Bab 14 - Luar negara

2.6K 138 9
                                    


Amirah POV

Aku melihat Syazwan yang sedang memegang erat sepucuk surat berwarna putih dan mempunyai setem dari New York. Aku mengukirkan senyuman manis walaupun sukar untuk menyembunyikan perasaan sedih sewaktu ini.

"Amirah." panggil Syazwan.

"Hmm?" aku memfokuskan mata hazel milikku ke arahnya yang nampak sedikit muram.

"Aku dapat surat tawaran sambung belajar kat New York," Syazwan berkata sebelum matanya memandang ke arah jam dinding rumah kami. "Malam ni."

Aku mengulum senyuman tipis lalu menepuk tanganku dengan riang. Dia tersenyum tipis melihatku.

"Bagus lah Syaz. Kau dah dapat sambung belajar. Aku belajar kat sini jer. Tak mampu nak sambung jauh-jauh." kataku dengan nada ceria.

Aku tak mahu dia sedih dengan keputusan yang dia buat. Aku tahu ini yang terbaik buatnya. Jadi, apa salahnya kalau aku sokong dia kan?

"Kau tak sedih?" soalnya. Anak mata hitam pekat miliknya memandang mata aku dengan penuh pengharapan.

Aku menggeleng laju sambil tersenyum lagi.

"Buat apa nak sedih? Bukan kau pergi berperang pun kat sana." aku membalas jawapannya tanpa memandang anak matanya.

Kalau aku tengok mata dia, aku tak tahu apa yang aku akan cakap.

Syazwan mengangguk lemah lalu mengangkat punggungnya dan mengorak langkah naik ke tingkat atas. Aku hanya melihat langkah kakinya itu pergi dengan keluhan yang berat. Nafas aku dirasakan begitu sesak waktu ini.

Tarikh keputusan peperiksaan SPM dah keluar bulan lepas. Aku dapat tawaran belajar asasi di UITM Puncak Alam. Mungkin bukan rezeki aku untuk sambung belajar di luar negara. Syazwan pula dapat sambung belajar di New York dan dia akan bertolak malam ni.

***

Mata Syazwan tidak lepas daripada memandang aku di Lapangan terbang KLIA. Rasa malu menjengah hati aku. Kalau sekali lagi dia mencuri pandang aku, mungkin pipi aku akan mula kemerahan.

"Amirah, aku pergi dulu tau?"

Aku mengangguk lembut sambil menunjukkan baris gigi hadapan aku tanda okay. Dia memeluk erat mama dan papa. Kemudian matanya memandang aku dengan senyuman.

Aku menjongketkan bahu tanda tidak mengerti. Syazwan segera menarik aku bergerak ke hadapan menyebabkan dahi aku bersentuh dengan bibirnya. Mata aku membuntang begitu juga yang lain.

"Amboi anak mama ni mesti sedih nak kena tinggal isteri kesayangan kat Malaysia." usik mama dengan sengihan memanjang.

Syazwan mengeyitkan matanya ke arah aku sambil membuat mini love ke arahku. Aku menggulingkan biji mata ke atas lalu menjelingnya tajam. Jantung yang berdegup kencang ini aku cuba sembunyikan sebaik yang mungkin.

Dahi aku yang terasa hangat  kesan kucupan lembut daripada dia bagaikan satu magis yang membuatkan aku tersenyum. Namun cepat-cepat senyuman itu aku matikan apabila dia memandang aku.

"Mama jaga isteri Syaz ni baik-baik tau? Kesian kat anak Syaz nanti." Syazwan berkata selamba sambil tersenyum nakal.

Mulut aku melopong. Mama menjerit gembira sambil menggoncang lembut bahu aku. Aku terdiam lama.

"Mirah mengandung ke? Kenapa Mirah tak bagitahu mama? Oh my girl! You should have told me earlier dear." kata mama dengan nada teruja.

"Mama, mirah tak mengandung lah. Syazwan tu sengaja nak usik mama." tuturku sambil tersengih.

Wajah mama yang masam mencuka itu membuatkan aku dan Syazwan tergelak kecil.

"Buat masa ni takde rezeki lagi mama. In sha allah, balik dari New York ni Syazwan cuba. Hehe."

Syazwan tersenyum gatal lalu mencubit lembut pipi gebuku. Aku menampar lembut tangannya itu sambil merengus.

"Baiklah semua. Dah sampai masanya ni. Syazwan pergi dulu. Bye sayang."

Syazwan menggosok perlahan kepalaku dengan pandangan yang sukar untuk aku jelaskan. Pandangan yang penuh konflik dan kesedihan. Aku mengangguk laju dan turut tersenyum.

"Fi hifzillah sayang." gumamku perlahan.

Syazwan tersenyum sekali lagi. "I love you too, honey."

Aku terkaku melihatnya yang sudah berjalan pergi bersama bagasi hitam jenama Polo. Tangannya dilambaikan tanpa memandang ke belakang lagi. Aku mengetap bibir tanpa sedar sudah ada sebutir mutiara yang jatuh daripada juring mataku.

Aku doakan kau selamat di sana dan tolong jaga hati kau untuk aku, Syazwan.

"Love you too, honey." kata-kata itu bagaikan masih terngiang-ngiang di telingaku.

TO BE CONTINUED




Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now