Bab 6 - SPM

3.2K 165 12
                                    


Tubuhnya yang tinggi lampai, badannya yang tegap dan nampak berotot ditambah pula dengan wajah yang cukup menggoda mampu membuatkan semua perempuan terpikat. Malah wajahnya yang selalu dingin dan bibirnya semerah delima merekah itu berjaya membuat para gadis tertawan.

Itulah dia Tengku Muhammad Syazwan Bin Tengku Muhammad Shah. Nama yang cukup terkenal di kalangan gadis Sekolah Menengah San Victoria. Ke mana dia pergi, tentu ada bola mata yang memerhati.

"Apa yang best sangat tentang ketua pengawas kita tu?" soal Amirah pada Raudhah yang tidak habis lagi menatap wajah putera idamannya.

"Kau ni biar betul? Tengku Muhammad Syazwan tu idaman perempuan tau tak? Antara lelaki yang paling hot dan laris kat sekolah ni. Mesti bahagia kan kalau naik jinjang pelamin dengan dia?"

Fikiran Raudhah mula menerawang jauh membayangkan dia bersama lelaki idamannya di atas jinjang pelamin, beribu ucapan tahniah diterima olehnya sewaktu sedang bersanding.

"Bahagia tu bukan atas jinjang pelamin je sis, atas tikar sejadah pun boleh bahagia" Amirah bersuara sekali gus mematikan angan-angan indah Raudhah.

"Dah lah. Jom masuk barisan. Nanti tak pasal-pasal kena herdik dengan ketua pengawas pula"

Mereka berlalu ke barisan kelas masing-masing dengan segera sambil diperhatikan oleh seseorang.

"Weh Syaz"

Alif Aziz yang merupakan naib ketua pengawas mula menyiku lengan Syazwan. Syazwan menjelingnya tajam."Engkau ni dah kenapa bro?"

Alif tersenyum malu melihat seseorang tidak jauh daripada tempat mereka sedang berdiri. Memandangkan mereka merupakan ahli jawatankuasa tertinggi, mereka perlu berdiri di hadapan pentas supaya para pelajar dapat melihat pemimpin mereka.

"Kau tengok siapa?"tanya Syazwan sambil bola matanya mencari gerangan gadis yang Alif minati.

"Kau nampak tak perempuan bertudung labuh tu? Yang duduk di barisan belakang sekali"

Alif menjuihkan bibirnya ke arah satu figura yang sedang ketawa dengan rakannya. Syazwan melihat gerangan yang dimaksudkan oleh kawannya.

"Amirah?"bisik hatinya.

Mata redupnya memandang ke arah Amirah yang ayu bertudung labuh dan nampak muslimah itu. Alif tersengih melihat Amirah. Sambil itu, dia membisikkan sesuatu kepada Syazwan.

"My future wife. In sha allah , one day, she will be mine"

Membulat mata Syazwan mendengar bisikan Alif itu. Bukan kerana cemburu, malah sekelumit perasaan sayang belum tumbuh dalam hatinya. Yang ada cuma perasaan benci yang meluap-luap dalam dirinya terhadap gadis itu.

"Kenapa kau minat perempuan yang kolot, hah?"

"Dia tak kolot lah Syaz. Itu namanya menutup aurat. Kau tahu kan hukum menutup aurat wajib? Tapi aku tengok ramai yang buat tak endah je dengan perintah untuk menutup aurat. Pakai tudung pun atas dada. Kau tengok Si Bella yang rasa dirinya macam Kim Kardashian tu, kalau kau nak jadi suami orang, kau kena pilih yang solehah macam Amirah tu bukan Bella. Ada faham, Syaz?"

Syaz mengangguk sambil menggigit sedikit bibirnya yang merah itu.

Skip

"Baiklah semua, semalam sudah dimaklumkan bahawa tinggal 1 bulan lagi sebelum peperiksaan SPM tiba. Jadi saya harap pelajar akan gunakan masa cuti panjang ni untuk belajar. Faham semua?"

"Faham cikgu!"

Semua murid kelas 5 Alaf menjawab dengan penuh semangat yang berkobar-kobar untuk menghadapi peperiksaan besar nanti.

"Bella, jangan nak sibuk pergi bercuti pula. Masa ni sepatutnya awak gunakan untuk belajar bukan menggedik dengan benda yang tidak berfaedah"

Bella menggulingkan biji matanya ke atas tanda menyampah. Rambutnya yang ikal mayang itu dikuak ke belakang. Dia tersenyum sahaja walaupun rakan sekelasnya sudah ketawa kering gusi. Ditahannya gelora hati agar tidak sampai melontarkan jawapan balas yang boleh menggegarkan suasana.

Bagi Amirah, peperiksaan SPM merupakan sesuatu yang menakutkan baginya kerana peperiksaan inilah yang akan menentukan masa depannya. Fikiran tentang majlis perkahwinannya dilupakan sebentar. Dia harus fokus pada pelajaran agar prestasinya tetap cemerlang.

Selepas tamat menduduki peperiksaan SPM, status dirinya juga akan turut berubah daripada cik kepada puan.

Ah,menakutkan.

TBC 💕

Author's note :

Little Miss Khan as Bella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Little Miss Khan as Bella

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now