Hanza yang menyedari hakikat itu terus menarik tangan jejaka itu berlari ke sebuah koridor kelas diikuti kembarnya dan putera naga itu.

  "Nasib baik sempat..." Hanza melepaskan keluhan lega. Kalau tidak, entah berapa ramai yang dibunuh oleh jejaka itu. Mereka melangkah masuk ke dalam kelas.

  "Selamat pagi, Rien, Violet," sapa Hanza dengan mesra.

  Rayyan, Hanz dan L berdiam diri. Diri mereka hanya beku pada tika itu. Malas mahu bercakap.

  "Selamat pagi," balas mereka berdua semula.

  "He—" Kata-kata Rayyan dipotong oleh suara ketua kelas.

  "Selamat pagi, cikgu!" Si ketua kelas sempat menjeling Rayyan yang duduk di belakang sekali. Entah apa masalah lelaki tu.

  Mereka meneruskan matapelajaran pada pagi itu. Tiba waktu rehat, pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin mahupun koperasi.

  "L, Hanz dan Rayyan. Korang pergi beli makanan. Aku nak sandwic telur eh?" pinta Hanza dengan senyuman comelnya. Mereka berada di sebuah pondok pada waktu itu.

  "Aik? Kenapa kitorang pula?" soal L, tidak berpuas hati.

  "Aku malas dan... Alah, korangkan lelaki. Tak gentle langsunglah korang ni," sindir Hanza, pedas.

  Ketiga jejaka itu pasrah sahajalah. Mereka melangkah ke kantin yang bising mengalahkan zoo itu.

  "Tsk, sakit telinga aku!" Hanz sengaja berkata dengan kuat.

  "Suara sumbang mengalahkan beruk!" Rayyan pula menyindir. Kisah apa dia tentang imejnya. Telinganya jauh lebih pentinglah!

  "Aku rasalah, monyet pun kenal erti diam. Eh, aku ada dalam hutan ke apa ni?" L menyindir pedas.

  Tersentap terus para gadis itu. Haha, kan dah kena! 

••••

  Sedang asyik Hanza, Rien dan Violet bersembang, datang pula makhluk bernama bala yang tidak diundang, menghentak permukaan gazebo itu.

  "Eh, kau kenapa eh tiba-tiba datang nak serang kami? Bodoh, takde akal ke apa, hah?!" jerkah Hanza dengan kuat. Mata-mata yang memerhatikan mereka diendahkan.

  "Kau tu yang dah kenapa? Menggedik dengan teman lelaki kami!" jerit salah seorang gadis daripada kumpulan D'Diva itu. "Rayyan tu, milik aku! Kau, tak layak duduk di sebelah dia!" Qasrina menunding jari kepada Rien.

  "Buat pengetahuan kau, L itu milik aku dan Hanz itu milik Mia!" jerit Nana pula. "Sebab koranglah, diorang dah lupakan kitorang!"

  "Hei, diorang tu tak hamak langsunglah dengan korang! Dasar perempuan gedik!!" Nada suara Hanza meninggi. Eh, mustahillah dia mahukan gadis-gadis itu sebagai 'kakak iparnya'!

  Para pengawas memerhati di tepi. Tidak berani masuk campur. Guru-guru tiada kerana menghadiri mesyuarat. Boleh dikatakan, selepas rehat mereka bebas asalkan berada dalam kawasan sekolah dan tidak 'berkeliaran'.

  "Apa jadi ni?" soal seseorang dengan dingin.

  "Sayang, in—"

  "Boleh tak kau berhenti lakonkan drama murah tidak berbayar yang klise?!" tengking Rayyan.

  Tersentap D'Diva.

  "Hanz. Aku tak nak pasangan kau jadi macam perempuan sundal depan aku ni!" Hanza menepuk bahu Hanz dengan lembut.

  Berapi terus Mia. Dia meluru laju ke hadapan lalu menolak tubuh Hanza. Gadis itu jatuh tersungkur. Kelam-kabut Rien dan Violet membantunya bangun.

  PANG!

  "JANGAN. SESEKALI. NAIK. TANGAN. DENGAN. KEMBAR AKU!"

  Para pelajar mulai gerun dengan Hanz. Rayyan dan L tersenyum sinis melihat amarah Hanz. Selamat hidup, D'Diva! Tubuh tiga orang gadis itu ditolak kuat oleh Hanz. Mereka yang tersungkur merengek gedik, malangnya diabaikan.

  Hanz menghulur sebotol air mineral dan sebungkus sandwic yang dipinta Hanza. Gadis itu meneguk rakus air itu. Untung baginya, air mineral itu sejuk!

  "Ah, kering tekak aku..."

  "Kau nak air lagi ke?" soal Hanz yang melihat botol mineral bersukat 500ml itu sudah kosong. Melihat Hanza yang mengangguk laju, dia bangun lalu pergi ke kaunter kantin.

  Sedang asyik mereka menikmati makanan, tiba-tiba L bersuara.

  "Aku rasa diperhatikan."









To be continued

Edited ✔

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now