap. Dia diam tanpa membalas sebarang kata namun hatinya mengeluh kasar. Setelah mendapatkan selimut kecil untuk menutupi tubuhhnya, dia bangun mengorak langkah untuk membersihkan diri.

Usai mandi, Amirah turun ke ruang makan untuk menikmati sarapan pagi. Pagi-pagi pun habis rosak moodnya. Salah Syazwan lah ni. Sempat dia menjeling tajam wajah selamba Syazwan yang menikmati wafel.

"Mirah, sihat tak?" Puan Sri Zahra yang dapat mengesan perubahan Amirah menyoal.

Risau juga dia jika terjadi apa-apa pada Amirah. Macam mana kalau dia sakit lagi?

Puan Sri Zahra menayangkan muka risau. Amirah mengulum senyuman nipis. Dia menggeleng perlahan. Bukan dia tak tahu mama sedang risaukan dirinya.

"Mirah kuat, mama." hati kecilnya berbisik seraya duduk di sebelah Athena.

Athena membuntangkan mata. Sengaja betul Amirah ni mahu duduk di sebelahnya. Dia menoleh ke arah Amirah sambil bibir cuba menguntum senyuman. Senyuman tidak ikhlas sebenarnya.

Amirah buat tidak tahu sahaja. Malas mahu mempedulikan karenah dua pasang mempelai sejoli ini.

"Baby." panggil Athena manja pada Syazwan.

Syahmi dan Syahirah yang mendengar terus meluat. Amirah memekakkan telinganya. Hampeh! Ingat dia ada masa nak layan drama jiwang karat mereka berdua? Mohon simpang lah.

"Yes, baby? What do you want?" jawab Syazwan dengan wajah yang bahagia.

"No hug or kisses today?"

"You want a hug, baby? Next time okay?"

"Baby, I want it now!"

"Ya Allah, kau berikanlah mereka berdua hidayah. Aamiin." sampuk Amirah tiba-tiba.

Pasangan mempelai sejoli itu serentak berpaling ke arah Amirah. Ada-ada saja mahu mengacau drama bahagia mereka. Amirah senyum mengejek.

"Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga ke syurga. Itu pun kalau masuk." kutuk Amirah tanpa mempedulikan reaksi mereka berdua yang sudah mengetap bibir masing-masing.

Puan Zahra menyembunyikan senyumannya. Licik betul Si Amirah berkata. Mujur sahaja tak tersembur jus epal yang sedang diminumnya.

"Mama, lepas ni Mirah nak pergi gym. Mirah pergi dengan Abang Syahmi."

Puan Sri Zahra mengangguk laju. Senang melihat menantunya yang rajin bersenam itu. Baguslah kalau dah mula nak jaga badan. Dia sokong Amirah seratus peratus.

"Syahmi aje? Syahirah tak nak join? Syazwan?" puan sri memandang dua lagi anaknya.

Kedua-duanya menggeleng laju. Syahirah tersengih melebar manakala Syazwan mencebikkan sedikit bibirnya.

"Syahirah tak minat bersenam. Hehe."

"Syazwan mana minat pergi gym. Kat rumah ni dah ada kan? Jadi, tak perlu susah-susah nak keluar. Membazir." Syazwan menjawab. Matanya menjeling sekilas Amirah.

Niatnya hanya ingin menyakitkan hati Amirah tapi gadis itu tidak terkutik langsung.

"Mama, kami dah siap sarapan ni. Mirah dan Abang Syahmi pergi dulu ya? Assalamualaikum."

Amirah mencium tangan ibu mertuanya lalu pipi wanita itu dikucup penuh kasih.

"Heh, Abang Syahmi konon. Yang aku ni tak nak panggil abang pula. Sengaja dia tu nak menggedik dengan lelaki." bisik Syazwan dengan wajah yang sedikit masam.

***

"Abang Syahmi memang dah lama ya lepak sini?" soal Amirah yang amat berminat dengan taman tempat mereka melakukan aktiviti riadah.

Sebenarnya hajat mereka ingin ke gim tapi dibatalkan sahaja hasrat itu kerana Amirah yang kurang selesa berada di sana.

Syahmi tersenyum manis mempamerkan daya tarikan yang jarang ditonjolkan olehnya.

"Dah lama, Mirah. Abang rasa tenang sangat kat sini. Tiap pagi memang abang beriadah kat sini. Lepas tu baru pergi gim."

Amirah mengangguk sahaja. Sejurus kemudian, mereka meneruskan larian anak mereka untuk membuat dua lagi pusingan mengelilingi taman tersebut.

***

"Hish dia tu boleh harap ke? Mirah tu mana selesa sangat tempat orang ramai. Macam mana kalau pengsan?" bebel Syazwan perlahan.

Matanya langsung tidak fokus pada cerita yang ditayangkan oleh siaran TV8. Drama Korea yang menjadi kegemarannya langsung tidak dipandang.

"Ish, kenapa aku boleh fikir pasal dia pula!"

TBC 💕

Support this book and Love You, Miss Khan too ✨




Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum