18. Bagaimana untuk bahagia?

130 7 2
                                    

Ahmad bersandar di sofa.  Dia tidak tahu apakah ini rahmah atau musibah. Ahmad akan dihantar ke Johor untuk uruskan projek disana. Memang dia selalu ditugaskan mengambil alih projek yang bermasalah. Namun sekarang dia terasa berat hati untuk menerima tanggunjawab ini. 

Ahmad sebenarnya risaukan K. Sudah dua minggu K tidak ke pejabat. Kemurungan kembali menyerang K. Walaupun K nampak biasa sahaja dihadapan Ahmad tapi Ahmad tahu hati dan jiwa K sedang berperang. Ahmad ada bertanya pada K namun K mengelak. "saya ok," jawapan K menyebabkan Ahmad mengambil langkah buat tidak tahu. Jangan dipaksa. K perlukan masa. 

Sebelum K dan Ahmad diijabkabulkan, K ada buat pengakuan tentang masalah kemurungan dan keresahan yang dialami K. Ahmad juga maklum K ada buat follow-up dengan doktor psikologinya, Rose di Australia. Bila K kembali ke Malaysia, Ahmad pula mengambil alih tanggungjawab tersebut kerana K tidak mahu jumpa doktor psikologi di Malaysia. Rose ada menyuruh K mencari doktor psikologi baru di Malaysia tetapi K buat tidak endah. Jadi Rose minta Ahmad sentiasa tengokkan keadaan K kerana bimbang kemurungan dan keresahan  akan kembali menyerang K. Walaupun Malaysia adalah negara asal K, K tetap akan mengalami peralihan suasana sekitar. Lebih lagi K akan tinggal bersama dengan Ahmad bukan dengan ahli keluarganya. 

Perkara yang dibimbangkan oleh Rose terjadi setelah 3 bulan K menetap di Malaysia. Apakah penyebabnya masih jadi tanda tanya. Ahmad yakin bukan dia penyebabnya. Ada sesuatu telah terjadi pada K. K masih lagi merahsiakan daripadanya. Ahmad ada juga risik dengan Marisa kalau-kalau K ada mengadu padanya. Ternyata K menyimpan rasa dalam hatinya. 

"K tidak percaya pada orang. Dia cerita tentang depresinya pada saya sebab saya adalah orang asing - stranger. K yakin saya tidak berkaitan dengan rakannya. Dia kata saya tidak judgmental terhadapnya. Saya rasa bukan K tidak percaya pada Ahmad suaminya tetapi tidak mahu membebankan Ahmad. Dia tidak mahu menyusahkan Ahmad. Berilah masa pada K," itu nasihat Marisa. 

Ahmad bangkit dan bergerak ke dapur. K sedang memasak di dapur. Dia perlu berbincang dengan K. Dia perlu ke Johor selepas dua minggu. Dia juga tak ingin tinggalkan K di sini sendirian tanpa dia tahu kenapa K berubah. K tiada kawan rapat disini melainkan Marisa. Marisa pula jauh di Australia. K hanya ada Ahmad buat masa sekarang. Kawan-kawan K yang lain K sudah lama putus hubungan. 

"hari ni buat apa?" tanya Ahmad sambil mengacau kuah kari ayam. K sedang potong timun untuk dibuat acar. 

"tak ada buat apa-apa. Masak lauk ni je," jawab K.

"Karimah...saya kene ke Johor. Awak nak ikut?" Ahmad terus bertanya tanpa menunggu lauk siap masak. 

"kerja saya?" balas K dengan soalan. 

"dua minggu awak tak kerja. Awak sudah minta cuti?" lembut Ahmad bertanya. Timun sudah siap dipotong. K gaul timun dengan bawang yang sudah ditambah cuka, gula dan garam. K suapkan timun pada Ahmad untuk rasa. 

"sedap. cukup rasa," komen Ahmad. K alih mangkuk acar timun ke meja. Ahmad masih gaul kuah kari ayam. Dia tidak pasti K sudah letak garam atau belum. K kemudian mencedok nasi ke dalam pinggan.  

"kari tu dah boleh tutup api. Saya dah letak garam," seru K. Ahmad mengikut arahan. Dia capai mangkuk dan mencedok kuah kari ayam. Makan malam mereka sudah siap. K sudah tunggu di meja makan. Nasi putih dengan kari ayam dan acar timun yang ringkas. Ahmad nampak dua pinggan nasi putih. Satu untuknya satu lagi untuk K. Ahmad segera mengalihkan pinggan nasi K. Malam ini dia mahu kongsi pinggan dengan K. 

"malam ini saya suap," Ahmad memberi arahan dan K buat muka tidak puas hati. Namun K hanya menurut. Ahmad ambil kuah dan acar. K hanya lihat dan menunggu. Ahmad bacakan doa dan menyuap K dahulu. 

"saya tahu Karimah tidak minta cuti. Karimah tahu bukan kalau MIA lebih tiga hari, maknanya Karimah tidak lagi pekerja disitu," Ahmad memulakan bicara sambil menyuapkan Karimah. 

Dia Lelaki Randomحيث تعيش القصص. اكتشف الآن